Friday

Teman kanak2 tgk wayang

Salam jumaat..
penghulu segla hari...sila potong segala kuku n bulu2 di badan anda....
Semalam 1st day breaking down part 2 klua...
dan semalam juga la first time in my life kena jd guidance kpd 3 org kanak2...
pergh mmg mencabar bila kanak2 bawah umo nk tgk cita ni...
tp part yg paling sedih bg adik2 ni xnmpak skrin...adoiii kerusi tinggi bg dorg yg kecik2 2...
apa2 pun best lah cerita ni..cumanya sedih bila tgk jacob..sob2..ramai juga lah org yg tgk mlm td...

Wednesday

Correction

Salam hari rabu....
Semoga ceria-ceria selalu....
Bila ada masa2 lapang, mulalah jenjalan dr blog ke blog...
Sambil2 cari ilmu m'betulkan hati, sambil release tension....

Terjumpa kata2 ni
"HITUNG KESYUKURAN, BUKAN KESUKARAN"
Semoga ianya tersemat dihati agar dapat menjadi penawar tika terserempak dgn masalah...hehehe.

jom doa sama2...
“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia
Semoga hari kita ceria sokmo...

Saturday

REUNION FAMILY

Pejam celik pejam celik dah abes raya pun...disebabkan jarang tgk blog, maka xda lah cerita raya kat cni...tp tetiba nk semadikan gambar reunion family kat cni....Alhamdulillah raya ke 2 baru2 ni dapat buat reunion ngn family...family kecik ja pun... Reunion dgn famly sebelah emak...

x banyak gambar pun..family sy n seangkatan semua nya bukan kaki kamera...semua org simpan ja kamera dlm beg...aku yg xda kamera ni lg lah xley nk kata pa2 kan.... tetiba ms nk amik gmbr ramai2 br tau siap ada dslr la, kamera canggih2 la..emmmm...ok ni je gbr family sy...
3 generasi..Emak, anak n cucu

Emak ada 4 beradik saja...so sepupu ada 13 org n tambah kami 5 beradik jd 18 org lah cucu tok bedah....nmpk mcm kecik tp sushnya nk berkumpul...masa reunion ni pun xsemua ada...yg kecik2 sibuk nk g kutip duit raya...abg2 sy pun ada yg ada hal lain..

Syukur sangat dapat hubungkan semula ikatan yg agak terputus baru2 ni disebabkan hal2 yg kecik.. Bukan senang nk hubungkan semula ikatan ni..Selepas seharian buat aktiviti sama2, Alhamdulillah kemesraan berputik semula.. Semoga kebahagiaan akan menjd milik kami semula....

Monday

Mensihatkan Kehidupan

Rasanya dah lama kot xbersenam...
Dulu2 masa dok melaka tiap2 minggu g jogging...
jogging dgn 2 niat...
nk sehat n nk tgk pemandangan ctk...
tp dh pindah KL ada saja halangan..
halangan paling besar adalah dgn diri sendiri lah..MALAS..
tapi hari ni dah berjaya naik tingkat 10 dengan tangga...
berjalan ikot jalan jauh nk ke parking....
Alhamdulillah rasa segar ja badan...

Dah alang2 xreti nk g jogging sdr, makanya kena cr alternatif lain....






###Pergi jauh2 rasa sedih...
###mahu bangkit n berfikir positif.....

Sunday

Bila diri di uji...

Pahitnya bila diuji..
tapi manisnya pasti ada...
kena muhasabah diri semula n lalui kepahitan itu dgn hati yg tenang..

sejak pindah ke hutan batu bata...
sakit xnak sembuh2...
berminggu2 lamanya...
jiwa asik down..
diuji dgn karenah2 org sekelilingg yg menyesakkan dada...
sesat tiap2 hari pegi blk keja...(gila fail geografi...huhu.) 
apa yg perlu....
tenangkan diri n jadi positif...
alhamdulillah smlm dan hari ni rasa sedikit ringan badan n sihat...
alhamdulillah selepas sesat2 sy dah tau sedikit sebanyak jln2 disini..
bila sesat2 xtau nk blk umah, mst berpatah balik ke pusat bandaraya n mula cr jln blk semula...so dh tau byk jln nk blk umah.....dah tau byk jln nk g keja...dah tau jln mana yg jem jalan mana x....

