Wednesday

BERSYUKUR DENGAN NIKMAT KETENANGAN DAN KEAMANAN NEGARA..

Dua tiga minggu lepas aku ada bersembang dengan penjual keropok warga Thailand dan aku belajar erti bersyukur dengan keamanan Negara yang sedia ada...

Malaysia... masih lagi sebuah negera yang aman dan makmur walau setiap hari ada saja berita2 yang mengerikan terpampang kat paper or bulletin utama.. ada saja kejadian pecah  rumah,rompak, samun sana sini or kekalutan politik Negara...namun masih boleh lagi dikategorikan selamat jika hendak dibandingkan dengan mereka yang dok di Narathiwat (ek cmni ka ejaan,..mls nk google)...

Aku: seronok tak dok Malaysia??
P: seronok..kalo boleh nak jadi warga Negara cni...
Aku: kenapa lak???
P: dekat kg saya menakotkan...ada bom..bunuh orang senang-senang saja...kala nak bandingkan kg saya dengan Malaysia, mmg jauh bezanya....orang2 kat cni pun baek2 juga (ni ayat puji2 ckit..maklom lah dok kat Negara org...

Orang luar berpusu-pusu nak datang Negara kita tuk cari rezeki.. so xda alasan orang  Negara kita tidak mahu berkerja untuk mencari duit dengan bagi alas an xda kerja...cumanya kerja yang sesuai dengan kelulusan saja yang susah nak dapat....

Sunday

ceritera hari ahad

salam hari ahad...ahad adalah hari untuk rilex2...xyah fikir banyak sangat...hehehehe...
jenjalan di muka buku tadi dan terjumpa dengan gambar-gambar yang menarik untuk di kongsi...
BAIKNYA TUHAN KITA..
 as a muslim, kita kena sedar dan bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan.. nikmat kebahagiaan dan kesulitan dalam hidup..



Bersyukur dengan apa yg ada...:)

Friday

cun

salam hari jumaat...uik dh jumaat kan...esok cuti..hoho yeke cuti...
hari ni tarikh cun.. 11.11.11...
ramai orang amik tarikh ni tuk akad nikah....
pernah mengimpikan tarikh ni tp xkesampaian..ok xpa cuba lagi lain kali tp tarikh lain lah pulak kan..
berangan dan terus berangan..hihihi...

sekarang rasa semakin xtau nak mengarang di blog ni.... semakin hari semakin xtau nak ceritakan apa lagi...padahal banyak sj benda yg boleh dikongsi...kan syok kalo tetiba terfikir sesuatu topik, letak ja kepala kat laptop, terus boleh transfer ke blog...jgn kata idea ni gila, mana lah tau kan, lps2 ni ada gadget cm ni...gadget yg xmasuk akal....xpun gadget yg bila kita cakap, terus boleh tulis kat ms words or email ke...rasanya xlama lg ada lah ni...ke mmg dh ada....apa2 pun skrg kena thinks out of box....

ok merapu saja tanpa ada isi penting...esok2 bila ada idea, ada lah entry baru...

Wednesday

bunga dan teddy bear


mood konvo sana sini kan sekarang ni...sama2 lah kita ambil mood dgn bunga2 dan teddy bear pakai topi 4segi yg dah xtau aku bg kat sapa nih..huhuhu..(bukan x hargai, cuma kurang berminat)...bunga saja yg masih dijaga dgn rapi...nnt sy konvo bg bunga k...erkkk bila ntah kan nk konvo...

Tuesday

Cerita2 belanjawan

belanjawan dah 2 3 hari berlalu...ada yang bergumbira dgn segala kelebihan yang diperolehi dan ada juga yang xberpuas hati... bagi aku, mula2 macam xkesah pun dengan segala belanjawan tu kerna aku bukan lah pakar ekonomi yg memahami term2 yg berkaitan, bukan pula penjawat awam yg akan menerima segala bagai bonus dan kemudahan yang disediakan..lagi pun kita kena sedar PM bukan lah seorang yg perfect yg boleh memuaskan hati semua pihak..mesti ada yg suka n xsuka..... tapi mata ku mula terbuka luas bila baca pandangan2 ustaz berkaitan belanjawan tahun ini....


Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyediakan peruntukan RM232.8 bilion dengan defisit 4.7 peratus.Secara umumnya kami mengakui bahawa bajet yang dibentangkan secara umumnya adalah baik dan memberi perhatian yang banyak serta agak komprehensif kepada kemaslahatan rakyat dari pelbagai genap lapisan dan sektor.
Pun begitu, agak merungsingkan apabila bajet ini masih kekal defisit, tahun lalu defisit adalah sebanyak 5.4 peratus.Perlu difahami unjuran hasil kerajaan pada tahun 2012 hanyalah RM 186.9 billion dan ini bermakna kerajaan perlu membuat hutang dalam negara yang baru sebanyak RM 45.9 billion.
Kami dengan ini, menyuarakan kebimbangan kami terhadap trend menambah hutang dalam mengurus dan membangun Negara tercinta ini. Menurut Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah pun mencecah RM437 bilion dan meningkat 11.9 peratus kepada RM455.75 billion bagi hujung tahun ini.


ok ini aku copy sikit isi dari pandangan ustaz2 dr blog Imam muda Asyraf (Pandangan Ilmuan Islam Berkenaan Bajet 2012)... banyak lagi yang mereka bincangkan... rupanya banyak juga kerajaan berhutang untuk menyediakan segala mcm prasarana dan juga untuk bagi gula2 pada kakitangan kerajaan...semoga belanjawan tahun2 akan datang lebih mementingkan golongan2 yg berpendapatan rendah dan berada di pedalaman dari menaikkan gaji kakitangan kerajaan yg sedia dh ada duit...apa salahnya rezeki negara dikongsi bersama dengan mereka2 yang lebih memerlukan....dan aku juga suka komentar2 dr mereka..


