Friday

Pandangan || Pendapat || Komen

Bismillah...
Malam tadi rata2 status di fesbuk dan blog membincangkan hal2 berkaitan kenaikan gula dan minyak.. ada yg sokong, ada yang marah... 

Komen2 Positif dr rakyat malaysia:
  • bagus gula naik sbb rakyat malaysia ramai yg obes n diabetis. Kalo gula naik, maknanya kurang lah pengambilan gulanya nnt.. (padahal nnt boleh je kan mkn menda lain yg menyebabkan kencing manis)
  • Pengurangan subsidi gula boleh menjimatkan wang kerajaan kerna subsidi yg dikeluarkan tidak perlu dinikmatii oleh orang asing yg sangat ramai di Malaysia...Kerajaan boleh salurkan duit yg berlebihan itu kepada pembangunan negara.
  • Boleh mengurangkan penyeludupan gula dan minyak ke negara luar.. Yelah gula dan minyak di negara jiran kita kan sangat mahal..Ok ini mmg memberi faedah kepada kita juga lah...Tapi apa gunanya sistem pertahanan negara yg sangat canggih???
  • Bila gula dah naik harga, mknn lain akan naik harga.. So, boleh lah mengurangkan aktiviti mkan di luar... Lagi pun mknn yg kita masak lebih berkhasit.. uh abes lah lepas ni.kena rajin2 lah msk sdr...
  • Bila minyak naik, boleh lah kurangkan aktiviti sosial( jenjalan tanpa tujuan).. tapi kalo org kaya rsnya xheran pun
Komen Negatif:
  • Waktu yang tidak sesuai kerna kita dah nak masuk bulan puasa dan akan menyambut perayaan besar. seperti yg kita maklum, waktu ini permintaan gula sangat lah tinggi.. Kalo gula dan minyak dah naik harga, tak mustahil barang2 lain juga akan naik harga. Kalo kuih di pasar xdinaikkan harga, berkemungkinan besar siaz akan dikecikkan..
  • Kenaikkan harga minyak dan gula mungkin tidak akan membebankan org yg berpendapatan tinggi, tapi ia akan membebankan kepada golongan yg berpendapatan rendah.
  • Kenaikan harga petrol dan gula ini akan dijadikan alasan oleh peniaga untuk naikkan harga barangan dan makanan sekiranya tiada pemantauan yang menyeluruh oleh pihak yang berwajib. Harga barangan naik terus naik dan terus menaik. graf menegak.
  • Orang kaya akan semakin kaya, org miskin kan semakin miskin.
  • Kenaikkan harga minyak mungkin xdirasakan oleh org2 yg bekerja di luar kota, tapi bg yg bekerja ditengah kotaraya yg sentiasa jmd, mmg akan terasa lah.
Ini antara komen2 yg banyak Keyyah tengok.Tapi mmg sgt banyak komen.. ada negatif dan ada positifnya.. Tapi bg Keyyah, kalo alasan kenaikkan brg2 ini sbb nak kurangkan subsidi yg sama2 dinikmati oleh warga asing, apa kata lepas ni nak beli barang guna mycard.. kalo ada mycard boleh dpt discount..mcm Jaya Jusco buat tu...so kalo warga asing, mmg xley la nak dapat subsidi tu.. hehe suka suki aku je kan nk suggest.
Dari segi kenaikkan gula pula, bg Keyyah bukan gula je penyumbang kpd pelbagai penyakit kronik...byk lg menda2 lain.. Walau pun gula murah, Keyyah mmg xsukakan air yg manis2..so no hal lah kalo gula naik.. Tp bg peniaga2 kedai mkn, 4sure dorg akan terasa beban dgn kenaikkan harga gula.

p/s: kita tidak mungkin mampu memuaskan hati semua pihak.. pasti ada yg setuju dan ada yg membangkang.

4 comments:

Syikin said...

apabila harga petrol dah naik so aktiviti g lab pun terpaksalah dikurangkan..lebih2 lagi bila dah xde elaun lagi..jimat kos..

Keyyah said...

ahha..idea yg bernas..tp aku xley nak join..huhu..

Anonymous said...

gula naek sbb na dkt raye~ hihi

M a W a D D a H said...

bila petrol naik, minyak naik, confirm semua benda naik..huhuhu..

dan jgn lupe, umur pun makin naik..hehe