Thursday

TIPS ATAU PETUA UNTUK KULIT CANTIK, TIDAK KUSAM DAN BERSERI

Assalamualikum.. salam sejahtera... sebarkan senyuman, kurangkan tekanan.. Dugaan yang datang silih berganti bukan penyebab untuk kusamkan muka kita... btol tak.. tambah-tambah dah nak raya.. mesti nak nampak awet muda kan... jangan tipu, jangan tipu kamu xnak nampak cantik walau pun kamu berpurdah... Hee pengalaman Keyyah sendiri berkawan dengan ramai orang berpurdah, mereka ni sangat lah menitik beratkan kecantikkan.. cantik untuk suami kata mereka.. Walau mereka cuma adik-adik, namun dorang tak lokek  berkongsi tips rumah tangga...Jubah dan purdah hanya pakaian diluar rumah bagi mereka... Tapi kalo kat rumah, haaa meletop...
Setiap wanita inginkan kulit yang cantik dan berseri. Putih gebu bukan menjanjikan ianya cantik..btol tak. Tapi seri dari muka itu penting. Keserian wajah akan terserlah jika badan kita sihat.

 Disini Keyyah kongsikan petikan dr utusan online ye..walaupun dah lama tp banyak manfaatnya..


**************************************
Soalan: Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama. Kini saya menukar produk penjagaan kulit sebagai langkah memperbaiki masalah jerawat. Saya juga tercari-cari vitamin yang membantu kesihatan kulit. 

Jawapan : Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia bukan sekadar bergantung kepada penjagaan luaran dan kosmetik semata-mata. Apa jua tabiat pemakanan turut memberi kesan kepada kesihatan kulit.Tahap kesihatan kulit juga menjadi penanda luaran kepada kesihatan dalaman. Adakalanya penggunaan krim, losen dan rawatan luaran kulit tidak banyak membantu sekiranya ia berpunca daripada faktor dalaman seperti akibat sesetengah nutrien. Mengambil makanan yang betul dan mengelak makanan yang tidak sesuai boleh menyerlahkan kecantikan, kulit lebih awet muda tanpa kosmetik mahal. 
Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat. Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat. 


saya dan emak..tlg jangan compare.. emak sy cantik sbb setiap hari pinggan penuh ulam..sangat jg pemakanan

Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu kulit menjadi remaja. Air penting untuk melembapkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan kemasukan nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah.
Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E. Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit. Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya. Manakala vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat. 

Oleh itu, pengambilan gabungan anti oksida seperti beta-karoten (pro-vitamin A), C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal. 
Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6.Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.
Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.

utusan online

********************************************************************
Okey dah baca panjang lebar apa yang Utusan tulis tu kan. Maknanya untuk kekal cantik perlu jaga diet pemakanan. Tapi mampukah kita makan makanan yang ada semua tu??? Kalo tak mampu, makanan tambahan adalah cara terbaik..
Jika anda inginkan nasihat dan juga suplement yang disebutakan diatas, anda boleh hubungi saya:

Untuk mendapatkannya  boleh hubungi
zakiah (0102716557 - WHATAPPS, SMS, CALL)

No comments: