Friday

Tutup Buku Lama...

Assalamualaikum..Malam Jumaat yang sejuk disambung dgn pagi yg begitu dingin plus cuti sempena kemenangan skuad bola malaysia mmg sedikit menguji keimanan tuk bgn subuh hari ni...semoga semua ceria2 di hari terakhir kita tahun ini... yup mungkin sesetengah org xkesah dgn kehadiran Januari kerna as a muslim mst la kita meraikan kedatangan Muharram... 

banyak sangat cerita suka duka 2010 telah disemadikan disini n semestinya ada juga yg tidak diceritakan disini... Mmg terasa tahun ini penuh dgn dugaan.. expecially yg melibatkan family...dugaan dtg bertimpa-timpa mengakhiri tahun dengan penuh liku2 kehidupan... namun syukur yg xterhingga masih lagi diberi kesempatan untuk hidup dimuka bumi ini bg meneruskan sisa2 usia dan memperbaiki segala kelemahan diri..Bak kata usatazah Siti Norbahiyah dalam slot semanis Kurma, TIADA ORG YG SEMPURNA DIDUNIA INI..tidak terlepas melakukan salah dan dosa.... Pintu taubat sentiasa terbuka bg sesapa yg menginginkannya... 

Walau pun dugaan dtg bertimpa2,namun masih banyak cerita gembira yg hadir...Allah itu maha adil... Setiap yg diciptakan berpasang-pasangan... maksudnya ada duka dan ada jugalah gembiranya..Ingin sekali menutup lembaran 2010 dengan melupakan segala cerita duka ddan hanya mengingati cerita gembira sj... boley ke cm 2??? hopefully boley la...

Bila nak masuk tahun baru mesti lah disertakan dgn azam... azam tahun ni nak memnuhi azam tahun lepas yg xtercapai..huhuhuhu...banyak 2 xtercapai... kita hanya merancang, tapi Allah yg menentukan... mesti ada hikmahnya di sebaliknya...

sekali lg nak kongsi kata2 ustaz wn akasyah n ustazah siti norbayah "orang yg paling cerdik adalah org yg sentiasa melihat kedalam diri n org yg sentiasa ingatkan mati... maksudnya kita kena lah sentiasa muhasabah diri dan memperbaiki setiap kekurangan yg ada"...

Sebelum tertutupnya buku 2010, ingin sekali Keyyah nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki seandainya ada salah dan silap pada 2010 n yg lepas2... Semoga hidup kita sentiasa diberkati....


Jalan2 ke rumah pak leh...
bukalah buku baru dgn amal soleh...

Thursday

Menang juga akhirnya..


Ntah tetiba je mlm td bersemangat nk tgk bola...yelah Malaysia lawan kan...mula2 tgk sambil duduk n sempat juga lompat.berkongsi kegembiraan gol pertama dgn membe2 chat...tp dh dkt2 nk abes dah xlarat... tgk sambil baring je.dh pkul 10 lebih pun masa 2..n selesai je abes perlawanan, terus masuk bilik n tdo sampai awal pg...

xperlu nak diceritakan lagi kerna semua sedia maklum Malaysia menang malam tadi dengan 4-2.. hehe terbukti bukan laser yg menjadi penyebab Malaysia menang... n laser artis mana ntah yg nak pakai seksi2 2 pun xberjaya jugak...

tahniah pasukan malaysia..hehehe... ok esok jom kita bercuti beramai-ramai...hehe
penjaga gol malaysia ( khairul fahmi che mat ) kiut ok..awek dia si jariruncing pun comeil..sesuai jer...hehehe...

Wednesday

patut la ramai lelaki di fakulti ku...

Assalamualaikum semua... semoga sihat2 sahaja....
sekarang ni Keyyah rasakan ramai sangat lelaki di sekeliling... masuk pasca lab, kekadang sorg je girls, g cafe, boleh la tengok beberapa org girls... g naik lab microwave, lelaki juga disana..student baru kat pasca pun semuanya lelaki...kekadang rasa segan pun ada... tapi itu adalah hakikat kehidupan. Hari2 yg dilalui dirasakan seperti dah kurang bestnya bila tiada teman untuk bergosip (pernah terasa down bila dorg dh buat keputusan tuk tinggalkan aku keseorangan disini..cuak, sedey,takot n rasa nk quit pn ada..tp hari demi hari ku tabahkan hati n blajar bersedia seandainya ia kan menjadi kenyataan.)...Alhamdulillah Dee masih lagi disini..n InsyaAllah yg lain juga akan ada lg disini... :)
  undergrade
postgrade

Rasanya semua orang dh tau pasal statistik penduduk malaysia 2010 kan... xtau lah boleh percaya ke x, tp itu lah result bancian baru2 ni...penduduk lelaki lagi ramai dari perempuan di Malaysia... kalo korang nak nmpak jelas lagi g lah ke blog unwanted..dia ada cerita detail kat sana siap ngn statistik penduduk malaysia lg...tenkiu ye unwanted sbb jemput keyyah bc entry pasal ni smlm..kalo x, mmg xtau lg lah..hehe..

Bancian ini hanyalah utk penduduk Malaysia sajo, kalo negara lain xtau lah..mungkin perempuan lagi ramai...

Tapi ada juga yg memperkatakan ramai perempuan di IPTA/S berbanding lelaki kan kan... tp Keyyah rasa, lelaki lebih minat bidang kemahiran kowt... so kalo g tgk kat fakulti eng @ giat mara, sure lelaki lagi ramai dr perempuan...








## failed tuk bahagikan masa...banyak kerja yg kena buat skrg..tp 1 pun xsiap...so blog n FB sedikit terabai...tp tetap juga dijeling-jeling..hahaha
## mau register sem n bayar yuran...melayang lagi duit aku..huhu...

Monday

sana sini situ sinun

Assalamualikum...
semalam seluruh rakyat malaysia bersorak gembira dengan kemenangan pasukan bola sepak malaysia... walaupun Keyyah xtgk pun mlm td, bahang keseronokkan itu ttp juga dirasa kerna sana sini sinun penuh dgn status2 yg mengembirakan...hihi..
apa2 pun tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia.. Malaysia boleh.. 

## entry yg sgt simple sbb sedikit sibuk skrg nih plus kemalasan yg teramat sgt.. tp Keyyah ttp juga g melawat kwn2 lain...bc perkembangan terkini rakan2..heee...

