Tuesday

Adik beradik || sejuk perut ibu mengandung

bismillahhirrahmanirrahim...
pagi yg hujan renyai ditambah dengan suasana yg sejuk membuatkan diri ini menjadi lemau...dari sesudah subuh hinggalah saat ini, mata ini hanya asyik meneliti blog2 dan paper2 tanpa ada sedikit pun perasaan untuk pergi mandi..hahaha itu pun nak cerita kan..tp mmg sejuk pun..dah banyak hari hujan di pagi hari...

Okies berbalik pada tajuk, sambil belek2 paper tadi, Keyyah ada terbaca satu artikel berkaitan pemenang Akedemi Al-Quran 4 iaitu Ahmad Tarmizi Ali ,25. 

******
Peserta dari Terengganu itu menjadi seorang lagi anak Ali yang membanggakan ibu bapanya. Selain Tirmizi, adiknya Yahya, 23, juga berjaya melakar kemenangan di tempat ketiga.
Bagaimanapun, ini adalah pencapaian tertinggi di dalam keluarga Tirmizi dan Yahya. Sebelum ini, tiga abang mereka juga pernah mencuba nasib di dalam program terbitan TV9 yang diperkenalkan empat tahun lalu.

Pada musim pertama, abang mereka Mohd Syukri berjaya melangkahkan kaki ke pertandingan ini, namun gagal meraih sebarang kedudukan. Musim berikutnya, dua lagi abang mereka Mohd Muslim dan mohd Hafaz mempertaruhkan nasib di dalam AQ2. Rezeki ternyata berpihak kepada mereka apabila masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga. berita penuh di Berita Harian.

******
Baca betul2 petikan artikel itu..5 org anak encik Ali masuk Akedemi Al-Quran... Memang sejuk lah perut ibu mereka yg mengandungkan mereka... Semoga kejayaan sentiasa mengiringi mereka sekeluarga...

Insyaallah esok kita akan start berpuasa..dikesempatan ini Keyyah ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM... Semoga Ramadhan kali penuh bermakna uuntuk kita..

*** Hari ini hari bermakna buat B.Cik, Semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi diri b.cik dan keluarga...Amin...

No comments: