Monday

Petai oh Petai

Makan makan dan makan..makan untuk hidup..makan untuk sehat... makan untuk dapatkan tenaga... makan untuk puaskan nafsu..makan untuk berseronok..makan makan makan. ada x org yg xperlu makan untuk hidup... 

Actually nak cerita pasal petai... ada x orang yg xkenal petai 2 apa... xda gambar untuk di upload dan tiada kerajinan nk mengoogle... tp keyword untuk entry ni adalah petai... Keyyah tau mesti ramai yg xmakan petai kan.. yelah bau dia kan kuat gila2... tp keyyah suka/ boley makan petai... yelah orang kampung kan... dah pokok petai pun ada kat kwsn rumah, mmg mustahil lah xmakan..hehhehehe

petai enak dimakan.. sedap di lidah, sedap di tekak.... tapi lepas je makan, siksa mula terasa...siksa di tekak, siksa di hidung... siksa di setiap ruang pernafasan... yang pasti sakit kepala dan demam pasti akan menyusul lepas mkn petai... itu lah yg Keyyah rasa semalam...sakit kepala yg xtertahan menahan bau mulut yg super duper busuk walau dah berkali-kali gosok gigi...huhuhu.. 


## agak2 ada x org lain yg mengalami nasib yg sama dengan Keyyah...

Wednesday

Untuk angah || Untuk yg bakal amik result SPM

walau apapun result yg anda dapat hari ni...
bersyukurlah...
bagi yg berjaya, alhamdulillah..
terus kekalkan semangat untuk belajar..
agar lebih berjaya dan menjadi orang yg berguna kelak..

bagi yg kurang berjaya, jangan putus asa...
bersyukurlah dengan apa yg anda dapat...
perjalanan masih jauh...
spm bukan penentu untuk seseorang berjaya di masa hadapan...
berapa byk org yg xberjaya daalam SPM tp boley hidup kaya raya...
boley ada pekerjayaan tetap...
malah lebih berjaya dari org yg dapat byk A dalam SPM mereka...
percaya lah, rezki di tangan Allah...
teruskan berusaha...

untuk angah..
makteh doakan semoga kamu berjaya...
biar apa pun resultnya nnt...
jgn putus asa...

Monday

ZEST CARD 2 apa???

Assalamualaikum..
ermm dah sedikit bersawang blog ni...hari2 ngadap laptop dan tenet tapi xterbuka lak blog dan facebook.. mood bersosial dah xda agaknya kot..ngeeeee.. tp hari ni akan ku terjah blog2 korang..hehehe...

ok td Keyyah dapat panggilan dari agensi menda ntah... dia cakap Keyyah ni pengguna kad visa bertuah.. Maybank punya card lah 2... dia tawarkankan ZEST PRIVILEGE CARD... menda apa card ni... sambil si gadis bermulut manis 2 terang, sambil lah Keyyah google... xtau lah kesahihan menda ni...panjang juga lah dia terang sampai xley nk menyelit pun...

bila ada peluang tuk bertanya, laju2 Keyyah tanya, BERAPA YURAN @ KOS YG KENA BAYAR??? 
adik cuma perlu bayar sekali je yurang untuk keluarkan kad ni dan kos penghantaran..yuran bulanan xperlu bayar sbb adik bertuah n bla bla bla bla....

penat nk tunggu dia cakap berapa kena byr...last2 dia ckp rm400+++.. lepas 2 terang lagi dan lagi dan lagi...sambil dia terang berjela-jela, sambil la Keyyah google... dan kesudahan nya Keyyah cakap terus terang, xberminat dengan semua 2... g pun mmg kurang percaya lah ngn offer2 mcm ni plus banyak jumpa komen2 negative ja... dah la main call je... 

## pesanan: kalo nk beli insurans or apa2 tawaran dari bank, better g terus kat bank 2... bukan nk cakap org yg call kita ni 100% penipu, cuma lebih baik berjaga2 sblm terkena...
## Keyyah mmg suka je dengar dan layan org2 cm ni call... biar je dia terang berjela-jela... tapi nk terima nya mmg x la...