C) Komentar umum
Berikut pula komentar umum kami terhadap bajet 2012 :-
  1. Belanjawan defisit berterusan melebihi 5 tahun bukanlah sesuatu yang sihat. Defisit menyebabkan keperluan kerjaaan untuk meminjam dengan faedah riba, apabila setiap tahun pinjaman bertambah maka jumlah hutang-hutang sebelum ini yang ‘outstanding’ pasti akan semakin menyesakkan. Bajet kali ini masih tidak menjelaskan plan kerajaan untuk menaikkan hasil dan pendapatan bagi mengelakkan belanjawan defisit.
  2. Tiada sama sekali peruntukan untuk pembangunan urusan hal ehwal Islam sebagai agama rasmi melalui agensi-agensi kerajaan. Ini patut dikaji segera oleh kerajaan kerana bajet sepatutnya memberi perhatian dan sokongan kepada resolusi yang dicapai dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia bagi membangunkan pengurusan hal ehwal Islam.
  3. Peruntukan bagi sekolah-sekolah agama rakyat tiada disebut dan diabaikan.
  4. Peruntukan untuk mengatasi gejala sosial yang semakin meruncing juga tiada diberikan perhatian sama sekali. Peruntukan patut disediakan sama ada melalui sekolah, agensi kerajaan terbabit, NGO dan yang layak.
  5. Pemberian konsesi dan kontrak kepada beberapa pengendali lebuh raya yang akan dibuat sebagaimana diumum di dalam bajet mestilah diurus dengan penuh integriti agar tidak lagi klausa perjanjian yang merugikan rakyat akibat menjamin kenaikan wajib setiap tahun.
  6. Di dalam keadaan defisit dan pemotongan pelbagai cukai terhadap pelbagai perkara, kerajaan sangat wajar mengenakan kembali ‘import tax’ untuk barang mewah yang pernah dihapuskan sebelum ini.
  7. Terlalu banyak agihan perlu sampai segera kepada masyarakat yang mengharap dari bajet ini, tanpa sikap efisyen tinggi dan tiada badan khas yang dipertanggungjawab, ia mungkin hanya tinggal pengumuman sahaja.Justeru, kami mencadangkan bagi membuktikan ketelusan dan keikhlasan bukan sekadar pilihanraya, kerajaan mewujudkan badan pemantau khas dianggotai wakil kementerian, NGO & ahli politik untuk mencatat setiap agihan yang diumumkan di dalam bajet, lalu melaporkannya secara suku tahunan (quarterly) kepada parlimen bagi pengetahuan rakyat.
  8. Pengecualian cukai bagi projek dan syarikat-syarikat KLIFD yang diberikan sehingga 10 tahunadalah terlalu panjang yang merugikan Negara khususnya apabilakewangan negara berada di dalam kedaaan defisit, justeru kami mencadangkan ia dikaji semula dan diubah kepada lima tahun sahaja.
  9. Sekuriti dan isu keselamatan rakyat tidak diperuntukan dengan peruntukan yang mencukupi, walaupun ada bajet untuk polis namun kita perlukan peruntukan khususuntuk sistem tekonologi sekuriti lebih baik seperti CCTV dan lain-lain sistem bagi memudahkan polis membantu keselamatan rakyat jelata.
  10. ‘Green tax’ sekali lagi ingin kami highlightkan, pengecualian cukai bagi syarikat mampu mengurangkan pencemaran dan kenakan cukai bagi yang membuat pencemaran diperlukan.
  11. Bagi mengelak spekulasi di dalam pemilikan perumahan, kami berharap kerajaan mampu mengkaji lagi sistem yang telah diperkenalan sebelum ini iaitu pembelian rumahketiga dan seterusnya, institusi kewangan diminta untuk memberi pinjman sehingga 70 % sahaja, namun bagi merendahkan terus peluang spekulasi yang menyebabkan harga rumah meningkat sehingga menyukarkan pembeli rumah pertama dan pembeli untuk tujuan penginapan (bukan pelaburan), kami meminta pembiayaan dan pinjaman untuk pembelian rumah ketiga dan ke atas dihadkan kepada 50 % sahaja berbanding 70 % sebelum ini.
  12. Peruntukan bagi mengemaskan dan menaiktaraf sistem pengangkutan dalam bandar tidak disebut di dalam bajet kali ini.
  13. Selain memberikan tumpuan kepada hospital baru, naik taraf hospital swasta dan klinik, perlu juga perlu juga mengkaji khidmat di hospital swasta yang kian meningkat kos khidmat mereka.
  14.  Transformasi sepatutnya tidak hanya terhad kepada plan agihan yang baik tetapi plan kerajaan untuk tingkatkan integriti, kesungguhan dan keazaman mengelak ketirisan yang mengakibatkan perbelanjaan mengembang.
  15. Tidak disebut kali ini berkenaan cukai barangan ‘dosa’ ke atas rokok, arak, judi dan sepertinya. Ini diperlukan bagi memperolehi pendapatan Negara dalam keadaan defisit dan mengecilkan jumlah mereka yang ingin terjebak di dalam masalah terbabit.
  16. Kedai 1Malaysia (KRIM) adalah baik namun perlu disedari peruncit kecil terpaksa bersaing dengan hargabarangan jualan KRIM yang 40% lebih rendah dari harga pasaran, jika tidak dikawal lokasinya boleh ‘membunuh’ kedai-kedai runcit milik peniaga kecil dan sederhana, justeru kami mencadangkan agar kedai ini benar-benar ditempatkan lebih banyak di kawasan luar bandar atau di kawasan yang dikenalpasti didiami kumpulan pendapatan rendah seperti PPRT di kawasan bandar atau universiti.
  17. Kadar keuntungan cukai harta tanah, di dalam lampiran bajet 2012 disebutkan niat kerajaan adalah untuk mengekang spekulator hartanah dari berleluasa lalu cukai ke atas keuntungan jualan harta tanah dinaikkan dari 5 % ke 10 % bagi pelupusan dalam tempoh kurang dari 2 tahun, kami mencadangkan agar kerajaan mengembalikannya kepda jadual cukai asal iaitu 30% secara berperingkat dwi tahunan agar masalah ini dapat dibendung dengan lebih efektif. Selain itu, jualan harta tanah setelah 5-10 tahun pula dicadangkan agar tidak dihapuskan terus, maka boleh diletakkan cukai minima sekitar 1 peratus,iadijangka penting untuk menjana pendapatan kerajaan.

Friday

Hanya Dia yg tahu

Syukur Alhamdulillah...itu sj yg mampu aku ucapkan....
setelah diri ini di uji dgn sebuah kehilangan, Allah berikan jalan agar aku temui semula apa yg telah hilang itu...
syukur..walau xselengkap apa yg hilang, tp cukuplah unntuk diri ini menarik nafas lega..ku tahu ada hikmahnya.....

Wednesday

sebuah kehilangan

assalamualaikum...
kehilangan adalah sesuatu yang perit tuk ditelan...kalo benda yang hilang itu sangat penting dalam hidup kita...yup  bukan senang...benda yg kita syg, benda yg kita usahakan dan benda yg boley dianggap ptg hilang dengan begitu sahaja...

saya tahu semuanya pasti ada hikmah disebaliknya...saya memang sedang menghadapi sebuah kehilangan... memang rasa mcm nak pengsan... nk tido teringat, tengah tido pun boley termimpi dan bangun tido pun masih lagi memikirkannya...entah petunjuk atau pun apa....

org kata sediakan payung sebelum hujan...tp kalo dah ada pakwe, xkan nk kena ada sorg lg sebagai payung kan...hohoho.... eh saya bukan hilang pakwe ok....cuma hilang benda yg free, tp sgt berharga.... hanya sebutir pendrive free, tp rasa mcm nk pitam sbb tesis yg hampir siap ada dalam 2 dan yg paling menakotkan saya xda buat backup...ntah mcm mana ntah laptop saya ari 2 problem n saya mmg nk cepat... terus ja save dalam pendrive n lepas 2 terus print n hantar....

ni ha pendrive free 2... xcomeil pun tp berharga...xpe lah bukan rezki saya kot... skrg adalah masa tuk buat blk, lukis, writing n edit2 balik tesis yg belum siap...nasib baik ada hardcopy pada supervisor... mungkin Allah sedang mengingatkan dan menhuji saya...Hanya Allah yg maha mengetahui....


Friday

Selalu diucapkan...

Assalamualaikum....
semoga sehat n ceria2 selalu.... andai dirundung duka dan kecewa, ingat lah pasti ada hikmah disebaliknya...
akhir2 ni ramai yg berkongsi doa ni di facebook...kita slalu menyebutnya..tiap2 hari... doa antara dua sujud...


semoga Allah memakbulkan doa2 kita semua....

gambar di atas adalh dari facebook...xtau yg sapa punya...semoga dia menghalalkannya untuk ditempekkan di blog ni....

Tuesday

mengembaralah/ berhijrah untuk mencari sesuatu yang baru

salam aidilfitri...hihihi dah nk abes syawal kan baru nk update blog... bersawang-sawang dah blog ni... sekadar nak cuci2 sawang yg bersawang, ingin berkongsi petikan ayat yg dikopipes dari funpage DRMAZA.com..

Kata penyair, Abu Firas al-‘Amiri yang dikenali dengan Majd al-‘Arab:

“Berpisahlah, nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan. Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu. Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran”. (Fawat al-Fawayat 3/87, Beirut: Dar al-Sadir).