Wednesday

apa kaitan tulang dan sarapan????

Assalamualaikum...
semoga hari anda ceria dan dilimpahi kasih sayang...mulakan hari anda dgn solat subuh n jgn dilupakan untuk bersarapan... solat subuh itu mknn utk rohani while sarapan adalah mknn utk physical... so kedua-duanya ptg utk memulakan hari anda...

apa korg sarapan pg ni??? org bujang mcm Keyyah mst lah srpn simple2 ja... xda kuih muih, xda mee goreng, xda nasi goreng n xda mcm2 lah..yg ada hanya lah susu panas @ milo panas + nestum @ biskut jacob high fiber...wahaha.. nampak mcm simple, tp berkhasiat ooooo... 

Mukadimah punya lah pjg kan... apa kena mengena sarapan dgn tulang??? yup sarapan yg Keyyah amik 2 berkaitan dgn tulang n perut.. budak yg perutnya sensitif mesti lah mkn menda yg mcm 2 di pagi hari... susu pula ada kalsium yg m'bantu menguatkan tulang n gigi... tp calsium sj xcukup ok..kena ada vitamin2 lain lg tuk m'bantu penyerapan kalsium..heeeee ckp mcm doctor lak kan....doctor 2 b kot... kalo dapat phd la..2 dia berangan xhengat..dush3...

tp mmg btol ok, vit2 lain mmg diperlukan tuk m'bantu penyerapan kalsium... kalo xcaya meh nak tunjuk...
is calcium the only answer to stronger bones???
no, you also need the right combination of nutrients such as phosphorus, magnisium, zinc vit c and D..

semua ni ptg ok.. so sblm beli apa2, pls check the labels of nutrition 1st...tgk ada x combination vitamin2 ni ke x..heee...kalo nk lebih info, jgn segan silu klik iklan2 kat cni yg berkaitan dgn NESVITA...

Tuesday

Slamat Hari Lahir

adek..
HB yg ke 24...
semoga dimurahkan rezki..
dipanjangkan umo...
dilimpahi keceriaan n kebahagiaan yg berpanjangan..
semoga usia mu diberkati ilahi...
igt lah, semakin meningkat usia, semakin dekat ajal kita...

adek yg duduk atas pangkuan emak...

## akk tlg nanges utk adek hari ni...sabar lah menempuh dugaan itu...semoga ada penyelesaiannya n dipermudahkan urusan kita sekeluarga...laen kali lebih berhati-hati ok...
## hadiah xda...beli sdr lah..besaq dah kowt..heee

Doa untuk mendapat keberkatan masa.

Assalamualaikum...
masa sering berputar..dari saat ke minit, ke jam , ke hari, bulan dan ke tahun baru.. tiada siapa mampu mempercepatkannya @ melambatkannya @ menghentikannya kecuali dengan izin yg maha kuasa... 

di hari yg indah, ketika sedang merehatkan otak ini dari dunia research, Keyyah ada terbaca artikel yg menarik untuk dikongsikan bersama kawan2... Keyyah bukan pandai sgt bab2 agama, tapi xsalah kan untuk berkongsi menda2 yg baik untuk bacaan dan tatapan kawan2 yg berkunjung ke blog ini...

"Dunia ini bukan kita sahaja yang hidup. Berbagai rupa dugaan dan kerenah manusia yang lain. Saya yang dhaif ini sejak sekian lamanya amat tersentuh dengan doa Nabi s.a.w
“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani). "
Petikan dari blog drMAZA.

Selamat beramal n Semoga masa2 yg mendatang akan lebih diberkati-Nya

p/s: entry lama, hari ni baru publish :-p

Saturday

Untuk kekasih hati ku...

untukmu kekasih hatiku...
sanggup ku korbankan segalanya..
wang ringgit, masa dan tenaga..
andai ia mampu membuatmu bahagia...


aduh berpuitis lah pulak... actually tiap kali Keyyah terpandang status kawan2 di FB cthnya " windu nak jumpa anak di nursery, xsabar rasa nak balik keje" , " hebatnya perasaan seorang ibu, walau baru berpisah beberapa jam, hati ini rindu sekali untuk melihat senyumannya" n mcm2 lagi lah  kadang2 menimbulkan rasa tidak sedap hati.. bukan jeles sbb dorg dah ada anak, tapi bimbang emak Keyyah juga akan berasa sama mcm mereka..

4 Hari xcall mak gara2 henphone wosak...akhirnya ku paksakan diri untuk beli handphone baru khas tuk call mak..semalam dah rasmi call mak sampai 3x dalam sehari..cover balik tuk 4 hari lepas..heee..

hanya ini yg mampu ku lakukan untuk membuatkan kekasih hati ku bahagia...untuk bersama dgnnya setiap hari adalah sesuatu yg sgt mustahil... semoga emak bahagia mendengar gelak tawa n keluh kesah dari anak yg sdg berjuang ini...Bukan sekadar emak, tapi aku juga perlukan kata2 dorongan serta semangat utk meneruskan perjuangan ini...
emak dan abg cik..

Friday

BlogLarian || bersama-samalah kita berlari

Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua. semoga ceria di mana jua berada. ;)


Sebelum di tag ni, Keyyah ada juga terbaca tentang blogLarian ni...Disebabkan skrg ni agak cbuk, so niat tuk join ituwwww ditangguhkan  sajo...tapi bila en ASADA dah tag, Keyyah join juga lah...heeee..Tenkiu Asadaa... tgk 1st ayat 2 mesti Asada perasan Keyyah copy paste dr blog Asada kan..hahahaha..copy n edit ok... bukan copy paste semua isi entry dia..ngeh3...


Ni header terbaru BlogLarian. 


Sapa lah designer header ni kan, mmg sgt cool...likeeeee sgt2... simple tp menarik... masih xberapa nak paham konsep BlogLarian ni, tapi rasanya ia sangat membantu memudahkan kita utk mengunjungi lebih ramai lagi blogger2 lain....memudahkan juga tuk kita blogwalking..ngeeee


nak join bloglarian ni mudah sajo... ikut step2 dibawah ini....
1. Letak banner ini di dalam satu entry (seperti saya buat ni) dan link terus kehttp://bloglarian.blogspot.com

2. Lengkapkan slogan "Saya suka berblogwalking kerana..." (tidak melebihi 30 patah perkataan).

"Saya suka berblogwalking kerana ingin menambah ilmu yg bermanfaat, mengetahui isu2 terkini, kisah suka duka insan dan meramaikan kenalan"..