lumrah utk manusia yg kaya dengan kekurangan...
bila diuji, suka melatah dan menyalahkan dr sendiri n org sekeliling...
namun disebalik ujian 2 pasti terselit sebuah hikmah....

terima kasih insan2 yg sentiasa bersabar dgn kerenah diri ini..
terima kaseh kerna m'beri ku tempat berteduh...
dan semua 2 xkan terjadi kalo bukan kerna kasih dari yg maha esa...
Ku percaya kerna kasih n rahmatNya, terbuka hati2 utk menolong..
Hadapi dengan tenang jiwa...

Thursday

Pukau

dunia semakin maju...semakin canggih...semakin senang...sampaikan ada ja benda yang dibuat tuk senangkan diri sendri...semakin maju negara, semakin tak bertamdun penduduknya...mana taknya, semuanya yang dipikirkan tuk senang ja...xda nak pk pasal orang lain...*eh ni macam luahan perasaan lak kan... heee

dulu aku macam xpernah terpkir pun pasal2 pukau ni....walau slalu dgq cerita, salalu baca kat paper, tp skadar * ooooo kesiannya.... tapi bila dah terkena dekat orang yang terdekat n lepas 2 aku lak yang terkena, aissshhh rasa mcm nak terajang ja org 2 *budget gagah perkasa macam power rangers...

mungkin kawan yang terkena 2 disebabkan tertipu, tp xmustahil dalam masa dia menipu, ada ayat2 yang di baca tuk melembutkan hati . sbb ramai yg terkena sekaligus..wallahhualam....  tapi yang aku kena ni mmg pun pukau.... dalam masa xsampai 10 minit aku dah boleh bagi semua duit kat dia...sabarrrr jelah... smoga ini yang terakhir kali dia buat kerja2 macam ni...kesian anak bini yang makan duit dari cara mcm ni.... smoga Allah bukakan pintu hati dia tuk bertaubat...

bila ceritakan menda ni dengan emak...komen emak, mungkin ada rezki yang tak berkat masa kerja kot... ada tercuri masa ke, termain tenet xtentu hala ka n bla bla bla....yup mmg emak layak jadi emak * apa ayat ni... setiap duka yg kucritakan, pasti kata2 bak penawar yg di hadiahkan.. cewahhh ayat berpuitis mcm twisties nyam nyam...paling bersyukur skali sbb ada duit ckit ja dalam wallet hari 2 n dia xda nak apa2 kan aku...nasib lah kan orang itew... so selalu2 lah pagar diri anda...jangan igt skrg zaman moden, xda lagi menda2 ni....

cerita kat atas 2 dah di taip berbulan yang lepas dan yang terbaru semalam anak kepada bos saya lak kena pukau...ayyoooo apa dah jadi ni...mmg sangat menakotkan tapi kita xboleh kawal apa yang orang nk buat kat kita, tapi kita kena lah kawal diri sendiri,,,bahaya ada di mana2...x pukau pun, orang ley guna cara ganas nak dapat duit..semoga saya dan keluarga terhindar dari melakukan kerja2 ni dan juga terhindar dari menjadi mangsa...aminnnn....

Selamat menyambut Ramadhan...Miss Adah so much..hehehe

wassalam..

Monday

Sendiri

Bersendirian itu terapi...cewah ayat memujuk diri sendiri...tapi btollah juga...