DrMAZA kata: ya, pergi wahai diri, mencari dan meneliti segala rahsia ilahi di alam ini..luaskan pandanganmu supaya engkau dapat lihat sesuatu dari sudut yang beribu.. kembaralah nescaya engkau akan bertemu dengan sesuatu yang baru.. tentang manusia, dunia dan segala berita..bawalah ia sebagai obor peringatan buat diri dan teman.. berjalanlah mendapatkan catatan untuk masa hadapan.. mungkin ia akan lebih aman dari diari semalam.. himpunkan segala kenangan yang indah dan gundah..bawalah sebagai bekalan dalam merempuh suatu perjalanan yang mungkin sunyi dan kembara yang mungkin sepi..kutiplah segala madu dan penawar untuk luka dan calar..temuilah apa yang kau idamkan... mungkin ia bekalan baru buat suatu permusafiran yang engkau pun tidak tahu..




p/s: perlukah aku berhijrah/mengembara...

Friday

Wahai abang ku

Assalamualaikum... semoga masih diberi kekuatan untuk terus beribadah di hari2 terakhir puasa...wah dah hari2 terakhir kan...

malam jumaat dan hari jumaat...penghulu segala hari... semoga doa2 kita dimakbulkan... sebagai seorang anak, kita wajib mendoakan kedua ibu bapa... Selagi mereka masih hidup, hargai lah mereka....Jika mereka sudah tiada, doakan lah kesejahteraan mereka disana....

sekadar nak kongsi lagu yg sangat menyentuh hati ini... sob sob (lap air mata).....




wahai abangku...andai kamu dengar lagu ini, terima kasih untuk segala pengorbanan mu...


Wednesday

Al-Quran dan terjemahannya

Salam Nuzul Quran... semoga ceria2 selalu especially yg tengah berseronok bercuti... kemanakah anda2 semua hari ni... kepada yg dah bercuti di awal ramadhan, berkerja lah hari ni...hehehehe...

Masa bagaikan berlari terlalu pantas meninggalkan kita...yup pantas sangat.... sudah masuk 17 Ramadhan... Berapa juzuk Al-Quran yang kita sudah baca??? Berapa banyak itu tidaklah terlalu penting, tetapi berapa byk yang dapat dicedok ilmu dari Al-Quran itu...

Andai diri terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk membaca Al-Quran, apalah salahnya kita mendengar alunan Bacaan Al-Quran dan tafsirnya... sekadar mahuu berkongsi link yg baru saja terjumpa tuk download Al-Quran dan terjemahannya... Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada semua...


Andai ini Ramadhan terakhir ku :(

‎"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerna aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." [Imam Hasan Al-Basri]

Thursday

Untung Sesapa yang ada emas dan dinar emas

assalamualaikum n salam ramadhan... semoga semuanya sehat dan masih bertenaga untuk meneruskan puasa.. Alhamdulillah syukur yang x terhingga sbb dapat juga abeskan sehari puasa kemarin...dugaan di bulan puasa... perut sakit n cirit birit sampai ke ptg...kalo di ikutkan hati, nak saja berbuka di pertengahan hari, tapi di gagah kan juga untuk teruskan... dengan kuasa Allah, petang itu aku kembali sehat... Alhamdulillah....

Ini semalam punya cerita, rasanya rata2 sudah tahu ttg hal ni...pasal dinar emas Kelantan...untung lah sesapa yang memilikinya... walaupun dicerca, dihina oleh pelbagai pihak sblm ini, namun dinar Kelantan masih lagi mendapat sambutan... jom baca artikel aku kopipes dari harakah.


KOTA BHARU, 10 Ogos: Langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata peningkatan itu merupakan sejarah dalam  kenaikan harga emas dunia.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini sebentar tadi.
Menurutnya, harga emas pasaran dunia pula hari ini meningkat kepada USD1,723 dan ianya merupakan satu sejarah dalam kenaikan harga emas.
“Mana-mana masyarakat yang sebelum ini membeli emas mendapat keuntungan yang besar dan rugi sekiranya tidak berbuat demikian bagi mereka yang mampu.
”Bagaimanapun sekarang kita masih boleh membelinya kerana ia belum terlewat memandangkan harga emas pasaran dunia akan naik lagi mencecah USD3,000,” ujarnya.
Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri menyedari perkara ini PMBK Sawit sejak awal lagi melabur sumber kewangannya di sebuah bank di negeri ini sebanyak RM1 juta.
Tambahnya, keuntungan yang diperolehi dalam tempoh lebih sebulan RM130,000.
Ketika ditanya berhubung pihak tertentu mengkritik tindakan kerajaan negeri sebelum ini, beliau berkata kritikan itu hanya kerana sentimen politik.
”Mereka mengkritik bukan kerana takut rakyat tidak akan mendapat sebarang manfaat sebaliknya kerana dendam politik terhadap kerajaan negeri yang didokongi PAS,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat seluruhnya supaya melabur serta meningkatkan pelaburan masing-masing kerana keuntungannya bakal diperolehi lebih besar khususnya penghujung tahun ini.
Menurutnya, kejatuhan dollar Amerika yang tidak berjaya mengekang kewangan ekonominya disamping jumlah hutang yang kian banyak, akan memberi ruang kenaikan keuntungan harga emas pada masa akan datang.


sangat beruntung kamu kamu kamu yang berkemampuan untuk memiliki dinar ini... jauh lagi untung dari melabur dalam ASB or apa2 aja...hehehe...Politik-politik juga, tapi benda yang baik perlu di kongsi bersama.. terperasan artikel ni pun sbb ada member share di pesbuk... Jom beli dina emas ramai2....

Wednesday

#WW.. jangan membazir....


##kata2 teman yang terkesan di hati:
kamu ada bakat tapi MALAS... thanks teman, akan ku ingat kata2 ni agar ia menjadi motivasi utk terus berjaya.. semoga kamu jua berjaya....aminnnn

Monday

Ramdhan datang lagi

Assalamualaikum...salam 1 Ramdhan...wah macam 1 malaysia lak kan.... Alhamdulillah masih bernyawa dan diberi kesempatan untuk merasai nikmat Ramdhan lagi... semoga ramdhan kali ini lebih bermakna dalam hidup ini...

Seusai saja solat subuh hari ni, terus on tv.... ok dah lama nmpak ada channel Ramdhan dii astro...ari ni start... mesti lah xsabar nk tgk rancangan apa yg disediakan..hehehe....

akhir kata, salam ramdhan untuk semua kawan2 yg mengenali diri ini atau pun sekadar di alam maya...semoga kita mendapat keberkatan dan manfaat di bulan yg mulia ini.....

Realiti kehidupan

pantai telok ketapang, terengganu..


Pandangan yg berbeza dari gambar yg sama..

A: Mungkin Cuma pandang awan dan matahari
B: Mungkin cuma pandang matahari dan air laut
C: mungkin pandang matahari, air laut, burung dan awan....

itu lah realiti kehidupan...Lihat dari tempat yg sama tp mempunyai pelbagai pandangan...hormati lah pandangan orang lain....tidak perlu terlalu taksub dengan sesuatu...(pesanan tuk diri sendiri dan org sekeliling)...



