Thursday

Untung Sesapa yang ada emas dan dinar emas

assalamualaikum n salam ramadhan... semoga semuanya sehat dan masih bertenaga untuk meneruskan puasa.. Alhamdulillah syukur yang x terhingga sbb dapat juga abeskan sehari puasa kemarin...dugaan di bulan puasa... perut sakit n cirit birit sampai ke ptg...kalo di ikutkan hati, nak saja berbuka di pertengahan hari, tapi di gagah kan juga untuk teruskan... dengan kuasa Allah, petang itu aku kembali sehat... Alhamdulillah....

Ini semalam punya cerita, rasanya rata2 sudah tahu ttg hal ni...pasal dinar emas Kelantan...untung lah sesapa yang memilikinya... walaupun dicerca, dihina oleh pelbagai pihak sblm ini, namun dinar Kelantan masih lagi mendapat sambutan... jom baca artikel aku kopipes dari harakah.


KOTA BHARU, 10 Ogos: Langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata peningkatan itu merupakan sejarah dalam  kenaikan harga emas dunia.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini sebentar tadi.
Menurutnya, harga emas pasaran dunia pula hari ini meningkat kepada USD1,723 dan ianya merupakan satu sejarah dalam kenaikan harga emas.
“Mana-mana masyarakat yang sebelum ini membeli emas mendapat keuntungan yang besar dan rugi sekiranya tidak berbuat demikian bagi mereka yang mampu.
”Bagaimanapun sekarang kita masih boleh membelinya kerana ia belum terlewat memandangkan harga emas pasaran dunia akan naik lagi mencecah USD3,000,” ujarnya.
Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri menyedari perkara ini PMBK Sawit sejak awal lagi melabur sumber kewangannya di sebuah bank di negeri ini sebanyak RM1 juta.
Tambahnya, keuntungan yang diperolehi dalam tempoh lebih sebulan RM130,000.
Ketika ditanya berhubung pihak tertentu mengkritik tindakan kerajaan negeri sebelum ini, beliau berkata kritikan itu hanya kerana sentimen politik.
”Mereka mengkritik bukan kerana takut rakyat tidak akan mendapat sebarang manfaat sebaliknya kerana dendam politik terhadap kerajaan negeri yang didokongi PAS,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat seluruhnya supaya melabur serta meningkatkan pelaburan masing-masing kerana keuntungannya bakal diperolehi lebih besar khususnya penghujung tahun ini.
Menurutnya, kejatuhan dollar Amerika yang tidak berjaya mengekang kewangan ekonominya disamping jumlah hutang yang kian banyak, akan memberi ruang kenaikan keuntungan harga emas pada masa akan datang.


sangat beruntung kamu kamu kamu yang berkemampuan untuk memiliki dinar ini... jauh lagi untung dari melabur dalam ASB or apa2 aja...hehehe...Politik-politik juga, tapi benda yang baik perlu di kongsi bersama.. terperasan artikel ni pun sbb ada member share di pesbuk... Jom beli dina emas ramai2....

2 comments:

si para para said...

betul tu..memang untung sape yang ada dinar emas...
tapi kenapa kerajaan malaysia tak nak buat ye..sedangkan ia memberi keuntungan kepada rakyat

achik said...

aku pun plan nak beli gak dinar mas ni..
pelaburan mase depan
wang kertas x stabil dah skrg.