Sunday

Ikan Selayang || Sardin dalam tin || Baru nampak kenapa emak xmakan

Tajuk entry nak panjang2 kan...sebenarnya xtau nak tulis tajuk apa... tulis, delate, tulis ,delate, tulis ,delate. boley lak cm 2 kan..apa2 aja lah...

keyyah penggemar sardin dan emak xmakan sardin dalam tin...so kat rumah mmg xpernah beli ikan sardin dalam tin.. Dulu pernah tanya kenapa emak xmakan ikan sardin (ikan selayang)... Emak cakap dia xlalu makan sbb dalam perut ikan tu ada ulat... ape???  btol ke?? tapi sbb xpernah nmpk dengan mata sendiri, so keyyah ignore je n terus mkn ikan sardin... kalo kat kedai, nmpak ikan sardin ja terus kecur liur.. sedappppppp....

Disebab kan emak xmakan sardin yg dibeli, so emak buat sendiri sardin guna ikan temenum (ikan kembong)... dulu2, pantang ikan temenum ni murah mesti mak beli banyak2 dan buat sardin...selalunya bulan puasa lah... mak cuma masak sardin time sahur sbb nk pancing anak2 mkn sahur...sedapppp..kalo xbgn sahur mesti rasa rugi... lagi sedappppp dari sardin dalam tin...(tetiba terbayang sardin yg mak buat)
pressure cooker..
kalo korang tanya Keyyah camna nk buat sardin 2...jawapan nya mesti lah NTAH, XTAHU...hahahaha xpernah  belajar dengan mak..aiishhhh...tapi rasa dia lebih kurang macam sardin dalam tin 2.mungkin sedikit masam kkot dari sardin dalam tin sbb nk elak bau hanyir kan... tulang pun reput macam 2 juga...cuma bezanya mak xguna bahan kimia tuk reputkan tulang...cuma guna pressure cooker je... 

eh dah melalut ke laut lak kan... sebenarnya nak cerita, semalam 1st time siang ikan selayang... bila dah duduk umah sewa, so mcm2 lah nk explore sendiri kan.. apa yg aku jumpa dalam perut ikan 2??? uwaaaa ada ulat yg emak cakap 2.. bila nmpak depan mata baru la OOOO CMNI KE ULAT TU...boley terima lah kenapa emak xnak makan ikan 2.. 

sardin boleh sebabkan kanser ke?? kepada penggemar sardin dalam tin, meh Keyyah nak kongsi cerita pasal makanan dalam tin:


Pernah makan ikan sardin? Pasti anda tahu yang tulang ikan sardin tersangatlah lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut? Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin dipersoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang wanita yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Setelah disiasat, beliau memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid akan tumbuh di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila sudah cukup tempohnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samada benign atau malignan. Tetapi, berdasarkan kajian ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Ada satu lagi kes iaitu seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia dalam lingkungan 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiat gemar makan ikan sardin.

Bagi mengukuhkan lagi fakta ini, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Sebolehnya kita cuba hindarkan diri daripada tabiat memakan ikan sardin bagi mengelakkan penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Ini pasti berita buruk kepada para penggemar sardin. Sejauh mana kebenarannya, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Ini sekadar peringatan untuk semua. Mencegah lebih baik daripada mengubati.
sumber : ikan sardin boleh sebabkan kanser?? 

Friday

Apa lagi yang xcukup???

Setiap hari, setiap malam, setiap detik aku melihat diri ini...
banyak sangat kekurangan...
dari segi mental mahu pun fizikal...
xpuas hati kat sini...
xpuas hati kat sana...
namun aku tetap bersyukur....
Syukur yg tak terhingga...

di pagi jumaat yang damai...
terjaga dari tidur...
hujan renyai2 membasahi bumi...
sedikit sejuk namun tak la sampai beku...
Syukur yg tidak terhingga dilahirkan di Malaysia...
cuaca suam2 kuku sepanjang tahun...
tidak perlu merasa sejuk sampai nk beku..
tidak perlu merasa panas sampai nk terbakar badan...
Nikmat yg sebegini besar...
Tidakkah aku bersyukur??
namun pernah kah kamu dan kami terfikir tentang insan2 yg terpaksa tidor di bawah jambatan???
tidor bertemankan tempias air hujan???

Jika hendak disenaraikan nikmat2 yg telah di anugerahkan...
xtersenarai walau di tulis berhari-hari...
terlalu byk..terlalu banyak...terlalu banyak...

Syukur..
Mudah disebut...
Adakah setiap perlakuan & perbuatan ku membenarkan kata2 itu...
Banyak yg perlu diperbaiki...
banyak yg perlu di pelajari....
banyak yg perlu dihayati...
semoga ruang dan masa yg diberikan tidak akan sia2...
Doakan supaya aku mampu menjadi insan yg btol2 bersyukur...