Sunday

9July 2011 || sejarah terlakar

Artis : TAN SRI S. M SALIM/ M. NASIR
Lagu : Seloka Cak Kun Cak





 Satu masa yang telah silam
  Tak dapat diambil kembali
  Melayu mashyur serata alam
  Hidup mewah gagah sekali

Pahlawan kita nama terbilang
Ditakuti ramai perwira
  Melawan musuh tak terbilang
  Gerak semangat kerana bangsa

Kelekaan jangan dikenang
Lautan duka kelak dikenang
Hampir tinggal sehelai benang
 Bencana sengaja dipinang

  Jika perhati bangsa dagang
Kapak beliung ditangan memegang
  Kekayaan hendang diregang
  Akhirnya saudagar pangkat dijulang

  Disulami syair termashyur
  Usahlah berdengkur
  Kita jua yang bertafakur
Yang mana khilaf tegur menegur

La..la...la..la...
Korus:
Kulitnya bersih, hati pun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih
Kulitnya bersih hatipun bersih
Memikul belati tiada memilih
Jadikah bersih hatipun bersih
Berkata bermulut fasih
Jadikah bersih, hatipun bersih
Dialah khazanah pintu terpilih
a.aaa...aa

  Awak yang payang membelah ruyung
Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung 

Alhamdulillah hari ni dah masuk 10 July dan malaysia masih lagi aman...peristiwa 9 july rasanya ramai yg dah tahu...Satu sejarah terlakar dalam negara demokrasi ini...kerana EGO, segalanya tidak dapat difikirkan dengan waras... Masing2 mahu mempertahankan EGO masing2..samada kerajaan mahupun pembangkang... maka di situ tiadalah lah pemenang dan xda lah yg kalah. Kesannya akan mula terasa.. Kepercayaan pelabur asing semakin kuat kah??? kemarahan rakyat kepada PR semakin meluap2 kah?? Rugi sana, rugi sini... dalam bangsa kita bergaduh sesama sendiri, harta kita sedikit demi sedikit dimiliki rakyat negara jiran..Pulau Batu putih, Tanjung Pagar, perumahan2 elit di Johor... sedar lah wahai rakyat Malaysia... mahukah kita jadi seperti GAZA???


Selesai cerita sejarah malaysia...mmg tiada kesan untuk aku yg ada di Melaka ni...masih aman kesana kemari..hanya org yg merasa peritnya tersangkot dalam jam yg akan terasa kesan dari sikap EGO mereka mereka mereka semua...

******************************************
Sejarah juga dalam hidup aku semalam bila ter VIVA secara xsengaja...tetiba ja 2 orang panel (en Duen n En zoinol) datang dan suruh present...di kelilingi rakan2 seperjuangan yg lain aku menjadi sangat cuak dan gelabah... hampir 2 jam juga kena... mmg sah banyak benda yg aku kena baca lagi..adoiii stresssss...

Wednesday

Bersih kan hati

Salam israq mikraj....
bumi melaka menyambut nya dengan titisan air mata dr langit....
hujan rahmat....

sempena dengan peristiwa israq mikraj..
mari lah kita menyucikan hati....
kerna...
sebelum nabi di bawa, hatinya dicuci terlebih dahulu...


#####

penyakit hati sangat sukar untuk di ubati...
bila sudah di bersih kan, mampukah utk terus istiqamah???

Saturday

musical drama, musical comedy, music music

music music music...
drama, theater, komedi...
kalo masuk ja music mesti kelakar....
mama mia, Magika n bla bla bla
yup aku suka.....
samalah macam Maharaja Lawak semalam...
kalo komedi tu melibatkan musical...
mesti menjadi....
heeeee....
sangat suka tengok nabil...
mmg best kalo dia buat lirik yg merapu....
menjadi....
memang kekadang lawak dia bosan...
sbb terlalu menggunakan berita terkini yg mungkin ada org xtau...
terlalu up 2 date....
tp itu mmg style dia....
apa2 pun aku suka tengok semua mlm td...

##  kenapa kalo komedi ja mesti kena tukar jantina???? x ke buruk..ke buruk itu yg lucu???

Tuesday

Price tag

Salam hari selasa...cewah intro dh mcm kat blog 'simple but meaningful'..heeee maknanya br lepas skodeng lah kan...ngeeeeee...


tengah2 melepak dpn laptop sementara nk ada mood g lab, tetiba dengar lagu ni....



It's not about the money, money, money 
We don't need your money, money, money 
We just wanna make the world dance, 
Forget about the Price Tag 
Ain't about the (uh) Cha-Chang Cha-Chang. 
Aint about the (yeah) Ba-Blang Ba-Blang 
Wanna make the world dance, 
Forget about the Price Tag. 


teros ja mood mengarang meresap masuk ke jiwa...okies rasanya semua sedia maklum, rabu ni lektrik akan naik kan...heeeee..mmg lah kita yg xguna byk lektrik ni bole lega sbb tarif eliktrik ni naik byk utk industri ja kan..tpppppppppppppp kalo dah kilang2 kena bayar bil lebih, mesti otomatik barang akan naik harga kan...ke dorg xkesah...harga ttp juga maintain???? ok xmo ulas byk2 pasal ni kang xpasal2 kena ban..kuang3...

Saturday

mood - yang benar dan hujung minggu - farina

Salam hujung minggu... kemanakah anda hujung minggu ni..hehehehe...sekian lama xupdate, tetiba hari ni rasa nk update....ok jom layan lagu HUJUNG MINGGU...ngehehehe



Isnin bermula hari kerja

Tiba Selasa mula terasa beban hidup
Masuk ke Rabu jadi buntu
Khamis menyusul, aku tak sabar,
Menanti Jumaat muncul tiba,
Kerana detik yang dinanti semakin hampir


(chorus)

Waktu hujung minggu
Saat untuk bersamamu
Subuh hingga senja
Sabtu bercanda berdua


Waktu hujung minggu
Aku tenteram bersamamu
malam Ahad tiba
Rindu bermula


Isnin kembali muncul semula
Pening dan pusing sampai Selasa
Datang ke Rabu di tengah minggu resah gelisah
Khamis menyusul, aku tak sabar,
Menanti Jumaat muncul tiba,
Kerana detik yang dinanti semakin hampir





sekarang mmg mood dgr lagu2 dr student AF..ngehehe... Alkisahnya terjadi sebab nk dgr lagu terbaru Stacy - Kapsul... Husband kepada kawan yg tulis lirik lagu ni...bc lirik kat blog dia macam xfaham, so tercari-cari lah video klipnya... sekali dgr mcm xsedap (maap ye unsur) tp lepas dengar byk2 kali, mcm best pulak.. sama lah mcm lagu shahir (luar biasa) pun ,mula2 dgr mmg xfaham, tapi lelama dgr mcm best lak... seorang electronic engineer menjadi penulis lirik yg sgt berpuitis..heee keep it up..Tapi Keyyah suka lagu Adira (Ilusi)..

Sedap rupanya Stacy nyani lagu balada... jatuh cinta dengan lagu KISAH DONGENG...sedap je suara dia...

Sunday

Tahniah dan Takziah

Salam berhujung minggu... semoga semuanya ceria2 slalu... pada yg kurang ceria, sabar dan tabah lah menghadapi liku2 kehidupan... 

Lately, tiap2 minggu ada ja kawan2 yang kawen... Tahniah kawan2 semua :)... xlupa juga buat Bayah dan Pasangan.. hampir2 xdapat pergi kenduri smlm, tapi ada insan yg baik hati datang amik n berkorban.. *wink*.

Tak dilupan Takziah buat mangsa dan keluarga mangsa tragedi tanah runtuh semalam...Rasanya 1 malaysia dah tahu berita tentang tanah runtuh di  Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al- Taqwa di Hulu Langat. Banyak laporan di media2 yg melaporkan ttg ni... Tersentuh hati bila tengok gambar-gambar keadaan tempat dan mangsa-mangsa kejadian.. Al-Fatiha buat yg meninggal... semoga mangsa2 yang terselamat tabah menghadapi dugaan ini...




