Sunday

9July 2011 || sejarah terlakar

Artis : TAN SRI S. M SALIM/ M. NASIR
Lagu : Seloka Cak Kun Cak





 Satu masa yang telah silam
  Tak dapat diambil kembali
  Melayu mashyur serata alam
  Hidup mewah gagah sekali

Pahlawan kita nama terbilang
Ditakuti ramai perwira
  Melawan musuh tak terbilang
  Gerak semangat kerana bangsa

Kelekaan jangan dikenang
Lautan duka kelak dikenang
Hampir tinggal sehelai benang
 Bencana sengaja dipinang

  Jika perhati bangsa dagang
Kapak beliung ditangan memegang
  Kekayaan hendang diregang
  Akhirnya saudagar pangkat dijulang

  Disulami syair termashyur
  Usahlah berdengkur
  Kita jua yang bertafakur
Yang mana khilaf tegur menegur

La..la...la..la...
Korus:
Kulitnya bersih, hati pun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih
Kulitnya bersih hatipun bersih
Memikul belati tiada memilih
Jadikah bersih hatipun bersih
Berkata bermulut fasih
Jadikah bersih, hatipun bersih
Dialah khazanah pintu terpilih
a.aaa...aa

  Awak yang payang membelah ruyung
Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung 

Alhamdulillah hari ni dah masuk 10 July dan malaysia masih lagi aman...peristiwa 9 july rasanya ramai yg dah tahu...Satu sejarah terlakar dalam negara demokrasi ini...kerana EGO, segalanya tidak dapat difikirkan dengan waras... Masing2 mahu mempertahankan EGO masing2..samada kerajaan mahupun pembangkang... maka di situ tiadalah lah pemenang dan xda lah yg kalah. Kesannya akan mula terasa.. Kepercayaan pelabur asing semakin kuat kah??? kemarahan rakyat kepada PR semakin meluap2 kah?? Rugi sana, rugi sini... dalam bangsa kita bergaduh sesama sendiri, harta kita sedikit demi sedikit dimiliki rakyat negara jiran..Pulau Batu putih, Tanjung Pagar, perumahan2 elit di Johor... sedar lah wahai rakyat Malaysia... mahukah kita jadi seperti GAZA???


Selesai cerita sejarah malaysia...mmg tiada kesan untuk aku yg ada di Melaka ni...masih aman kesana kemari..hanya org yg merasa peritnya tersangkot dalam jam yg akan terasa kesan dari sikap EGO mereka mereka mereka semua...

******************************************
Sejarah juga dalam hidup aku semalam bila ter VIVA secara xsengaja...tetiba ja 2 orang panel (en Duen n En zoinol) datang dan suruh present...di kelilingi rakan2 seperjuangan yg lain aku menjadi sangat cuak dan gelabah... hampir 2 jam juga kena... mmg sah banyak benda yg aku kena baca lagi..adoiii stresssss...

1 comment:

M a W a D D a H said...

lagu kegemaran keyyah...hehehe