Tersentuh hati bila tengok Video dari blog INI.. masih tidak bersyukur lagi kah???

Tuesday

Melentur Buluh biar lah dari rebungnya

Assalamualaikum...pagi yg suram dan mendung..abes lah xkering baju aku nnt...adus apa yg aku merapu nih...Ada x org xkenal buluh...hahaha mana lah tau kan ada org yg xley beza pokok buluh ngn pokok bunga...hehe gurau ja...

kenapa nak cerita pasal melentur buluh lak ni??? belajar dari pengalaman, kalo nk ajar anak biar lah dari kecik (pengalaman tgk anak sedara..br skolah menengah dah pandai masak mcm2)...jgn sampai dah besar nnt baru nk menyesal bila anak xtau nk wt menda2 asas dalam hidup... 

ok disuatu petang yg damai (xda motif start ayat ngn OK), si gadis sedang membasuh pinggan sambil memerhatikan keluar tingkap. lagi tertarik nk tgk bila dgr si emak menjerit2 dengan penuh kasih sayang.... rumah teres yg hanya dipisahkan dengan lorong kecil dengan rumah depan... kiranya dapur bertemu dapur lah...eh faham x nih???? xpaham erk?? tgk gambar..jgn lagi pening sudaaa..

Kiranya apa yg emak si kecil 2 cakap, mmg boley dengar satu per satu dgn jelasnya..nampak juga dengan jelas di bahagian belakang umah 2 ada si anak kecil yg mencangkung sambil memberus baju..tuk pengetahuan korang, si kecil 2 baru umur 7 or 8 tahun ja... emak dia dah ajar dia basuh baju sekolah sendiri.. bukannya emak dia malas, tp nk ajar dia berdikari kot sbb sblm 2 emak dia dah siap basuh n jemurkan baju2 yg sangat banyak...dia cuma basuh sepasang baju skolah dan kasut skolah saja...

emak yg bagaikan bos bercekak pinggang sambil memberi arahan pada anaknya.. berus kat c2 berus kat cni berus kat sana. lepas 2 macam lagak QC si emak cek baju yg dah di basuh..cuci ke x.. dah siap basuh baju, si emak ajarkan anaknya basuh kasut skolah lak...nampak macam kesian tp tgk adik 2 enjoy saja basuh baju sendiri... mungkin xcited sbb 1st time kowt.... hehehe... seronok dgr suara comeil si kecil ni...

nampak macam zalim, tp ini lah ilmu yg akan membantunya meneruskan kehidupan nnt...mungkin boley diguna masa emak dia bersalin lagi ataupun bila dah masuk asrama... 

sebenarnya lain org lain caranya mengajar anak... ada yg ajar dengan belaian manja dan ada juga dgn tengking2... tapi sebenarnya itu lah cara dorg... cara Keyyah lak xtau lagi cm na..kena tggu ada anak lu baru boley pk..


## walau mcmmana cara kita nak ajar anak tu, kasih sayang jgn lupa diberikan...
## memanjakan anak itu boley tp awas!!! jgn terlampau manja sampai xtau nk berdikari nnt...

Sunday

Adat oh Adat..yg senang menjadi susah...

Assalamualaikum...

Dewasa ini kita tengok banyak menda yg lebih mementing kan adat sehingga menyusahkan banyak pihak.. yang mudah menjadi susah.. yg susah bertambah susah... adat yg paling ketara sekali dilihat dalam masyarakat melayu adalah semasa berkahwin..byk btol adat yg kena ikot... selepas itu adat masa bercukur n mcm2 adat lagi... 




namun kena difikirkan ajal maut, jodoh pertemuan di tgn Allah...siapalah kita untuk mempertikai kan nya... kalo sudah berusaha namun dia bukan jodoh kita, tiada apa yg mampu kita lakukan.. kena percaya juga dengan Qada dan Qadar.. apa itu Qada dan Qadar...ini petikan dari wikipedia :

Percaya kepada qada dan qadar adalah Rukun Iman keenam. Ia mempercayai bahawa segala yang berlaku, selepas seseorang berusaha, adalah ketentuan Allah semata-mata


##sakit untuk menerima keadaan baru, namun pasti ada hikmahnya...