Tuesday

Bangga lah menjadi anak Malaysia

Assalamualaikum...
Tetiba kuar tajuk patriotik pula hari ni..Macam bulan kemerdekaan lak... Tapi semangat ini mesti lah ada dalam setiap diri kita yg bergelar warga negara Malaysia... Yelah siapa lagi yg nak banggakan negara kita kalau bukan kita sdr.. 

Sementara tunggu 8pm, Keyyah ada jenjalan ke blog2 yg ber'update'. Tetiba terserempak dengan tajuk " Proton dalam era teknologi hijau" dr blog chedet.. Wow menarik 2 tajuk ni... sedikit bangga bila baca isi kandungannya. Antaranya
================****=====================
1. Pada 6hb November kereta Proton Exora telah menang pertandingan kereta zaman akan datang yang dianjurkan oleh RAC (Royal Automobile Club - United Kingdom). Pertandingan ini melibatkan hanya kereta-kereta otomobil yang tidak terlalu mencemar udara dengan pengeluaran asap, karbon dioksida dan monoksida.

4. Proton menyertai dengan sebuah kereta Exora untuk pertandingan ini yang menggunakan sistem yang, selain daripada amat kurang mencemarkan udara tetapi juga menggunakan bahan bakar petrol yang amat sedikit.

5. Exora mendapat tempat pertama dalam kategori Extended Range Electric Vehicle (kereta elektrik yang ditingkatkan jarak perjalanannya) serta juga memenangi dalam semua kategori termasuk kereta elektrik (EV - Electric Vehicle), kereta yang ditingkatkan jarak perjalanan (extended range EV), hybrid (menggunakan enjin petroleum dan elektrik bersama) dan minyak disel.

6. Exora mencatat ekonomi penggunaan petrol sebanyak 136 batu (miles) bagi satu gelen. Tempat kedua hanya mampu mencatat jarak 62 batu (miles) bagi satu gelen - iaitu kurang separuh daripada kebolehan Proton Exora.
[copy sebijik2 dr blog chedet]
================****=====================
Memang kereta kita xsetanding kereta lain yg dah lama stabil dalam bidang otomobil, tapi kejayaan ini juga membuktikan kemampuan kereta kita untuk bersaing dengan kereta2 lain.. Walau bukan sepenuhnya ciptaan malaysia (eh betol ke bkn sepenuhnya), tapi kita mesti bangga dengan apa yg kita ada... xper lah merangkak sedikit2.. lama2 boleh lah buat sendiri semuanya..

Keyyah xley nak komen banyak2 pasal ni sbb xtau lagi nak beli kereta apa...nk drive pun xberani kan... hihi..  bab2 harga lagi lah xberani nk compare..Yang pasti Keyyah turut berbangga dengan kejayaan ini.


##seorang diri di lab... agak kecut juga perut ku...hopefully cepat lah student2 datang..

6 comments:

sarah shafie said...

hehe..sorang2 ke??

M a W a D D a H said...

thanks for sharing info..like it...

p/s: hati2 duk sorang2...

Keyyah said...

sarah shafie n mawaddah:
yup sorg2...matjoin tukar plan wt exam mlm lak...dah sampai lab baru dapat msg...xper la...malas nk balik umah pulak..

Mr. Asada said...

jimat gak dgn exora ni rupanya.. boleh masuk dalam cadangan kereta pilihan jugak ni keyyah. ;P

kalau sorang2 dalam lab, jgn pandang belakang..

Dzasc Skachers said...

haaa... habes la keyyah..
ada sape kat tepi tuh..
hahaha..

wadud pon anak mesia.. hehe.. tapi blajo je kat indon.. :p

Adeq Aien said...

hehe...
nice info psl proton.. hehe..
arituh ade tgk kat 1 link lam fb yang diaorg kutuk kete kelisa.. KALER je!

^_^