Thursday

Hari Malaysia || 16 September

salam
Hari ni sudah masuk 16 Ramadhan... Lagi 14 hari, umat Islam akan menyambut Lebaran... Rasanya mesti ada semua yg bekerja sudaa apply cuti tambahan kan except cikgu2 n student2 la... Bercerita mengenai cuti, Malaysia ada lg 1 cuti umum iaitu Hari Malaysia...

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya,Borneo UtaraSarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Wikipedia

Pekerja yang bekerja pada 16 September iaitu Hari Malaysia perlu diberi cuti umum berbayar.  Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam dalam satu kenyataan hari ini berkata perkara itu tertakluk di bawah Seksyen 60D(1)(b) Akta Kerja 1955.

Kerajaan telah mengisytiharkan bermula tahun ini, tarikh 16 September adalah cuti umum sempena Hari Malaysia dan penetapan itu telah diwartakan pada 9 November 2009 mengikut Akta Hari Kelepasan 1951. -BERITA HARIAN


Boleh lah sesapa yg rasa nak cuti lebih apply sampai 16 sept..hehe