3. Follow BlogLarian.

4. Tag 3 orang atau lebih rakan.

ser || dee || syikin || ain

haruslah Keyyah tag gadis2 comeil..heeee

5. Sila beritahu rakan yang anda tag melalui komen.

6. Tinggalkan link post anda di entry saudara Padel bersama NAMA BLOG ANDA. [ sini ]

7. Peserta akan disenaraikan di dalam BlogLarian mengikut turutan.

8. Tiada tarikh tutup buat masa sekarang. jangan lambat-lambat, nanti tak sempat. :)

Rasanya semua syarat telah dipenuhi... semoga akan bertambahlah kenalan2 di alam maya ini..heee..


p/s: semalam ada terbaca artikel Hami Asraff :   Tak Usah Letak Gambar Yang Bukan-Bukan. Buat Tambah Dosa Sahaja..so dengan senang hatinya hendak mendelate gambar yg sekian lama tertampal di sebelah kanan blog ini :p..

Tuesday

Terima Kasih

Disaat aku goyah..
dia datang pada ku..
memberi kata2 semangat..
kata2 nasihat...
terima kasih encik..
kata2 itu yg sy perlukan...
disaat hati mula goyah...
jiwa terasa sepi... 
kata2 akhir dia
focus..Focus..Focus...
lupakan cerita lain..
InsyaAllah rezki ada dimana-mana
InsyaAllah...
kata2 itu dan lain2 akan terkesan di hati ini..
selagi semangat ini masih ada..

## hampir sebulan xjumpa or bersembang2 ngn en MJ.. skali kena basuh menitik juga air mata ini... nasib baik hanya kami berdua disini kala ituww..
## lab bermood jiwang... en duen amik mood nk g jmpa wife kat sweedan kot..heee ampun encik duen...hehehe
##sempat lagi update blog kan..dush2..chaiyok2 tuk diri sdr..
jari jemari agak letih menekan calculator..hee

Monday

Perjalanan itu

Alhamdulillah... selepas menempuh 13jam perjalanan, akhirnya sampai juga ke bumi melaka.. huh lama kan...

1st time dalam hidup bas wosak di tengah jalan.... battery prob... lampu, signal n yg berkaitan ngn bateri semua xfunction...

bayangkan lbh kurang 2 jam juga bas ni follow bas lain dgn xda lampu...fuhhhh takotttt ok... wisau sampai xley nak pejam mata...disebabkan hujan n viper xfunction, so bus ni berhenti juga...

kul 6.40pg baru gerak semula dr spg pulai ke Melaka...

Tuesday

Dia yang memahami...

Assalamualaikum dan salam maal hijrah... semoga tahun ini adalah tahun yg lebih baik dari tahun lepas...Di saat ini, hanya ketabahan hati, keteguhan iman dan kesihatan mental dan fizikal sangat2 diperlu kan... melihat seorang demi seorang meninggalkan lab ini menjadikan aku sedikit goyah.... aku kena lebih bersedia untuk menjadi lone ranger. kesana sini seorang diri... Semoga dipermudahkan segala urusan ku...

Ah mukaddimah yg sedikit emosi... abaikan saja..jari ku hanya menari mengikut perasaan dan rentak hati ini... adakah dia sangat memahami situasi aku sekarang???  yup En NN mmg sgt memahami... 

NN mcm tau2 je kan Keyyah ngh survey2 nak beli hp baru... bukan saja2 nak beli tapi sebab sayu je bila dengar emak cakap " awat dah 2@ 3 @ 4 hari x tepon?? dah xsayang mak ka?? sibuk ka??? xda duit ka nak beli hp baru??"..kalo 2 hari xcall mak, emak mesti cakap dah lama..serius Keyyah mmg sgt malas nak tukar2 simcard... Apsal xguna je hp 1 lg call mak??? jwapannya: rugi lah kan..wt pa nak bazirkan kredit jika boley call percuma.. En Celcom 1+5 sangat baek ok.. tiap2 hari gayut ngn mak pun bill still xsampai rm10...kalo guna kreadit, sebulan rm100 pun belum tentu cukup lg nak gayut ngn mak camni..heee...

di akhiri dengan 1 teka-teki:
I ada di tengah2 U. kalo I ditukar dangan U, peminangan kita tak diterima... 
ada sesapa tau jwpnnya???

Friday

Resepi bujang || Terung Pipit @ terung kecil

Assalamualaikum...

sebelum tengok apa yg keyyah masak, adakah anda mengenali terung pipit ni???? pokok dia cm mana??? meh nak tempek kat blog ni...ngeh3...

actually terung ni tumbuh sendiri kat depan umah... tiada siapa pun yg tanam.. so sesapa pun boley lah nk amik.. kalo kamu2 yg baca ni ada berdekatan cni, jemput2 lah amik buah ni...heeeee...

sedikit pengenalan:
terung pipit = terung rembang, terung manggul, Solanum tarvun.....kalo keyyah, panggil terung kecik..ngeeee
kandungan : air, protein, lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, ferum, vit A B C..
khasiat: boleh mengubati sakit perut, penawar jika terkena bisa ular dan mencuci darah

terung ni boleh dimasak dengan pelbagai resepi... sambal tumis dengan ikan bilis, kari atau boley je direbus dan dicicah dengan sambal belacan... rasa terung ni mmg sedikit pahit... tp Keyyah mmg makan je pedas, pahit, payau or apa2 je..asal tekak boley terima la...heeee

haaa ni sambal tumis ngn ikan bilis ala2 bujang gitu.. 


ini full set..cewah.. padahal ikan pekasam goreng je pun...senang kan hidup bujang...masak je sejenis dua, xder org nak komen or request itu ini..hehehe.. tapi kalo da kawen jgn harap la kan...heeee..hopefully my future husband xla cerewet mewek sgt kan...aminnn...


## entry Jumaat lepas, tp Jumaat ni baru publish..heeee



Monday

Kenapa perlu DIET!!!!!!!

Assalamualaikum... semoga semuanya ceria2 selalu.. semoga tabah menghadapi dugaan hidup... ni nasihat tuk diri sendiri sebenarnya..huhu..

"rezeki jangan di tolak, musuh jangan dicari"

rasanya semua orang dah tau kan pepatah ni.. bila banyak je rezki depan mata, xkan lah kita nak tolak kan... sama lah ngn Keyyah hari ni... makan bykkkkk sangat..

  •  seawal pagi, perut ini sudah disumbat dgn milo + susu anlene + nestum...
  • ku sangka kenyang sampai ke tengah hari , tp kul 9 dah mula lapar.. aduss...  turun cafe n hidangkan perut dgn macaroni... 
  • sambungan dr entry sblm ni, sesampai je umah Eikin, emak dia dah sediakan lunch utk kami... uhhhh bykkk n sedappp sgt... so mkn lagi.. 1st time mkn buah incaberry... sedap jugak.. nnt kalo rajin Keyyah buat entry pasal buah ni okies...haha budget mcm ramai je org baca blog keyyah :-p
  • di rumak akk diyana, kami dihidangkan dengan mee bandung muo n soto nasi...uhhh dugaan, cobaan... makan lagi....
  • petang sampai lab, perut rs sgt lapar, mkn lagi nasi goreng cili padi... ahhhhh byknya aku mkn....

 gbr xda kena mengena ngn entry.. bersama bb @ warung pak maidin
Syukur dengan rezki yg di beri kan, tapi kata2 MF itu sangat terkesan dijiwa Keyyah.. apa yg dia cakap..mst korg nak tau kan... 

Kenapa kena diet???
  • kang dah gemuk, mesti suar ketat --- kena beli suar baru
  • mesti bj ketat, nmpk lemak2 berlebihan -- kena beli bj baru
  • mesti cepat mengah kalo naik tangga -- kang malas nk g lab (alasan)
  • bila badan berat -- mula lah malas nk gerak
sebelum berat terus menuju puncak, baik berjaga2 dgn pemakanan dr skrg... mkn ikot waktu...end

notes:  gambar baby akan diupload kemudian...heeee

Friday

Kata-kata itu

Assalamualaikum...
di hari jumaat ni, ingin sekali berkongsi ilmu yg di amik dari status kawan ku...






" bila jijik melihat jeleknya perangai orang, kita selalu terlupa pintu petunjuk dan pertolongan Allah tidak pernah tertutup untuk sesiapa.. lebih2 terlupa untuk mencermin diri sendiri." 

sila lah faham2 apa yg tertulis itu... Itu jelah yg ingin dikongsikan.. semoga ianya tersemadi di sini dan menjadi ingatan untuk diri ini selamanya..

Wednesday

Bilakah saat itu???

Assalamualaikum dan salam aidiladha... 
semoga sihat dan bergembira di hari raya ini walau dimana kita berada... Alhamdulillah masih sempat merasai aidiladha sekali lagi...
suasana di Mekah...


Satu Pagi Di Hari Raya
aku Sujud Memuji Mu
Satu Pagi Di Hari Raya
aku Sujud Membesarkan Mu



ku Melafazkan Takbir
Penuh Rasa Kehambaan
ku Melafazkan Tahmid
Penuh Rasa Kesyukuran


Aidiladha @ raya korban @ raya haji... owh bilakah saatnya aku mampu menjejakkan kaki ke Mekah... Menunaikan rukan islam yg ke-5.. Menunaikan haji di Mekah... Ya Allah murahkan lah rezki ku, Permudahkan lah urusan ku... tengok gambar kaabah dr ihsan p.cik google, hati ku semakin teringin untuk sampaii ke sana...


Bagi perantau-perantau, mesti ramai yg xbalik kg kan... cuti 1 hari je.. nak2 hari rabu lak...mst xramai yg boleh apply cuti...  bagi student lak, skrg tengah exam, so bg yg jauh2, xdapat lah nak balik kampung.... samalah dengan aku... 

Gema Takbir di pagi raya...
ku teringat kampung halaman...
aku di perantauan..
tak berdaya menahan sebak....

Setelah beberapa kali beraya diperantauan, igtkan hati kuat utk menahan rasa ini, rupanya masih belum kuat sepenuhnya...mendengar alunan takbir, air mata secara automatik mengalir tanpa sempat tuk menahannya.. rasa mahu ja terbang pulang ke kg halaman... padahal baru je balik lastweek...mcmmana nk blaja  kat overC????

Namun aku masih syukur. Tidak bersendirian beraya disini.....Beraya bersama Adah n Ser... berkoban demi masa depan... semoga pengorbanan kami ini akan membuahkan hasil...aminnnn....

## tetiba teringat  peristiwa xdpt balik raya haji ms under grade dulu... siap menangis dalam kelas  sbb ada   membe tunjuk  tiket dia balik kg...

Saturday

Baraka Allahu Lakuma || Anuar & Ila

Assalamualaikum..
pejam celik pejam celik, hari ni dah hari sabtu... adakah anda terasa cepatnya masa berlalu..hehehe... xterasa dah seminggu masa berlalu.. baru je rasa meredah banjir untuk ke kenduri kazen...

We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter


Pengantin dengan keluarga sebelah lelaki... 
Lelaki dalam family kami dah pupus..adesss sabar jelah..susah sangat nak ajak kazen2 lelaki bergambar..last2 hanya kaum hawa sj yg join...Di sebabkan skrg ni musim exam, maka ramai lg lah yg xdapat nk g kenduri ini.. ditambah dengan banjir.. so semua dinasihatkan utk x blk kg sbb bimbang xdapat nk g exam lak nnt...Deretan depan 2 semuanya masih bujang ok...yg pasti Keyyah lah yg paling tua..tua dr segi umur ja, tp hati masih muda..hahahaha...

Friday

Ilmu tanpa amal tiada gunanya

salam...
Beramal tanpa ilmu, itu adalah salah...macammana pula kalo  berilmu tp xberamal????Sejak dari dalam perut ibu, kita sudah diajar itu dan ini oleh emak... bila dilahirkan, kita belajar dengan org sekeliling sehingga lah dihantar ke sekolah, kita diajar oleh cikgu , ustaz, ustazah n seterusnya pensyarah.. Betapa banyak ilmu yg kita perolehi... adakah segala ilmu yg kita pelajari itu kita amalkan.. atau sekadar untuk menambah ilmu didada???? tepuk dada tanya lah diri masing2..