@ pantai Telok Ketapang..Terengganu

Siapa kata sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakan? Zahirnya, orang mungkin nampak seseorang yang bersendirian itu menyedihkan kerana kekosongan tanpa ditemani. Namun, pada hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya.
Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri. Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana dengan bersendiri, kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. SubhanaAllah! Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.
Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan daripada mereka-mereka.
Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki habluminnanas (hubungan sesama manusia). Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang.
Kerana, dengan bersendiri, seseorang mampu untuk berfikir dengan rasional tentang segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan seseorang mencari kembali dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca dan permata. Mampu membezakan antara hitam dan putih.
Sendiri itu juga terapi untuk menghapuskan parut-parut dosa yang dilakukan. Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa? Tentulah hati takkan tenang apabila dosa-dosa tersebut menghantui. Astargfirullahalazim...
Sesungguhnya, sendiri itu terapi yang indah. Terlalu indah bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri. Allah SWT ciptakan sendiri itu untuk mengembalikan semula hambaNya yang 'hilang'. Dia biarkan kamu yakni insan yang terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu kembali ke jalanNya. Bukan untuk menghukum kamu. Sebaliknya, untuk menyatakan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.
Jadi, janganlah bersedih apabila sendiri. Bersangka baiklah dengan Allah. 
Allah SWT berfirman:
"Aku akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan" (Hadis Qudsi Riwayat At-Thabrani)
Percayalah, setiap keadaan atau peristiwa itu mempunyai hikmah yang kadangkala dapat kita fikir sendiri (namun kadangkala hikmah itu tidak dapat difikir oleh kita manusia biasa). Ingat, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

kopipes entry sendiri itu terapi

Wednesday

Terkentut

tajuk dah xsenonoh...tapi disebabkan mengantok, terbuat lah entry ini.... hilang mengantok sekejap bila terjumpa video klip ni... kalo isu kentut ja mst ingat kat sorg brother yg suka kentut.dalam lab, dalam kelas mmg selamber je dia ni... rasa2nya kwn2 sy pun ingat juga..." sambil lambai2 tangan dekat kwan2 yg tau cerita ni"..... maaf ye bro kalo terasa bila terbaca entry ni..seriusly bila dengar lagu ni terus terbayang muka ko... sebenarnya semua orang pun kentot...cuma nya dia punnya style kentot 2 terlampau menonjol sampai semua orang tau dia yg kentot....


Tuesday

Saya mahu bahagia n cermerlang

Sambil2 tunggu orang datang interview, sempat lagi menjenguk blog.... Rasa seronok sangat tengok orang dah kawen.bahagia je kan..saya bila lagi...mmm tunggu lah masanya nanti...InsyaAllah....
ser kawen @ terengganu
Tahniah n semoga bahagia sampai syurga..
ko comeil sangat....

Sapa yang hidup xnak  bahagia weiii..siapa pula yang hidup xnak cemerlang..semua orang impikan kebahagiaan... kadang2 org tafsirkan kebahagiaan wujud jika kita cemerlang...ada org rasa kebahagiaan dapat di kecapi jika segala impian tercapai.... Saya juga nak bahagia di dunia dan akhirat...cemerlang di dunia dan akhirat... Tp mcm mana??? Tepuk dada tanya fikiran sendiri...InsyaAllah, kalo kebahagiaan yg kita fikirkan, apa juga dugaan yg mai ttp juga rasa bahagia....meh baca mutiara kata yang dikopipes dari page mukmin profesional...


‎'Kunci BAHAGIA...LUPA 2 PERKARA & INGAT 2 PERKARA...1) Lupa segala KEBURUKAN orang pada kita 2) Lupa KEBAIKAN kita pada orang.....1) Ingat segala KEBURUKAN kita pada orang 2) Ingat KEBAIKAN orang pada kita...."

'Dengan Allah kita MEMINTA...dengan manusia dan makhluk kita MEMBERI...maka perbanyakkanlah meminta kepada Allah s.w.t....dan perbanyakkanlah memberi kepada sesama manusia dan makhluk-Nya...inilah resepi kecemerlangan dunia dan akhirat!'...

mukmin profesional

sharing is caring.....sampaikan walau satu ayat :)

zikir mencerdaskan otak


sekadar peringatan utk diri sendiri...di abadikan artikel ini disini semoga boleh di baca berulang kali oleh tuan empunya badan..



Terngiang-ngiang bayangan Masjid Pondok Pasir Tumboh, masjid yang menjadi tempat solatku sejak umur lima tahun lagi, kali ini saya hendak berkongsi pengalaman ketika belum terbang ke Mesir lagi.
Selepas solat Subuh di masjid itu, ada majlis berzikir sehingga pukul lapan pagi. Sememangnya pada permulaannya malas juga hendak berzikir lama-lama tetapi ketika berada dalam keadaan menganggur di rumah semasa menunggu result SPM, saya cuba juga kuatkan diri ini menyertai majlis zikir ini.