Thursday

Nasihat itu

setiap org hidup di duia ini memerlukan nasihat...tika suka dan gembira mahupun tika sedih dan susah hati... Tapi mmg jarang lah org akan nasihatkan kita bila tgh gembira kan, sbb masa tu rasa macam xda org bg nasihat pun hiduop aku hepiiii ja kan... cer time2 sedey, runsing, tension, stress n seangkatan ngn nya, masa ni mula lah pandangan org sgt2 lah berharga...yup org hanya mampu beri nasihat, pandangan dan cara penyelesaian, tp semuanya bergantung pada diri sendiri utk uruskan...btol x????? 

hampir seminggu hidup tanpa dgr suara gelak tawa emak, suara nasihat dari emak dan kata2 semangat dari emak...perghhhh rasa mcm lamaaaaa sgt...igt boley lah bertahan sampai 2 3 minggu, tapi hati egooo ni mmg xmampu punya...ceh ngn mak pun nk ego2 kan...konon2 nk tggu emak call, tppppppp hampir seminggu tggu xda pun... sedey...sob sob...salah sapa???? mesti lah salah aku kan...tiap kali emak call mst ngh tdo... kekadang pkul 8.30pm call pun aku dh tdo... kekadang tengah hari time emak call, aku ngh tdoooo juga..kekadang ada kat lab n tengah discusss n mcm2 sampai emak buat dasar tggu aku call aja...

dgr je suara emak, air mata terus mengalir...ohho windu yg teramat sampai xdapat nk bygkan....Ya Allah, panjangkanlah umur emak aku supaya aku dapat mendengar suaranya selalu..... dihujung kata2 nya, mesti lah bg nasihat yg baik punya..."BELAJAR ELOK2...JANGAN ASIK BERANGAN, BERKHAYAL SJ"..hahaha mmg dia faham anaknya ni mcm mana....tp serious lately mcm ssh nya nk focus...ada ja menda lain yg main kat kepala ni..dushhhhhh..

Saturday

Keinginan

Assalamualaikum....pagi sabtu yg redup..eh actually tiap2 hari cam ni kot...bukannya redup tp jerebu yg terok...menanti tibanya hujan yg xkunjung tiba... nasib baik xpanas sangat, cumanya kena banyak minum plain water sbb tekak pasti akan terasa perit tiap kali bgn tdo...

dikala kesibukkan melanda jiwa, banyak lah keinginan yg ada kat dalam kepala.. nk buat itu, nk buat ini...kekadang 24hours terasa bagaikan xcukup.... keinginan yg melampau-lampau nk meng crochet pun ada juga...bila tgk si Housemate giat ber crochet, hati mmg meronta-ronta nk buat, tp sabarrrrrrrrr....hahaha

Cilok gbr dr blog CUTE :p
tgk lah headband 2, comeil kan...geram ja rasa nk buat dan nk pakai2 kat umah...puas pujuk si HM ygg baik hati lagi kiut tuk buatkan 1(puji ada maknaaa :p), tp xdapat2 juga...hahahahaha.... xpe lah suatu hari nnt andai di izinkan Allah, pasti jadi juga HB tu...kikiki.....

ini HB yang Keyyah buat dulu2...kecik, muat dgn kepala baby je..actually sj je nak try buat tali headband mcm bunga2....hehehehe... tp xley lah nk tandingi crochet si HM..huh... siyes respect sama dia, dari ZERO to HEROIN ok....Chaiyok2 ye my HM...i know u can do it... tetiba ja kan...actually dia ada dpt good news, so Keyyah pun tumpang gembira...smoga kami mempunyai kesudahan yg sama nnt.... yeyeyeye...dapat konvo sama2 pun best juga....heeee... Smoga Allah mempermudahkan urusan kami berdua.....aminnnnnnn

Tuesday

ku bermohon...

semasa kecik, waktu pergi mengaji al Quran, mesti baca surah Al- Syarh... tok guru cakap itu doa penerang hati... baca tanpa memahami maksud disebalik doa itu... baca kerna wajib di baca sblm mengaji...
Bila besar, emak cakap kalo ada  keresahan dalam hati baca lah suruh ni banyak2... hati mula tergerak untuk mencari maksudnya...

Bukankah Kami telah melapangkan untuk mu dada mu?
dan Kami telah menghilang daripadamu bebanmu.
yang memberatkan tanggungn mu?
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu
Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudan.
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakan lah dgn sungguh2 (urusan) yg lain,
Dan hanya kepada Tuhanmu lah hendaknya kamu berharap....


saat dan tika ini...
ku bermohon pd yg Maha Esa...
semoga dikuatkan semangat,
di lapangkann dada ku,
di sihatkan tubuh badan,
di kurniakan idea yg mencurah-curah,
Kerna
hanya padanya tempat aku mengadu...


## cuaca agak panas kebelakangan ( effect dr Ribut aeree)..skrg bgn je kul 5 pg, mst terus mandi....
## semoga rasa lenguh tangan ini akan cepat berlalu....aminnn

Friday

skills

orang cakap skill perlu di asah...mcm mana nk asah????
huwaaaaaaaaa... rasa mcm nk nanges je akhir2 ni....

communication skill hancur...
writing pun xberapa nk pandai....

2 skill ni mmg sgt ptg tuk berkerja... tp aku rs mcm xda jer ke dua-dua ni...huwaaaaaaaaa.... mcm mana nak sampaikan apa yg ada kat dlm otak ni.. puas pk...puas drafkan..puas tgk apa yg org lain buat...tp untuk hasilkan sendiri, rs mcm xreti ja....

Tuesday

crochet handphone pouch

semakin lama, semakin kerap lak ber'hibenating' dari dunia blog... mmg skrg dah jarang sangat berblog.. cuti yg sangat panjang.... sewonok ja rasa..

lepas kena kritik masa kolokium hari 2 (kena hentam dgn 4 org panel kot), aku tersangat lah down.. down down down ( bc ikot intonasi justin bieber k)..kejap jelah.. sehari cm 2.mood swing mungkin sbb pms kot...lepas 2 mangkit semula...perbaiki kelemahan diri...

selesai cerita kolokium, ari 2 ada sorg akk baru beli handphone, so dia minta Keyyah crochet handphone cover... seriously dah lama xcrochet....yelah crochet sekadar suka2, mmg lah mcm ni...

 pandangan depan
akk ni minta tulis nama n nak corak wave... 1st time crochet guna 2 benang tuk buat tulisan..sedikit mencabar lah...tambah tangkai ckit supaya senang nk pgg nnt...keychain love 2 mmg permintaan dia..heeeeee...
 pandangan belakang
pandangan dalam
banyak yang kena perbaiki...1st time buat pouch yg ada inner dan zip... ditambah xda mesin jahit disini, so sedikit lambat...sekarang ni keyyah sangat wisau kalo2 xmuat lak ngn handphone akk.. sbbnya sblm tambah zip ngn inner, rasa mcm dah ok..lepas tambah zip ngn inner, dh rs mcm terkecil ckit..aiiishhhh...sabo jelah...

Sunday

Ceritera di hari ahad

hibernating dr menulis kat cni.2 3 hari ja pun :p..bukan sekadar 2 saja, skrg dh jarang membaca blog...bukan bz mana pun tapi malas nk membaca sekarang ni....kalo boley nk dgr ja org lain bacakan atau ceritakan..hehehe boley lak kan cm 2...

as usual, weekend adalah sangat best lepak kat lab...cewah ayat best 2 mmg xley blah kan.. actually mmg malas nk gunakan laptop sdr tuk run coding2 yg ntah pa2 nih...lebih baik guna apa yg disediakan.. besides, weekend sangat lah aman kat fakulti nih plus internet yg superbbbb... xcaya suda, td aku dah download 2 cerita.. 4 minit ja kot 1 cerita (xtau lah tenet yg laju @ additional software ni yg wt kan download laju)...hahaha heaven ok...dgr cita tenet kat cni 1G...ntah xtau lah btol ke x....

panggggggg... 

dalam sibuk2 writing, sempat lg kan download cerita... tp bg keyyah, boley ja tgk cerita melayu sambil wt keja...

dalam best ada xbest juga hari ni... sampai ja selekoh nk masuk fakulti td, boley lak tayar bocor... adessss terus cuak..dah r fakulti ni jauh kat dalam hutan, nk kua pun jauh juga... sambil menyusahkan adah tuk memikirkann solution, Keyyah try jumpa abg guard kat bwh lab ni.... pung pang pung pang discuss ngn dorg, last2 dorg suruh bw sdr juga g kedai sbb weekend xbyk kedai buka n kedai yg dorg call pun xdapat nk hantar org dtg... abg guard follow kat belakang...mula2 bw slow, tp moto mcm xstabil lak..so try lah laju2.owh stabil...xda la laju pun..60 - 80km/h kot...

syukur semuanya selamat....