Ahha mukaddimah nak panjang2... Actually Keyyah ada satu ilmu yg dibaca dr blog ke blog.. slalu jumpa tips ni tp xamalkan pun walau dah 3 thn berblog.. kenapa??? buat masa skrg masih xda jawapan... Okey Keyyah slalu jumpa tips macam mana xnak bg blog ni lambat tuk loading...

satu : jgn cari tamplet yg berat..
dua : widget2 yg xberapa nak berguna... ini salah 1 cthnya..tp sy suka tgk animation2 2..adesss degillll...

Tiga : senarai blog yg byk d side bar...kalo nak tau perkembangan just follow blog 2 n xperlu link 2 ditepi.. tapi saya suka juga nak letak kat tepi 2 banyak2...sbbnya sy xsuka sign in utk tgk update dr blogger lain.. dgn kata lain kalo boley xnak ada org perasan kewujudan sy..hahaha sengal kekadang...

empat: blog rasanya loading dr kiri ke kanan, so sblh kiri xyah lah ada banyak2 menda sgt...
Lima: just letak 1 @ 2 entry dalam 1 page... xyah letak byk2..tp itu pun payah ke sy nak buat????
enam: sowi kalo slalu lambat nak loading blog ni... tunggu lah masa yg sesuai, akan diedit n reduce weight of this blog. 

Sekian...
xoxo

Thursday

Jangan lah mengalir...

sabar lah wahai hati..
sabar lah wahai air mata...
jgn terus mengalir....
teruskan lah usaha ini...
sabar lah selagi mampu...
Ya Allah permudahkan lah segalanya...



## masih mencari-cari jalan penyelesaian... mengharapkan keajaiban...

Tuesday

Bangga lah menjadi anak Malaysia

Assalamualaikum...
Tetiba kuar tajuk patriotik pula hari ni..Macam bulan kemerdekaan lak... Tapi semangat ini mesti lah ada dalam setiap diri kita yg bergelar warga negara Malaysia... Yelah siapa lagi yg nak banggakan negara kita kalau bukan kita sdr.. 

Sementara tunggu 8pm, Keyyah ada jenjalan ke blog2 yg ber'update'. Tetiba terserempak dengan tajuk " Proton dalam era teknologi hijau" dr blog chedet.. Wow menarik 2 tajuk ni... sedikit bangga bila baca isi kandungannya. Antaranya
================****=====================
1. Pada 6hb November kereta Proton Exora telah menang pertandingan kereta zaman akan datang yang dianjurkan oleh RAC (Royal Automobile Club - United Kingdom). Pertandingan ini melibatkan hanya kereta-kereta otomobil yang tidak terlalu mencemar udara dengan pengeluaran asap, karbon dioksida dan monoksida.

4. Proton menyertai dengan sebuah kereta Exora untuk pertandingan ini yang menggunakan sistem yang, selain daripada amat kurang mencemarkan udara tetapi juga menggunakan bahan bakar petrol yang amat sedikit.

5. Exora mendapat tempat pertama dalam kategori Extended Range Electric Vehicle (kereta elektrik yang ditingkatkan jarak perjalanannya) serta juga memenangi dalam semua kategori termasuk kereta elektrik (EV - Electric Vehicle), kereta yang ditingkatkan jarak perjalanan (extended range EV), hybrid (menggunakan enjin petroleum dan elektrik bersama) dan minyak disel.

6. Exora mencatat ekonomi penggunaan petrol sebanyak 136 batu (miles) bagi satu gelen. Tempat kedua hanya mampu mencatat jarak 62 batu (miles) bagi satu gelen - iaitu kurang separuh daripada kebolehan Proton Exora.
[copy sebijik2 dr blog chedet]
================****=====================
Memang kereta kita xsetanding kereta lain yg dah lama stabil dalam bidang otomobil, tapi kejayaan ini juga membuktikan kemampuan kereta kita untuk bersaing dengan kereta2 lain.. Walau bukan sepenuhnya ciptaan malaysia (eh betol ke bkn sepenuhnya), tapi kita mesti bangga dengan apa yg kita ada... xper lah merangkak sedikit2.. lama2 boleh lah buat sendiri semuanya..

Keyyah xley nak komen banyak2 pasal ni sbb xtau lagi nak beli kereta apa...nk drive pun xberani kan... hihi..  bab2 harga lagi lah xberani nk compare..Yang pasti Keyyah turut berbangga dengan kejayaan ini.


##seorang diri di lab... agak kecut juga perut ku...hopefully cepat lah student2 datang..

Wednesday

kena alert dengan status FB...

Sudah 2 hari kedah dan perlis dialanda banjir...dan mungkin ini ada lah banjir terburuk setakat ini.... Berat mata memandang, berat lagi bahu yg menanggung.. Banjir + bekalan air n elektrik terputus... Dugaan Allah untuk hamba2nya disana..
Sekolah ku dulu2...disini tersimpan pelbagai kenagan yg sukar tuk ku lupakan..
Inilah jejantas yg setiap hari aku gunakan tuk pergi dan balik sekolah...tinggi ooo...semua dak hostel kena naik jejantas tuk g sekolah...

Aku sebagai seorang anak jati kedah n pernah bersekolah di perlis sudah tentu lah sangat bersimpati dengan nasib sanak saudara, kawan2 dan seluruh mangsa banjir....  3 jalan utama untuk ke kampung ku dah tutup..kangar-kodiang, changloon kodiang, jitra - kodiang...namun aku tetap bersyukur rumah emak masih lagi selamat..

hampir semua komen2 di status FB kawan2 aku teliti malam ni..sangat wisau bila mengenangkan tiket ku tuk pulang ke kampung esok...bimbang terkandas di tengah jalan... Perlukah aku balik esok @ cancel saja tiket itu??? kena tunggu status terkini dulu...tapi dalam hati kecil ku sentiasa berdoa agar air cepat surut...



Kolokium 2010

Alhamdulillah...berakhir sudah kolokium untuk sem nii...walau banyak menda yg perlu diperbaiki, namun aku ttp bersyukur.... siap kan slide dalam keadaan tiada perasaan kemudian present pun mcm org xda perasaan ja... mmg banyak kena tembak...tp bg aku itu adalah biasa setiap kali kolokium.. dorg tembak2 tuk bg kami tekanan...bukan utk stress tp utk kami lebih berusaha...

komen:
xplain dgn jelas.. setiap graph or result kena xplain btol2..
kena tau function setiap rumus yg digunakan..
english kena perbaiki...
kena cepat writing thesis...