Beberapa minggu selepas itu, aku merasai seperti ada kelainan selepas aku menyertai majlis zikir itu. Biasanya selepas solat Subuh aku terus tidur tetapi tidak dapat lelapkan mata ini walaupun aku tidur lewat malam.

Tetapi jika hari itu aku tidak menyertai majlis tersebut, letak sahaja kepala atas bantal, pasti terlelap. Aku pelik mengapa berlaku seperti itu, sehinggalah aku mendapat maklumat tentang kelebihan berzikir dalam sudut Sains ini.

Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.

Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan enam belas juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dikenali sebagai elektro-ensefalogram (EEG).

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T, sepertiSubhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering."

Oleh itu , saudara-saudaraku seislam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini sudah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Jadi tunggu apa lagi, jom zikir!

copy sebijik sebulat dr i luv islam.

Monday

crochet 2 hobi @ seni???

Assalamualaikum dan smoga ceria2 selalu.... salam israk mikraj walau pun dah terlepas sehari... semoga kita semua mendapat pemgajaran dari peristiwa perjlanan nabi muhammad s.a.w dari masjidil haram ke Batul Maqdis dan diangkat ke langit.... 

dewasa ni ( cewah ayat mcm nk tulis dalam majalah) terlalu ramai orang yg m'hidap sakit jiwa, tekanan perasaan @ stress...kenapa? mungkin ada masalah2 yg dah xboley nk di control lg kot...atau dah terlalu sunyi @ terlalu menginginkan sesuatu tanpa mau usaha @ apa2 sj lah... dan sesungguhnyaa Allah telah berjanji untuk menguji manusia... samada diuji dengan kesenangan, kesempitan hidup, kesihatan yang baik, sakit, gembira, sedih n macam2 lagi.... dan sekarang ni manusia kebanyakkannya diuji dgn DUIT dan HUTANG... 

camna nk tangani stress??? salah 1 caranya dengan m'baca buku2 yg boleh meransang minda...bukan buku2 yg xelok..xpun p baca Quran sekali dengan maknanya..hayati.fahami. teladani cerita2nya.. dan juga HOBI...ha baru nk masuk ke tajuk sebenar.... kalau btoi2 buat karangan mesti ley dapat A, siap ada pendahuluan, isi n mungkin sat lg ada penutup juga....

bunga kait amigurumi

crochet @ kait jarum 1 hobi atau seni...dulu2 rasa ianya sekadar seni...tp la ni rasa mcm sekadar hobi sj...ya sbb dulu2 masa kecik2 crochet utk buat alas meja, alas tv n alas itu alas ini ja... bila dah siap, ok siap lah qeja2 seninya... tp lani rasa mcm crochet tu hobi... bila bosan2 ja mengadap menda ni, bila bosan ja mengadap menda ni...bila nk kurangkan tabiat mkn di hari cuti pun ngadap menda ni juga..heeee.. makanya jadi lah hobi yg bermanfaat....insyaAllah...semoga sesapa yg pernah dapat n akan dapat menda2 yang aku crochet ni akan hepi ja :).


 bunga ros ni kunun2 buat utk konvo org 2...tp mcm malu nk bg, so simpan ajelah...hehehe



kerongsang @ brooch kait...hoho sekarang mood nk pakai kerongsang2 mcm ni...walaupun org lain dah lama pakai tp aku ttp jugak nk pakai...dulu2 rasa mcm eh eh apsal la pakai kerongsang mcm 2, tp skrg ni mcm nmpk comeil2 lak..hehehe


yg last ni crochet headband... bakal di poskan xlama lagi...tp xtau lah bila...heeee....
sesungguhnya saya mmg suka bunga-bungaan... toink2...




Tuesday

Blog tanpa header

Assalamualaikum...
selasa sudahhhh hari ni....bila hari selasa mood nak buat kerja dah kembali....xda sebab musabab pun...maybe isnin 2 kan permulaan hari kerja...dan hari cuti pun bukan nya rehattttttt ja...so isnin 2 ala2 mcm rehat2 sambil buat kerja lah...hehehehe...

mengarang bukan lah kepakaran aku tapi  nak juga kan menaip kat blog ni...hehehehe.... tak ada apa yang menarik pun nak dicerita kan..... alam orang single kan xsama dengan alam orang yg dah berkawen atau yg bercouple....eh cm 2 ek....

bila penyakit M datang kat diri, mmg xda ada ubatnya....panggggg sekali pun, kejap je ok pastu mulalah jadi balik....penyakit ni kalau ckit2 xda efeknya, tapi kalo lama2 mmg boleh dapat penyakit lain lah..... blog ni pun x berheader comeil2 sbb penyakit M ni lah...ceh mcm sblm2 ni header comeal ja kan.... blog xda header macam newbie lah pulak kan....mcm mula2 berblog dulu2....

akhir kata...babai...hihihi nampak sgt budak tadika xpandai mengarang...

