Dua tiga minggu lepas aku ada bersembang dengan penjual keropok warga Thailand dan aku belajar erti bersyukur dengan keamanan Negara yang sedia ada...
Malaysia... masih lagi sebuah negera yang aman dan makmur walau setiap hari ada saja berita2 yang mengerikan terpampang kat paper or bulletin utama.. ada saja kejadian pecah rumah,rompak, samun sana sini or kekalutan politik Negara...namun masih boleh lagi dikategorikan selamat jika hendak dibandingkan dengan mereka yang dok di Narathiwat (ek cmni ka ejaan,..mls nk google)...
Aku: seronok tak dok Malaysia??
P: seronok..kalo boleh nak jadi warga Negara cni...
Aku: kenapa lak???
P: dekat kg saya menakotkan...ada bom..bunuh orang senang-senang saja...kala nak bandingkan kg saya dengan Malaysia, mmg jauh bezanya....orang2 kat cni pun baek2 juga (ni ayat puji2 ckit..maklom lah dok kat Negara org...
Orang luar berpusu-pusu nak datang Negara kita tuk cari rezeki.. so xda alasan orang Negara kita tidak mahu berkerja untuk mencari duit dengan bagi alas an xda kerja...cumanya kerja yang sesuai dengan kelulusan saja yang susah nak dapat....
1 comment:
org negara kite ni memilih sgt,tambah2 yg ada diploma,ijazah tu...
Post a Comment