## untung sbb jd last presenter masa 2...
## tapi time aku present ada tambah extra panel lah pulak... sepatutnya Prof hamid n Dr So sj... Tapi tetiba Dr Lim + Dr Kok masuk..lagi lah banyak peluru2 yg keluar dr mulut dorg....

"sy tahu anda semua mahu menolong, terima kasih yg xterhingga diucapkan...mungkin kata2 anda boleh menjadi perangsang diri ini.."


Kak zed n zek @ ISBC2010
Sblm present harus lah muka macam ni kan..muka letih + penat + kecut perut.. tapi bila lepas je, muka dah ok skit..




## Semoga aku dan keluarga tabah m'hadapi dugaan ini dan dipermudahkan semua urusan kami...berat dugaan ini buat ku yg masih muda, namun itu semua takdir Ilahi...

Cuti sempena Pengistiharan Melaka Maju 2010

waahaii penduduk melaka yg bekerja di Melaka..
21.10.2010 aka esok adalah cuti...
tetiba exited nak bercuti walaupun sbnrnya xda pun cuti bagi kami..
hihi...

Monday

Plum || Prune

Assalamualaikum n salam sejahtera..

Semoga semuanya sihat n bergembira disamping orang disekeliling...Isnin menjengah sesudah ahad melabuhkan tirainya... Selamat bekerja n selamat blajar ye adik2 yg ngh study...

Lately Keyyah tersuka makan buah plum. skrg pun ngh mkn buah ni, so rasa tetiba rasa macam nak google n share khasitnya... plum dan prune adalah buah yg sama..ermm ada ke org yg xtau apa tu buah plum..meh nk google n tempek gambar kat cni k...



Khasiat

Buah plum yang dimakan segar mempunyai rasa manis, masam dan segar. Setelah mengalami pemprosesan, warna buah ini akan bertukar menjadi hitam. Bagi orang Cina, buah plum hitam membantu menyedapkan masakan khususnya sip. Buah plum hitam mengandungi asid sitrik, beta sitosterol dan triterpene. Selain itu, ia mengandungi khasiat antibakteria, melegakan demam, melancarkan pembuangan air besar dan mematikan cacing usus pembuangan terutamanya cacing gelang. petua melayu.com

mati lah segala cacing yang ada dalam perut Keyyah...

Buah plum mengandungi khasiat yang tinggi. Buah ini mengandungi sejenis bahan yang dikenal pasti sebagai diphenylisation yang bertindak sebagai julap. Bahan ini bukan sahaja mencuci perut, malahan juga mengatasi masalah sembelit. Di samping itu, ia juga sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kolesterol kerana diphenylisation yang membantu menurunkan paras serum dalam darah. Buah ini mengandungi serat ,iaitu salah satu daripada zat-zat makanan penting yang diperlukan dalam pemakanan harian untuk menjaga kesihatan. wikipedia

Bila di google2, baru lah tau betapa banyaknya khasiat buah ni.. Tapi bila diteliti, khasiat setiap buah mcm lebih kurang ja... mesti berfungsii untuk mengurangkan kolestrol n mengelakkan sembelit..

kalo sesapa nak kenal buah plum ni lebih mendalam n nak tau khasiat2nya, jgn malu klik SINI

Friday

Harga getah mencecah RM11.90/kg

Kenapa aku teruja bila tengok harga getah??
mesti lah sbb aku nih kan org kampung...
walaupun xda ladang getah, tapi org2 kg ku banyak yg bergantung hidup dgn menoreh getah...


"Pada 2008, apabila harga getah RM10 sekilogram, ada kakitangan awam dan swasta sanggup mengambil cuti tahunan untuk menoreh getah dan ada yang bangun awal pagi menoreh dulu sebelum pergi kerja. Berita baik ini juga dapat menarik perhatian belia untuk menjadi penoreh getah moden yang berjaya memandangkan ketika ini pekebun kecil majoritinya berumur 55 tahun ke atas." berita harian

Bila baca petikan ni, tetiba terfikir abg2 ku di kampung..kenapa dorg xnak usahakan ladang getah yang dah terbakar 17 thn yg lalu??? kalo x boley lah aku tumpang sekaki duet getah tu... hehe

petang ni bajet 2011... eh bajet rakyat..sama2 lah kita nanti kan... hope bajet kali ni lebih banyak kepada pendidikan...pendidikan tu kan pelaburan yg paling ptg tuk memajukan negara....

Tuesday

Suka dan duka

10.10.10...
Biar pun sudah 2 hari berlalu tp ttp nk cerita juga...
Ramai yang sudah maklum tarikh ni sgt cun untuk wt majlis perkahwinan n mmg ramai pun org yg kawen hari 2... Keyyah pun ternanti-nnti nak tgk wedding of d year DDSMS...

Tapi dalam bergembira, kita juga dikejutkan dengan berita sedih... xcident yg melibatkan 2 bas, 2 kereta n 1 van.... menitis ok air mata keyyah bc berita ni..n ada pulak sesetengah blog yg letak gambar kejadian..memang ngeriiiiii....

Tak guna kita nak salahkan driver, pihak berkuasa yg lambat sampai ke tempat kejadian or sesapa yg terlibat..menda dh nk jadi, so redha lah dengan ketentuanNya...kepada yg meninggal, Semoga Roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...kepada yg selamat, semoga hati mereka kuat untuk menerima dugaan ini....

p/s: berhati-hati dijalan raya...

Insha Allah

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way



p/s: suka dengar lagu ini dikala hati sedang berserabut, jiwa tengah kacau..memang tenang...lagi pun sekarang sana sini asik post lagu ni kat FB, expecially lecturer2 yg sedang berjuang tuk menghabiskan phd mereka...

Friday

Selamat Hari lahir

1 Syawal @ 1 Oktober

Selamat hari lahir Aini Fikriah yang ke-2..
Semoga kamu menjadi anak yg solehah...
Semoga diberi kesihatan yg baek, bijak, dan membesar dengan gembira...