Monday

info untuk orang Melaka sahaja...

Assalamualaikum...
Tengok tajuk bebaik ok...kalau rasa bukan berada di melaka, xyah baca...hihi kejam...

baru2 ni terfikir nk tambah koleksi benang kait, tapi xtahu kat mana ada jual benang jenama selain Minlon... 
Alhamdulillah terjumpa dengan orang yang ada hobi yang sama baru2 ni...so dia ada bagi tau tmpt2 yang ada jual benang kait di bumi Melaka...salah satunya di

AN YANG SDN. BHD
No 101 Jalan Bunga Raya, Melaka.

Actually dekat jalan bunga raya ni ada banyak kedai2 kraft tangan... so kalau nak cari kedai barang-barang untuk buat kraf- tangan xkira lah untuk mengait, knitting, manik-manik, barang2 untuk buat hantaran di melaka ni, pegi lah jalan bunga raya ni...expecially kedai An Yang ni lah..

pernah google kedai barang-barang kait di Melaka,  blog  jehansukamengait ada cerita kedai2 jual barang kait. salah satunya di Kota Laksamana.. dah pernah pegi kedai yang dia cakap, tp ada stok minlon saja... tapi kalau rasa nak cari benang kait Nona, Ondori, n jenama2 lain, silalah merajinkan diri menapak di sekitar jalan bunga raya... masuk ja kedai2 yang nmpak macam ada jual barang2 kraft, den tanya...


Thursday

Bday ke 28

pejam celik pejam celik dah 28 tahun dilahirkan keduniaa ini... Alhamdulillah terlalu banyak nikmat yg dikecapi walau xsekaya orang lain. nikmat tubuh badan yg sempurna, pancaindera yg masih lagi berfungsi dengan baik, nikmat makanan n mcm2 lagi...Segala puji hanya untuk Mu wahai pencipta diri ini...

Bila tiba sahaja hari kelahiran, emosi sudah semestinya kurang stabil bila mengenangkan kesusahan dan penderitaan emak saat mengandung dan melahirkan diri ini ke dunia. tentunya hari ini 28thn yg lalu emak dengan susah payah bertarung nyawa utk melahir aku..sakit dan peritnya hanya orang yg melaluinya sj tau.. di tambah pula terpaksa berpantang makan selepas itu dan bermacam2.Ayah pula sudah pastinya gelisah melihat si isteri sedang bertarung nyawa..terlalu banyak pengorbanan insan bernama emak dan ayah... Semoga Allah mengampuni dosa2, merahmati , menyayangi dan mengasihi emak dan ayah sentiasa. bagiku xperlu tunggu emak yg wishkan bday tp kita lah perlu call malam sebelum hari lahir. Air mata bercucuran saat mengucapkan terima kasih kpd emak dengan segala pengorbanan yg dicurahkan. 

Anak...harta yang paling berharga untuk emak ayah sampai ke akhirat kelak andainya anak itu soleh/solehah... sudah sempurnakah aku menjadi anak solehah??? andai 28tahun dahulu diri ini dilahirkan suci dari dosa dan noda tp hari ini terlalu banyak palitan2 dosa dalam diri.. Semoga Allah mengampuni segala dosa2 ku... Sudah sekian lama emak xcall diri ini, hari ini emak call n wish

Selamat hari lahir... semoga pjg umoq, murah rezki, dimasukkan iman ke dalam hati, di tetapkan iman. semoga di ambil nyawa dalam keadaan beriman dan jadi anak yg solehah..
terharu sampai air mata mengalir hari ini... Anak solehah??? itulah cita2 setiap ibu di dunia ini... InsyaAllah akan berusaha memenuhi hajat emak ini...