## terpaksa bekerja keras skrg ni...smoga aku terus tabah....
## pernah ada sorg sahabat menasihati ku..." di saat kamu down, itu lah sebenarnya permulaan kepada sebuah kejayaan"... hope ada sinar di penghujungnya selepas sebulan lebih down....

Wednesday

Kenapa org suka hack pasword facebook?????

Hari yg sejuk... dari pagi td hujan sajo.. nasib baik la ada org sanggup off kan aircond, kalo x, maunya aku jadi macam daging beku kat dalam lab nih... bila hujan saja mula lah asik fikir nak makan ja.. yelah kan, sejuk2 ni kalo dapat makan biskut kering cicah ngn teh panas pun dah sedapppp... glurppppp telan air liur...ngehhhh..

sambil wt keja, sambil lah merapu kan... mmg mengantok bila hujan2 cam ni.. so tuk elakkan mengantok, aku menahan nafsu ku dari mkn jajan2 or mknn yg ada kat sekeliling meja nih... biasalah kalo perut kenyang, mata pun kuyu lah... 

baru aku tahu betapa org malaysia ni suka hack pasword facebook org lain... yelah melalui facebook ni mcm2 boley buat...mana lah tau org 2 dengki kat kita ka, maunya dia guna id kita tuk wt menda2 yg menakutkan ke n mcm2 lagi lah... nauzubillah...semoga dijauhkan dari menda2 xelok cm 2... ok cakap sj xda bukti, xbest lah kan...

sebanarnya tadi nak taip " How to Calculate ******", tapi top search pasal ni lah pulak kan...so be careful ok..

## selesai sudaa entry merapu aku...
## se-pagi-an memikirkan cara yg terbaik tuk meluahkan apa yg ada di kepala ni..semua ada dalam kepala, tp sgt ssh nk luahkan...beratnya rasa kepala ni...

Monday

April

waktu kecik2 dulu, April adalah bulan yg di tunggu-tunggu... bulan kelahiran sendiri dan sekarang berkongsi bulan kelahiran yg sama ngn sidia (sila jgn muntah hijau) :p..

tp april juga ada cerita sedihnya..macam tragedi april la... 
11 april 1993, sehari sebelum ulangtahun kelahiran ku, ayah telah kembali ke rahmatullah... yup dah lama berlalu tapi hari2 terakhir bersama ayah mmg ssh untuk dilupakan... (lap2 air mata lu)

Kecik lagi masa 2...tp dah boleh berfikir apakah ertinya perpisahan ini... Berpisah untuk selama-lamanya... 

Al-Fatihah.. semoga ayah di tempatkan bersama-sama org yg beriman...

Friday

cekwi...Bila anak kecik dapat handphone...

Assalamualaikum.. jumaat yg indah... mulakan pagi dgn mendengar alunan suara maher zain...eh silap2 mulakan pagi dengan senyuman...

indahnya rasa jadi anak kecik...andai dapat diputarkan masa, mesti ramai orang2 dewasa mahu kembali jadi anak2 kecil semula... yang hanya tahu makan , main dan tido... kerja skolah, xtau buat boley tanya mak ayah, kakak abang xpun kawan2... blajar semata-mata mahu dapat naik pentas di hujung penggal persekolahan... oh indahnya dunia tika itu.... tp kalo keyyah kembali jd kanak2, xmau jadi anak perempuan yg slalu kena buli dgn abg2 dan adik... hahahahaha xsanggup ok... kalo gaduh siap sepak terajang. kalo maen slalu kena buli... naseb baek bila besar xla ganas macam tomboy..ayu, sopan santun ja. kakakaka..

 kalo dulu anak2 kecik hanya tau main permainan yg xperlu kluar byk duit... tau main dekat tanah saja.. tp berbeza dgn zaman skrg, kecik2 lagi dah di ajar pgg hp... asal menanges ja, suruh posing depan camera, asal nanges ja buka lagu kat hp, asal nanges ja, tunjuk gambar2 kat pc, asal nanges ja, ulang cerita upin & ipin banyak2 kali...bila besar ckit, start ajar anak2 main game kat hp, main game kat pc... yelah kan xnak anak buta it... kan benda ni keperluan....

bila dah masuk skolah rendah, mak ayah dah sibuk2 belikan anak2 handphone.. kononnya xnak anak2 ketinggalan zaman... xtau apa functionnya handphone ni sbb p skolah xley bawa pun.. sekadar boley main game saja, game kat pc lagi best kot... 

biasa lah bila budak kecik baru dapat handphone mesti la cikwi abes... yg penatnya adalah insan2 yg jauh dari dia lah... subuh2 pun msg dh msk...

mak teh buat pa???
mak teh dah bgn ka blm???
makteh dah mkn ka blm???
makteh tgk apa kat laptop??? n bla bla bla..

lepas balik skolah...
ulang balik ayat pg td... 

petang sblm p main...
ulang lagi ayat di atas...

malam sblm tdo...
ulang lg ayat di atas..

ok sebagai m.teh yg baik hati lg budiman, layankan aja... tp paling xley blah adalah
'm.teh, kdt j**a dah nk abrs... nnt m.teh t.up lg ok....' 
 ooo mak aiii, hebatnya penangan dapat hp br.. setiap hari t.up rm10...pengsan... yelah dia guna maxis, m.teh guna celcom, so kdt laju macam ayaq...tp bab nak kata NO kat budak kecik mmg ssh la kan.. layankan aja.. hopefully cepat2 lah abes cekwi dia...

cekwi = perasaan excited dgn brg2 baru kepunyaan sdr... (btol kot rasanya)...

Monday

Petai oh Petai

Makan makan dan makan..makan untuk hidup..makan untuk sehat... makan untuk dapatkan tenaga... makan untuk puaskan nafsu..makan untuk berseronok..makan makan makan. ada x org yg xperlu makan untuk hidup... 

Actually nak cerita pasal petai... ada x orang yg xkenal petai 2 apa... xda gambar untuk di upload dan tiada kerajinan nk mengoogle... tp keyword untuk entry ni adalah petai... Keyyah tau mesti ramai yg xmakan petai kan.. yelah bau dia kan kuat gila2... tp keyyah suka/ boley makan petai... yelah orang kampung kan... dah pokok petai pun ada kat kwsn rumah, mmg mustahil lah xmakan..hehhehehe

petai enak dimakan.. sedap di lidah, sedap di tekak.... tapi lepas je makan, siksa mula terasa...siksa di tekak, siksa di hidung... siksa di setiap ruang pernafasan... yang pasti sakit kepala dan demam pasti akan menyusul lepas mkn petai... itu lah yg Keyyah rasa semalam...sakit kepala yg xtertahan menahan bau mulut yg super duper busuk walau dah berkali-kali gosok gigi...huhuhu.. 