Tuesday

Doa Untuk Saudara Seagama yg teraniaya

assalamualaikum n salam sejahtera... semoga kalian semua sehat dan dapat meneruskan ibadah puasa dengan baik... xlupa juga Keyyah nak wish SELAMAT HARI MERDEKA... Semoga negara kita akan terus merdeka dan aman damai... Xlupa juga merdeka dari segi rohani dan jasmani... Dalam kita berseronok menyambut hari kemerdekkan ini, jgn lupa pada saudara2 kita yg sedang berjuang demi mendapatkan hak dan kebebasan di tanah air sendiri...

Jom ramai2 aminkan doa ini...semoga doa yg dipohon dalam bulan yg mulia ini diperkenan oleh Nya...










Doa ini di share oleh kawan Keyyah di facebook...Tersentuh hati mendengar doa ini...

p/s: mencuba tutorial dr blog lanun. tenkiu lanun :), tapi xboleh la nak kecikkan saiz video ni..cm na erk??? dh xcomeil blog ni tp nk share jugak...lalala

Saturday

Orang Bujang berbuka

semalam 1st time dak2 rumah aku n umah faiz berbuka bersama...2 buah rumah orang2 bujang.. yang lain abes dh kwen...ngeh3...

Faiz || Sarim || Adah || Ser || Keyyah

walupun bujang, kami lebih selesa berbuka dirumah je... tapi skali sekala apa salahnya berbuka ngn kawan2... Sedih rasa bila dh semakin berkurang kawan2 yg bujang... 

p/s: entry xder gambar sbb mls nak bw camera..hehe...

Friday

Raya oh Raya

assalamualaikum...
Bila puasa mesti nak raya pulak kan...nak nak dah masuk 17 Ramadhan.. Paling gembira bila nak sambut raya nih mesti lah kanak-kanak kan..tapi kesian jugak kanak2 sekarang xley nak main2 mercun lagi...ermm tapi ada bagusnya jugak diharamkan mercun 2... sebab sangat-sangat lah merbahaya.. kesian bila tgk berita ada kanak2 cedera... Alhamdulillah masa aku kecik2 dulu xder yg cedera sbb main mercun..bukan sekadar main mercun, siap ikut abang2 g main meriam tanah..lagi best dari mercun..boleh lawan ngn kampung sebelah lg...

eh melalut sudaa.. Tapi bila masuk je Ramadhan, abang2 aku mesti lah sibuk2 pikir pasal kuih ja... Petang ni nak berbuka ngn kuih apa, esok nk mkn apa...Bila cakap pasal ini, siyes aku windukan abang aku yg sorg 2..mmg dah msg2 ngadu ngn dia pun... windu kuih2 yg dia buat...kalo dia buat kuih, mesti dia g anta kat umah sedara2 mara..hehhee..tp dia ni mmg hampeh, siap cita lak ngn mak aku kata aku windu masakkan dia..aaiiisssshhh...sabar jelah...Skrg semuanya dok jauh..dah xley nak masak2 mcm dulu2 lagi.


Bila masuk separuh je Ramdhan mula lah abg yg lain lak sibuk2 tanya nak buat biskut apa???? ok abg ni keja dia beli barang2 untuk aku buat biskut..tiap kali nak raya, dia lah bersemangat g beli buku resipi utk adik ini... buat je lebih...makan nye ckit ja....Tapi sekarang dah xbuat lagi biskut raya ni...hoho xsempat la...balik kampung je sibk nak buat itu buat ini...maklum lah sorg je pompuan.oppss silap..ada je kakak ipar.. Tapi xkan nak suruh kakak ipar wt keja umah lak kan... Emak mmg aku bg rehat... Kalo buat pun, biskut yg senang n cepat2 je...

p/s: Hari inii Nuzul Al-Quran.. So mari lah membanyakkan membaca Al-Quran.. 

Thursday

Hari Malaysia || 16 September

salam
Hari ni sudah masuk 16 Ramadhan... Lagi 14 hari, umat Islam akan menyambut Lebaran... Rasanya mesti ada semua yg bekerja sudaa apply cuti tambahan kan except cikgu2 n student2 la... Bercerita mengenai cuti, Malaysia ada lg 1 cuti umum iaitu Hari Malaysia...

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya,Borneo UtaraSarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Wikipedia

Pekerja yang bekerja pada 16 September iaitu Hari Malaysia perlu diberi cuti umum berbayar.  Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam dalam satu kenyataan hari ini berkata perkara itu tertakluk di bawah Seksyen 60D(1)(b) Akta Kerja 1955.

Kerajaan telah mengisytiharkan bermula tahun ini, tarikh 16 September adalah cuti umum sempena Hari Malaysia dan penetapan itu telah diwartakan pada 9 November 2009 mengikut Akta Hari Kelepasan 1951. -BERITA HARIAN


Boleh lah sesapa yg rasa nak cuti lebih apply sampai 16 sept..hehe

Monday

Penat but Alhamdulillah..

Bismillah...

sedar x sedar dah 3 5 hari kita berpuasa..nikmat bulan puasa ini sangat lah xternilai harganya... bulan puasa ni lah bulan yang kaya dengan makanan yg sedap2, makan free pun banyak sebab ramai je org yg berlumba2 hendak bersedekah dibulan ini, malam-malam org penuh kat masjid untuk berjemaah bersama2..nikmat ini mmg sgt susah untuk ditemui di bulan lain...

dalam kita bergembira dengan rezeki yg berlimpah ruah ini, jangan lah sampai terjadi pembaziran lak..okies macam Keyyah yg bujang ini, bulan puasa adalah bulan untuk berjimat...seyes mmg jimat gila makan di bulan puasa... yelah perut kan dah mengecik, mana boleh nak mkn banyak...lagi satu Keyyah n kawan2 mmg jarang g bazar, so nafsu makan 2 boleh lah dibendung... masak kat rumah sudaa...hehehe...

Ermm mukaddimah sangat lah panjang... actually mukadimah 2 ditulis last week..hari ke 3 berpuasa, tp tetiba xder idea nak sambung...sebelum masuk bulan puasa ari 2, rasa macam byk sangat masalah yg terjadi...penat dan letih melayan masalah sampai lah datangnya Ramadhan..Alhamdulillah masuk je bulan Ramadhan, hati ini sangat lah tenang..hilang segala sedih, marah n sebagainya....