Teringat kata2 seorang ilmuan
Kita perlu ada cita2 untuk ke syurga.. Andai tiada cita2 ke syurga, sama lah seperti kita tidak mahu masuk syurga..dan seandainya kita bercita2 untuk kesana, setiap perbuatan, percakapan, pemakaian dan apa2 sj perlulah seiring dgn cita2...

semoga kita tergolong dalam kalangan orang yg bercita2 kearah itu.... Memang setiap kali mahu berhijrah kearah kebaikan,setiap itu diuji... bagiku, kadang2 kalah juga dgn ujian yg datang...semoga masih terbuka pintu taubat..

Alhamdulillah, Hari ni best sbb ramai yg nak belanja, tp terpaksa ditolak atas sebab2 tertentu..

Tuesday

bahagia itu adalah dengan membahagiakan...

semakin hari semakin malas untuk berblog...buka blog pun kadang2 saja...mungkin umo dah meningkat so banyak menda lain yang perlu difikirkan... Alhamdulillah baru saja menghabiskan masa dengan family...terasa macam raya je bila semuanya ada dikampung... yang paling best bila semua anak2 lelaki emak memasak, anak perempuan yg tunggal ni tolong2 apa yg ptt sj sbb org laki buat keja kan 3kali ganda lebih laju.... lagi pn lelaki masak kan lagi sedap (kena puji lebih2 ckit )...di tambah lak dengan tenaga da kudrat mereka yg gagah perkasa...menu wajib kalo di kg mestilah ikan bakar, ulam2 kg dan sambal belacan...mmg tiap kali berkumpul ni lah menu kami...menu2 lain berubah2 lah... Alhamdulillah syukur yg xterhingga... Dikelilingi orang2 yg membahagiakan....

Bahagia...apa itu bahagia??? kadang2 orang yg hidup mewah dan kaya raya pun belum tentu bahagia... hari ni terbaca petikan ini..
Sepasang suami isteri sedang menaiki basikal pada suatu petang. Suami di hadapan, manakala isterinya membonceng di belakang. Mereka melalui jalan berhadapan sebuah vila. Kebetulan di halaman vila tersebut sedang duduk pemilik dan isterinya sambil santai-santai minum petang.
Tiba-tiba pandangan kedua-dua pasangan suami isteri itu bertembung. Pasangan suami isteri yang sedang bersantai di halaman vila merenung pasangan suami isteri yang sedang berbasikal melalui hadapan vilanya.
Walaupun hanya seketika berpandangan tetapi hati mereka sempat berbicara…
“Alangkah bahagianya mereka,” bicara hati suami yang sedang menunggang basikal. “Rumah besar, duduk bersantai pula dengan menikmati makanan yang enak-enak. Isterinya cantik, kereta besar…”
Apa pula bicara hati suami yang sedang duduk bersantai di halaman vilanya?
“Oh, romantik sungguh kedua-dua suami isteri itu. Isterinya memeluk erat di belakang. Alangkah bertuahnya mendapat seorang isteri yang disayangi. Tidak seperti aku, sekalipun mempunyai harta yang melimpah ruah tetapi aku tidak bahagia seperti mereka…” begitulah bisik hati si suami kaya itu.
Justeru, siapakah antara kedua-dua mereka yang bahagia apabila masing-masing merasakan orang lain yang lebih bahagia? Apa ukuran sebuah rumah tangga yang bahagia? Mempunyai segala kekayaan dan kemewahan hidup? Rumah besar, perabot mahal dan kereta berjenama, itukah petanda rumah tangga yang bahagia?
bacalah petikan (bahagiakah kita?) sampai habis...semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua...

bahagia itu dari hati yang tenang  

Monday

setiap orang dilahirkan dengan kelebihan yang berbeza

selamat hari isnin....mulakan kerja dengan senyuman...bila dah xda kerja nak buat, mula lah jenjalan di blog :)


setiap orang dilahirkan dengan kelebihan yang berbeza...jangan bersedih jika ada kekurangan kerna pasti ada juga kelebihannya.... tak perlu terlalu memikirkan kekurangan sehingga mengabai kelebihan yang sedia ada...