## agak2 ada x org lain yg mengalami nasib yg sama dengan Keyyah...

Wednesday

Untuk angah || Untuk yg bakal amik result SPM

walau apapun result yg anda dapat hari ni...
bersyukurlah...
bagi yg berjaya, alhamdulillah..
terus kekalkan semangat untuk belajar..
agar lebih berjaya dan menjadi orang yg berguna kelak..

bagi yg kurang berjaya, jangan putus asa...
bersyukurlah dengan apa yg anda dapat...
perjalanan masih jauh...
spm bukan penentu untuk seseorang berjaya di masa hadapan...
berapa byk org yg xberjaya daalam SPM tp boley hidup kaya raya...
boley ada pekerjayaan tetap...
malah lebih berjaya dari org yg dapat byk A dalam SPM mereka...
percaya lah, rezki di tangan Allah...
teruskan berusaha...

untuk angah..
makteh doakan semoga kamu berjaya...
biar apa pun resultnya nnt...
jgn putus asa...

Monday

ZEST CARD 2 apa???

Assalamualaikum..
ermm dah sedikit bersawang blog ni...hari2 ngadap laptop dan tenet tapi xterbuka lak blog dan facebook.. mood bersosial dah xda agaknya kot..ngeeeee.. tp hari ni akan ku terjah blog2 korang..hehehe...

ok td Keyyah dapat panggilan dari agensi menda ntah... dia cakap Keyyah ni pengguna kad visa bertuah.. Maybank punya card lah 2... dia tawarkankan ZEST PRIVILEGE CARD... menda apa card ni... sambil si gadis bermulut manis 2 terang, sambil lah Keyyah google... xtau lah kesahihan menda ni...panjang juga lah dia terang sampai xley nk menyelit pun...

bila ada peluang tuk bertanya, laju2 Keyyah tanya, BERAPA YURAN @ KOS YG KENA BAYAR??? 
adik cuma perlu bayar sekali je yurang untuk keluarkan kad ni dan kos penghantaran..yuran bulanan xperlu bayar sbb adik bertuah n bla bla bla bla....

penat nk tunggu dia cakap berapa kena byr...last2 dia ckp rm400+++.. lepas 2 terang lagi dan lagi dan lagi...sambil dia terang berjela-jela, sambil la Keyyah google... dan kesudahan nya Keyyah cakap terus terang, xberminat dengan semua 2... g pun mmg kurang percaya lah ngn offer2 mcm ni plus banyak jumpa komen2 negative ja... dah la main call je... 

## pesanan: kalo nk beli insurans or apa2 tawaran dari bank, better g terus kat bank 2... bukan nk cakap org yg call kita ni 100% penipu, cuma lebih baik berjaga2 sblm terkena...
## Keyyah mmg suka je dengar dan layan org2 cm ni call... biar je dia terang berjela-jela... tapi nk terima nya mmg x la...

Sunday

Ikan Selayang || Sardin dalam tin || Baru nampak kenapa emak xmakan

Tajuk entry nak panjang2 kan...sebenarnya xtau nak tulis tajuk apa... tulis, delate, tulis ,delate, tulis ,delate. boley lak cm 2 kan..apa2 aja lah...

keyyah penggemar sardin dan emak xmakan sardin dalam tin...so kat rumah mmg xpernah beli ikan sardin dalam tin.. Dulu pernah tanya kenapa emak xmakan ikan sardin (ikan selayang)... Emak cakap dia xlalu makan sbb dalam perut ikan tu ada ulat... ape???  btol ke?? tapi sbb xpernah nmpk dengan mata sendiri, so keyyah ignore je n terus mkn ikan sardin... kalo kat kedai, nmpak ikan sardin ja terus kecur liur.. sedappppppp....

Disebab kan emak xmakan sardin yg dibeli, so emak buat sendiri sardin guna ikan temenum (ikan kembong)... dulu2, pantang ikan temenum ni murah mesti mak beli banyak2 dan buat sardin...selalunya bulan puasa lah... mak cuma masak sardin time sahur sbb nk pancing anak2 mkn sahur...sedapppp..kalo xbgn sahur mesti rasa rugi... lagi sedappppp dari sardin dalam tin...(tetiba terbayang sardin yg mak buat)
pressure cooker..
kalo korang tanya Keyyah camna nk buat sardin 2...jawapan nya mesti lah NTAH, XTAHU...hahahaha xpernah  belajar dengan mak..aiishhhh...tapi rasa dia lebih kurang macam sardin dalam tin 2.mungkin sedikit masam kkot dari sardin dalam tin sbb nk elak bau hanyir kan... tulang pun reput macam 2 juga...cuma bezanya mak xguna bahan kimia tuk reputkan tulang...cuma guna pressure cooker je... 

eh dah melalut ke laut lak kan... sebenarnya nak cerita, semalam 1st time siang ikan selayang... bila dah duduk umah sewa, so mcm2 lah nk explore sendiri kan.. apa yg aku jumpa dalam perut ikan 2??? uwaaaa ada ulat yg emak cakap 2.. bila nmpak depan mata baru la OOOO CMNI KE ULAT TU...boley terima lah kenapa emak xnak makan ikan 2.. 

sardin boleh sebabkan kanser ke?? kepada penggemar sardin dalam tin, meh Keyyah nak kongsi cerita pasal makanan dalam tin:


Pernah makan ikan sardin? Pasti anda tahu yang tulang ikan sardin tersangatlah lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut? Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin dipersoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang wanita yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Setelah disiasat, beliau memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid akan tumbuh di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila sudah cukup tempohnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samada benign atau malignan. Tetapi, berdasarkan kajian ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Ada satu lagi kes iaitu seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia dalam lingkungan 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiat gemar makan ikan sardin.

Bagi mengukuhkan lagi fakta ini, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Sebolehnya kita cuba hindarkan diri daripada tabiat memakan ikan sardin bagi mengelakkan penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Ini pasti berita buruk kepada para penggemar sardin. Sejauh mana kebenarannya, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Ini sekadar peringatan untuk semua. Mencegah lebih baik daripada mengubati.
sumber : ikan sardin boleh sebabkan kanser?? 

Friday

Apa lagi yang xcukup???

Setiap hari, setiap malam, setiap detik aku melihat diri ini...
banyak sangat kekurangan...
dari segi mental mahu pun fizikal...
xpuas hati kat sini...
xpuas hati kat sana...
namun aku tetap bersyukur....
Syukur yg tak terhingga...

di pagi jumaat yang damai...
terjaga dari tidur...
hujan renyai2 membasahi bumi...
sedikit sejuk namun tak la sampai beku...
Syukur yg tidak terhingga dilahirkan di Malaysia...
cuaca suam2 kuku sepanjang tahun...
tidak perlu merasa sejuk sampai nk beku..
tidak perlu merasa panas sampai nk terbakar badan...
Nikmat yg sebegini besar...
Tidakkah aku bersyukur??
namun pernah kah kamu dan kami terfikir tentang insan2 yg terpaksa tidor di bawah jambatan???
tidor bertemankan tempias air hujan???

Jika hendak disenaraikan nikmat2 yg telah di anugerahkan...
xtersenarai walau di tulis berhari-hari...
terlalu byk..terlalu banyak...terlalu banyak...

Syukur..
Mudah disebut...
Adakah setiap perlakuan & perbuatan ku membenarkan kata2 itu...
Banyak yg perlu diperbaiki...
banyak yg perlu di pelajari....
banyak yg perlu dihayati...
semoga ruang dan masa yg diberikan tidak akan sia2...
Doakan supaya aku mampu menjadi insan yg btol2 bersyukur...

Tersentuh hati bila tengok Video dari blog INI.. masih tidak bersyukur lagi kah???

