Sunday

Ikan Selayang || Sardin dalam tin || Baru nampak kenapa emak xmakan

Tajuk entry nak panjang2 kan...sebenarnya xtau nak tulis tajuk apa... tulis, delate, tulis ,delate, tulis ,delate. boley lak cm 2 kan..apa2 aja lah...

keyyah penggemar sardin dan emak xmakan sardin dalam tin...so kat rumah mmg xpernah beli ikan sardin dalam tin.. Dulu pernah tanya kenapa emak xmakan ikan sardin (ikan selayang)... Emak cakap dia xlalu makan sbb dalam perut ikan tu ada ulat... ape???  btol ke?? tapi sbb xpernah nmpk dengan mata sendiri, so keyyah ignore je n terus mkn ikan sardin... kalo kat kedai, nmpak ikan sardin ja terus kecur liur.. sedappppppp....

Disebab kan emak xmakan sardin yg dibeli, so emak buat sendiri sardin guna ikan temenum (ikan kembong)... dulu2, pantang ikan temenum ni murah mesti mak beli banyak2 dan buat sardin...selalunya bulan puasa lah... mak cuma masak sardin time sahur sbb nk pancing anak2 mkn sahur...sedapppp..kalo xbgn sahur mesti rasa rugi... lagi sedappppp dari sardin dalam tin...(tetiba terbayang sardin yg mak buat)
pressure cooker..
kalo korang tanya Keyyah camna nk buat sardin 2...jawapan nya mesti lah NTAH, XTAHU...hahahaha xpernah  belajar dengan mak..aiishhhh...tapi rasa dia lebih kurang macam sardin dalam tin 2.mungkin sedikit masam kkot dari sardin dalam tin sbb nk elak bau hanyir kan... tulang pun reput macam 2 juga...cuma bezanya mak xguna bahan kimia tuk reputkan tulang...cuma guna pressure cooker je... 

eh dah melalut ke laut lak kan... sebenarnya nak cerita, semalam 1st time siang ikan selayang... bila dah duduk umah sewa, so mcm2 lah nk explore sendiri kan.. apa yg aku jumpa dalam perut ikan 2??? uwaaaa ada ulat yg emak cakap 2.. bila nmpak depan mata baru la OOOO CMNI KE ULAT TU...boley terima lah kenapa emak xnak makan ikan 2.. 

sardin boleh sebabkan kanser ke?? kepada penggemar sardin dalam tin, meh Keyyah nak kongsi cerita pasal makanan dalam tin:


Pernah makan ikan sardin? Pasti anda tahu yang tulang ikan sardin tersangatlah lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut? Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin dipersoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang wanita yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Setelah disiasat, beliau memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid akan tumbuh di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila sudah cukup tempohnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samada benign atau malignan. Tetapi, berdasarkan kajian ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Ada satu lagi kes iaitu seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia dalam lingkungan 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiat gemar makan ikan sardin.

Bagi mengukuhkan lagi fakta ini, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Sebolehnya kita cuba hindarkan diri daripada tabiat memakan ikan sardin bagi mengelakkan penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Ini pasti berita buruk kepada para penggemar sardin. Sejauh mana kebenarannya, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Ini sekadar peringatan untuk semua. Mencegah lebih baik daripada mengubati.
sumber : ikan sardin boleh sebabkan kanser?? 

9 comments:

MyCyber said...

lauk pling snang nk msak..tp klau bhaya, ssah jgk tu..

Dzasc Skachers said...

masyaallah.. takot gak baca.. hehehehe...
nyaris wadud kureng ngan sadin tersebut.. lau tak lembut la tulang wadud.. eh silap.. =)
gud info keyyah..

KUREKURE COMEL said...

pernah baca jgk...huhuhu..


sejak tu tak makan dah...takut wooo...

Solihin Zubir said...

antara mknan yg slalu student mkn.. tp bahaya.. sardin, maggi..

adie said...

seb baik aku tak makan sardin. tapi kesahihan info tu betul ke?

Mohamadazhan.com said...

huh! bahaya ni, elok disebarkan supaya kesihatan tidak terjejas kerana makanan bertin

Unknown said...

laaa..ikan sardin sedap tuuuu...

H Y D E said...

hmm.. info yang amat bagus ni. lepas ni x mo makan sardin dalam tin dah. tQ ya

Mr. Asada said...

kecur air lior bila mengenangkan ikan sardin pedas malaysia.. sini takde..

dulu ade gak member buat kat sini. tapi skrg member dah balik malaysia, tak sempat menuntut cara buat sardin sendiri..