Friday

sebesar yg boley

Assalamualaikum...
jumaat penghulu segala hari...semoga hidup kita diberkati ilahi... Sebarkan seberapa banyak senyuman sebagai sedekah di hari mulia ini...

tajuk mesti macam pelik ja kan... saja2 ja nak letak tajuk 2...nampak tak banner baru blog ni????kalo boley nak buat sebesar yang boley...banner kalang kabut dan suka2...maka macam 2 lah hasilnya...mula2 dan siap buat banner yang ada turutan sejarah muka dari bayi sampai sekarang...bila ditelek telek, ish macam malu lak nk tempek kat cni....so jadilah banner mcm ni saja....sekali tgk macam skema, tp nk juga tempek...tulisan sangat lah malas nk cari font yg fancy..sbbnya ni pc tempat kerja...xpasal2 kang bos marah...

Alhamdulillah..skrg hidup bertambah ceria dan lebih positif.. bersyukur sangat baru2 ni dapat job tuk design cover buku... mmg xpernah belajar Adobe photoshop or illustrator secara formal..tapi disebabkan minat slalu jer habiskan masa mengadap menda2 ni...dan xdisangka2 tetiba dapat job tuk design cover buku.. so rebutlah peluang yg ada depan mata...kena buat 3 design tuk dipilih...dan customer pun dah pilih design yg berkenan dihati n ada sedikit edit2... Alhamdulillah..segala puji bg Allah yg telah memudahkan segalanya....

Monday

ubat kepada cerita sedih

Assalamualaikum...hahaha tetiba hari ni semnagat nk buat entry...semalam mmg buka fesbuk pun xda perasaan...  Allah itu maha kaya, maha pengasih maha penyanyang... pendengar yang paling setia...jom tengok video ni... ini lah ubat yang paling mujarab untuk hilangkan rasa sedih dan keluh kesah... mungkin kita menangis tgk video ni, tapi tangisan yang boleh memberi ketenangan dan keinsafan.....



selamat menghayati :)

Thursday

Belajar lah....

Belajar memberi kasih sayang untuk dapatkan lebih kasih sayang..
belajar memberi pertolongan untuk mendapat lebih banyak pertolongan...
belajar untuk mengasihi untuk lebih di kasihi...
belajar memberi ilmu agar mendapat lebih byk ilmu kelak....

tetiba otak jem....sekian terima kasih...

sekarang aku belajar menerima hakikat yg aku xlah pandai berpuitis -_-

Wednesday

lelaki dan perempuan

assalamualaikum...
sekarang ni macam dah xda idea untuk berblog...bukan busy, bukan juga lapang.... cumanya bila mengadap pc, idea tu lari ntah ke mana...biasa lah mood menulis boley datang n pergi bila2 masa....

macam biasa...benda yg meanarik dari fb, aku akan simpan di blog...bukan bermaksud menciplak, cuma mahu simpan..hehehe...hari ni terjumpa satu gambar yg menarik tentang lelaki n perempuan...

 MEN ARE LIKE BLUETOOTH:
He is connected to you when you are nearby, but searches for other devices when you are away..

WOMEN LIKE WI-FI:
she sees all available devices but connect to the strongest one....



p/s: hajat nak baca buku "Men are from Mars. Women are from Venus"...insyaallah akan ku usahan kan juga baca semua siri buku ni...konon2 nk memahami lelaki lah ^___^

Tuesday

hidup untuk bersyukur

Assalamualaikum


Hdup dlm dunia ini adalah utk bersyukur...
bersyukur pada org yg mnyakitimu krn dialah org yg menabahkanmu..
brsyukur pada org yg menipu kamu krn dia yg meningktkan pengetahuan kamu..
bersyukur pada org yg tak endahkn kamu krn dialah yg memupuk kamu brdikari..
brsyukur pd org yg mnjatuhkan kamu krn dialah yg m'perhebatkn abiliti kamu ..
brsyukur pd org yg mnyeksa kamu krn dialah yg menguji ksabaran kamu ..
bersyukur dgn sgala ujian dariNYA, krna semuanya meningktkan iman kamu..



honestly ini bukan hasil nukilan aku sendiri... xtahu asal usulnya namun sususan ayatnya membua minda terfikir untuk bersyukur dengan setian musibah dan kebaikan yg diperolehi kerna pasti ada hikmah disebaliknya....