Tuesday

Melentur Buluh biar lah dari rebungnya

Assalamualaikum...pagi yg suram dan mendung..abes lah xkering baju aku nnt...adus apa yg aku merapu nih...Ada x org xkenal buluh...hahaha mana lah tau kan ada org yg xley beza pokok buluh ngn pokok bunga...hehe gurau ja...

kenapa nak cerita pasal melentur buluh lak ni??? belajar dari pengalaman, kalo nk ajar anak biar lah dari kecik (pengalaman tgk anak sedara..br skolah menengah dah pandai masak mcm2)...jgn sampai dah besar nnt baru nk menyesal bila anak xtau nk wt menda2 asas dalam hidup... 

ok disuatu petang yg damai (xda motif start ayat ngn OK), si gadis sedang membasuh pinggan sambil memerhatikan keluar tingkap. lagi tertarik nk tgk bila dgr si emak menjerit2 dengan penuh kasih sayang.... rumah teres yg hanya dipisahkan dengan lorong kecil dengan rumah depan... kiranya dapur bertemu dapur lah...eh faham x nih???? xpaham erk?? tgk gambar..jgn lagi pening sudaaa..

Kiranya apa yg emak si kecil 2 cakap, mmg boley dengar satu per satu dgn jelasnya..nampak juga dengan jelas di bahagian belakang umah 2 ada si anak kecil yg mencangkung sambil memberus baju..tuk pengetahuan korang, si kecil 2 baru umur 7 or 8 tahun ja... emak dia dah ajar dia basuh baju sekolah sendiri.. bukannya emak dia malas, tp nk ajar dia berdikari kot sbb sblm 2 emak dia dah siap basuh n jemurkan baju2 yg sangat banyak...dia cuma basuh sepasang baju skolah dan kasut skolah saja...

emak yg bagaikan bos bercekak pinggang sambil memberi arahan pada anaknya.. berus kat c2 berus kat cni berus kat sana. lepas 2 macam lagak QC si emak cek baju yg dah di basuh..cuci ke x.. dah siap basuh baju, si emak ajarkan anaknya basuh kasut skolah lak...nampak macam kesian tp tgk adik 2 enjoy saja basuh baju sendiri... mungkin xcited sbb 1st time kowt.... hehehe... seronok dgr suara comeil si kecil ni...

nampak macam zalim, tp ini lah ilmu yg akan membantunya meneruskan kehidupan nnt...mungkin boley diguna masa emak dia bersalin lagi ataupun bila dah masuk asrama... 

sebenarnya lain org lain caranya mengajar anak... ada yg ajar dengan belaian manja dan ada juga dgn tengking2... tapi sebenarnya itu lah cara dorg... cara Keyyah lak xtau lagi cm na..kena tggu ada anak lu baru boley pk..


## walau mcmmana cara kita nak ajar anak tu, kasih sayang jgn lupa diberikan...
## memanjakan anak itu boley tp awas!!! jgn terlampau manja sampai xtau nk berdikari nnt...

Sunday

Adat oh Adat..yg senang menjadi susah...

Assalamualaikum...

Dewasa ini kita tengok banyak menda yg lebih mementing kan adat sehingga menyusahkan banyak pihak.. yang mudah menjadi susah.. yg susah bertambah susah... adat yg paling ketara sekali dilihat dalam masyarakat melayu adalah semasa berkahwin..byk btol adat yg kena ikot... selepas itu adat masa bercukur n mcm2 adat lagi... 




namun kena difikirkan ajal maut, jodoh pertemuan di tgn Allah...siapalah kita untuk mempertikai kan nya... kalo sudah berusaha namun dia bukan jodoh kita, tiada apa yg mampu kita lakukan.. kena percaya juga dengan Qada dan Qadar.. apa itu Qada dan Qadar...ini petikan dari wikipedia :

Percaya kepada qada dan qadar adalah Rukun Iman keenam. Ia mempercayai bahawa segala yang berlaku, selepas seseorang berusaha, adalah ketentuan Allah semata-mata


##sakit untuk menerima keadaan baru, namun pasti ada hikmahnya...

Saturday

Recycle

dunia semakin parah...berat dengan sampah sarap...jgn ditambah beban itu..apakah peranan kita tuk mengurangkan beban itu.....omputih kata recycle n melayu kata kitar semula....apaa itu kitar semula??? cewah macam org xtau je kan..ni semua pengaruh menulis thesis, tulis apa sj macam kita terangkan pada org yg xtau..ngeeeee...

banyak menda yg boley kita recycle.. plastik, botol, kotak2, baju lama  n macam2 lagi.... plastik boley dijadikan plastik sampah...xyah lagi nk beli plastik sampah khas... botol boley di cat jadikan pasu bunga, xpun boley guna semula tuk isi apa2 yg ptt... baju2 lama boleh di gunting dan dijahit dengan comeilnya tuk jadikan cloth pad....tetttt ni xley cita lebih2, malu.... n macam2 lagi boley buat dengan barang kitar semula....

Mukadimah nak merapu mereben kan...sebenarnya nak tunjuk dari kotak perfume telah di tranform kan jadi tempat letak pensel...hihi....ni semua kes jeles tgk sorg membe 2 guna botol yg teleh diconteng2 dgn comeilnya dan dijadikan tempat letak pensel kat lab...kalo org 2 baca sila kembang bontot n lubang hidong k...hahaha..

akhirnya Keyyah dengan jayanya mengcrochet tempat letak letak pensel yg ala2 cute gitu...gilos puji diri sendiri.....lepas ni abeslah segala bekas dadih n kotak2 kecik akn bersarung dan diguna pakai dengan comeilnya...xpun crochet banyak2 tuk jadikan doorgift masa kawen nnt..tetttt...bab merapu mmg laju....dat y la malas nk update blog slalu...

Mata panda

Pandaa oh panda..aku dh rasa mata macam panda dh ni..bengkak n kehitaman...arggghhhhh bila lah nk berkhir semua derita ini...ohhh derita ke???  kepala pun sedikit ting tong hari...semalam tdo lambat sangat n pagi td hampir nk terkantoi subuh..nasib baik jiran sebelah sangatlah bising sebelum pergi qeja...

 si panda yg comeil sedang tdo..nak tdo mcm 2 juga tapi xboley...bila baring je mata otomatik rasa cm segar lak...adessss...tapi bila ngadap thesis, kepala mula lah ting tong...

 try mengkait mengunakan colourful yans... benang ni sedikit mahal tapi berkualiti...susah nak dapat benang cam ni.. kalo kat Melaka, cuma jumpa kat 1 kedai ja... 2 punn nunnnn jauh kat Kota Laksamana... Tenkiu Adah sbb bawa Keyyah g beli benang ni.. someilll sangat...hehehe

Kopiah kait ni untuk adik..colourful lagi...hahahaha... nak x kopiah ni??? kalo xnak akk bg kat org lain...ngeeeee

Wednesday

Topi untuk Fikriah

crochet lagi..dan lagi dan lagi...actually byk dah menda yg di crochetkan tp malas nk wt entry..g pun untuk kegunaan sendiri..hehehehe...

crochet topi untuk Fikriah..idea ni datang masa balik kampung ari 2... Fikriah selalu follow Keyyah kua rumah  nak sidai baju or g siram pokok...masa 2 panas sangat..so nk elak dia dr kena panas, Keyyah bg dia pakai tudung emak..ngeeeeee pakai tudung sampai ke kaki... 


topi yg dah siap dgn seketol bunga...hehehe..xtau lah sesuai ke x bunga 2...Keyyah main hentam je...saiz pun xtau sangat...hopefully muat la....

topi dari belakang.. lelaki pun boley pakai ni..hehehehe


## mendapat amanat yg menakotkan...hopefully aku kuat  untuk meneruskan perjuangan ini...