Alhamdulillah sebab Keyyah berkesempatan berbuka dan bersahur ngn family..walau pun cuma 2 hari tapi cukup bermaakna..memang sedikit penat sebab hari jumaat malam Keyyah n adik balik ke kedah..Ahad malam dh bertolak balik melaka...jauh lah jugak perjalanan ini...n ntah kenapa pergi dan balik bas ni sgt lah slow...dah siang baru sampai destinasi....walaupun letih n penat, tp sangat enjoy..Berjumpa dengan emak, bermain dengan anak2 sedara, bergelak ketawa bersama abg2 dan kakak2 ipar..Emak Keyyah juga mengambil kesempatan membuat kenduri kesyukuran...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..semoga hubungan kami adik beradik bertambah erat...aminnn..

dibulan yg mulia ini, mari lah sama2 kita memperbanyakkan amalan mulia....Keyyah nak kongsi 1 link utk kwn2 semua..semoga ia bermanfaat untuk kita semua...tp jika ada yg xkena ngn link ini, cakap k...

Wednesday

Ramadhan...

1st day puasa... hampir terbabas dari sahur..seyes xperasan langsung bunyi alarm.mungkin mata letih kerna menangis sblm tdo....nasib bila bangun je, sahur dh siap terhidang...kalo x, mmg lembik lah aku hari ini...

Selamat menjalani ibadah puasa...

*****Masih banyak kerja yg perlu disiapkan..MJ sedang menunggu..Perlu disiapkan juga..


Tuesday

Adik beradik || sejuk perut ibu mengandung

bismillahhirrahmanirrahim...
pagi yg hujan renyai ditambah dengan suasana yg sejuk membuatkan diri ini menjadi lemau...dari sesudah subuh hinggalah saat ini, mata ini hanya asyik meneliti blog2 dan paper2 tanpa ada sedikit pun perasaan untuk pergi mandi..hahaha itu pun nak cerita kan..tp mmg sejuk pun..dah banyak hari hujan di pagi hari...

Okies berbalik pada tajuk, sambil belek2 paper tadi, Keyyah ada terbaca satu artikel berkaitan pemenang Akedemi Al-Quran 4 iaitu Ahmad Tarmizi Ali ,25. 

******
Peserta dari Terengganu itu menjadi seorang lagi anak Ali yang membanggakan ibu bapanya. Selain Tirmizi, adiknya Yahya, 23, juga berjaya melakar kemenangan di tempat ketiga.
Bagaimanapun, ini adalah pencapaian tertinggi di dalam keluarga Tirmizi dan Yahya. Sebelum ini, tiga abang mereka juga pernah mencuba nasib di dalam program terbitan TV9 yang diperkenalkan empat tahun lalu.

Pada musim pertama, abang mereka Mohd Syukri berjaya melangkahkan kaki ke pertandingan ini, namun gagal meraih sebarang kedudukan. Musim berikutnya, dua lagi abang mereka Mohd Muslim dan mohd Hafaz mempertaruhkan nasib di dalam AQ2. Rezeki ternyata berpihak kepada mereka apabila masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga. berita penuh di Berita Harian.

******
Baca betul2 petikan artikel itu..5 org anak encik Ali masuk Akedemi Al-Quran... Memang sejuk lah perut ibu mereka yg mengandungkan mereka... Semoga kejayaan sentiasa mengiringi mereka sekeluarga...

Insyaallah esok kita akan start berpuasa..dikesempatan ini Keyyah ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM... Semoga Ramadhan kali penuh bermakna uuntuk kita..

*** Hari ini hari bermakna buat B.Cik, Semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi diri b.cik dan keluarga...Amin...

Sunday

Fadilat solat

Bismillah..

Solat itu umpama mandi..andai setiap hari kita mandi 5 kali, maka wangi dan suci lah org itu..namun jika mandi itu sekadar membasahkan badan tanpa sabun, shampoo, gosok gigi dan sebagainya, adakah kita akan jadi suci dan wangi???? Ini adalah pesanan untuk diriku sendiri..

Jika anda2 yg lain ingin mengetahui lebih lanjut mengenai fadilat solat, jgn segan silu tengok TANYALAH USTAZ di www.tv9.com.my.

Friday

IMAM MUDA || Warga Emas

Bismillahhirrahmanirrahim...
Malam ini sambil tengok cerita JANJI KEKASIH (TV3), Keyyah sempat lg tukar2 channel tgk IMAM MUDA di Astro Oasis..4 orang Imam Muda yang masih tinggal ialah Hizbur dan asyraf. Imam muda Aran dan Imam muda Taufek tersingkir minggu ini.


Imam muda Asyraf

Imam muda Aran

Imam muda Taufek

Imam muda Hizbur


Idea program Imam Muda ini tercetus apabila melihat anak muda zaman ini mempunyai potensi untuk memikul tanggungjawab bukan saja sebagai seorang imam yang serba boleh tetapi juga pemimpin yang berwibawa, maka, Astro Oasis mengambil inisiatif mewujudkan program kerohanian Imam Muda dengan mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Program ini memberi landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab sebenar seorang imam. 

Minggu ini mereka diberi tugas untuk ke rumah warga emas..Sangat menarik tugas mereka pada minggu ini.. Memang sangat sedih bila melihat warga emas yang ditinggalkan oleh anak2..Mungkin ada kisah silam yg membuatkan anak2 jadi mcm tu, atau pun anak itu mmg kurang ajar dan xtahu nak balas jasa mak ayah..huhu..Semoga kita semua tidak tergolong dalam kalangan anak2 yg bergitu keras hati tuk menghantar ibu ayah ke rumah org2 tua. Tiada guna berpangkat seandainya tidak mampu menggembirakan hati ibu ayah kita ketika mereka sudah tua dan uzur.. Sepatutnya kita kena memikirkan siapa kita, dimanakah kita dan kemanakah kita akan pergi selepas ini???




Pada pandangan Keyyah, siapa yg menang dalam program ini bukan lah yg penting, tetapi ilmu yg dorg dapat dari cni sangat lah bermanfaat...


Kalo sesapa yg nak tgk episod2 imam muda yang lepas2 klik SINI




NotaAkhir: Hargai lah ibu ayah kita sementara mereka masih hidup...Jangan sampai mereka sudah tiada baru kita hendak merasa menyesal......Fahami lah semakin berumur ibu ayah kita, semakin sensitif perasaan mereka.. Meraka sering inginkan perhatian dari anak2...