Friday

IMAM MUDA || Warga Emas

Bismillahhirrahmanirrahim...
Malam ini sambil tengok cerita JANJI KEKASIH (TV3), Keyyah sempat lg tukar2 channel tgk IMAM MUDA di Astro Oasis..4 orang Imam Muda yang masih tinggal ialah Hizbur dan asyraf. Imam muda Aran dan Imam muda Taufek tersingkir minggu ini.


Imam muda Asyraf

Imam muda Aran

Imam muda Taufek

Imam muda Hizbur


Idea program Imam Muda ini tercetus apabila melihat anak muda zaman ini mempunyai potensi untuk memikul tanggungjawab bukan saja sebagai seorang imam yang serba boleh tetapi juga pemimpin yang berwibawa, maka, Astro Oasis mengambil inisiatif mewujudkan program kerohanian Imam Muda dengan mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Program ini memberi landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab sebenar seorang imam. 

Minggu ini mereka diberi tugas untuk ke rumah warga emas..Sangat menarik tugas mereka pada minggu ini.. Memang sangat sedih bila melihat warga emas yang ditinggalkan oleh anak2..Mungkin ada kisah silam yg membuatkan anak2 jadi mcm tu, atau pun anak itu mmg kurang ajar dan xtahu nak balas jasa mak ayah..huhu..Semoga kita semua tidak tergolong dalam kalangan anak2 yg bergitu keras hati tuk menghantar ibu ayah ke rumah org2 tua. Tiada guna berpangkat seandainya tidak mampu menggembirakan hati ibu ayah kita ketika mereka sudah tua dan uzur.. Sepatutnya kita kena memikirkan siapa kita, dimanakah kita dan kemanakah kita akan pergi selepas ini???




Pada pandangan Keyyah, siapa yg menang dalam program ini bukan lah yg penting, tetapi ilmu yg dorg dapat dari cni sangat lah bermanfaat...


Kalo sesapa yg nak tgk episod2 imam muda yang lepas2 klik SINI




NotaAkhir: Hargai lah ibu ayah kita sementara mereka masih hidup...Jangan sampai mereka sudah tiada baru kita hendak merasa menyesal......Fahami lah semakin berumur ibu ayah kita, semakin sensitif perasaan mereka.. Meraka sering inginkan perhatian dari anak2...




3 comments:

Syikin said...

betul 2 keyyah..sayangila mereka selagi mane mereka ada..terasa 0 jiwa kalo mereka dah x ada nanti..

Nadia Helena said...

taufek bdk utm!
tetibe nk bangge..
aha..

anisalya said...

tak sempat nak tengok...
berebut ngan bebudak nak tengok kartun...

huhuhu..