Sunday

Fadilat solat

Bismillah..

Solat itu umpama mandi..andai setiap hari kita mandi 5 kali, maka wangi dan suci lah org itu..namun jika mandi itu sekadar membasahkan badan tanpa sabun, shampoo, gosok gigi dan sebagainya, adakah kita akan jadi suci dan wangi???? Ini adalah pesanan untuk diriku sendiri..

Jika anda2 yg lain ingin mengetahui lebih lanjut mengenai fadilat solat, jgn segan silu tengok TANYALAH USTAZ di www.tv9.com.my.

Friday

IMAM MUDA || Warga Emas

Bismillahhirrahmanirrahim...
Malam ini sambil tengok cerita JANJI KEKASIH (TV3), Keyyah sempat lg tukar2 channel tgk IMAM MUDA di Astro Oasis..4 orang Imam Muda yang masih tinggal ialah Hizbur dan asyraf. Imam muda Aran dan Imam muda Taufek tersingkir minggu ini.


Imam muda Asyraf

Imam muda Aran

Imam muda Taufek

Imam muda Hizbur


Idea program Imam Muda ini tercetus apabila melihat anak muda zaman ini mempunyai potensi untuk memikul tanggungjawab bukan saja sebagai seorang imam yang serba boleh tetapi juga pemimpin yang berwibawa, maka, Astro Oasis mengambil inisiatif mewujudkan program kerohanian Imam Muda dengan mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Program ini memberi landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab sebenar seorang imam. 

Minggu ini mereka diberi tugas untuk ke rumah warga emas..Sangat menarik tugas mereka pada minggu ini.. Memang sangat sedih bila melihat warga emas yang ditinggalkan oleh anak2..Mungkin ada kisah silam yg membuatkan anak2 jadi mcm tu, atau pun anak itu mmg kurang ajar dan xtahu nak balas jasa mak ayah..huhu..Semoga kita semua tidak tergolong dalam kalangan anak2 yg bergitu keras hati tuk menghantar ibu ayah ke rumah org2 tua. Tiada guna berpangkat seandainya tidak mampu menggembirakan hati ibu ayah kita ketika mereka sudah tua dan uzur.. Sepatutnya kita kena memikirkan siapa kita, dimanakah kita dan kemanakah kita akan pergi selepas ini???




Pada pandangan Keyyah, siapa yg menang dalam program ini bukan lah yg penting, tetapi ilmu yg dorg dapat dari cni sangat lah bermanfaat...


Kalo sesapa yg nak tgk episod2 imam muda yang lepas2 klik SINI




NotaAkhir: Hargai lah ibu ayah kita sementara mereka masih hidup...Jangan sampai mereka sudah tiada baru kita hendak merasa menyesal......Fahami lah semakin berumur ibu ayah kita, semakin sensitif perasaan mereka.. Meraka sering inginkan perhatian dari anak2...




Tuesday

Contest Aku & Ray Bon

Salam...
Selamat pagi n selamat tgh hari n selamat petang..Hari ini Keyyah nak join contest lagi...Contest yg dianjurkan oleh Caer... 
Syarat2 penyertaan mudah sangat... sila terjah blog Caer ok..

Inilah gambar yg Keyyah pakai cermin mata hitam..


Salah 1 syarat adalah tag 2 org membe..hehehe




Friday

Pandangan || Pendapat || Komen

Bismillah...
Malam tadi rata2 status di fesbuk dan blog membincangkan hal2 berkaitan kenaikan gula dan minyak.. ada yg sokong, ada yang marah... 

Komen2 Positif dr rakyat malaysia:
  • bagus gula naik sbb rakyat malaysia ramai yg obes n diabetis. Kalo gula naik, maknanya kurang lah pengambilan gulanya nnt.. (padahal nnt boleh je kan mkn menda lain yg menyebabkan kencing manis)
  • Pengurangan subsidi gula boleh menjimatkan wang kerajaan kerna subsidi yg dikeluarkan tidak perlu dinikmatii oleh orang asing yg sangat ramai di Malaysia...Kerajaan boleh salurkan duit yg berlebihan itu kepada pembangunan negara.
  • Boleh mengurangkan penyeludupan gula dan minyak ke negara luar.. Yelah gula dan minyak di negara jiran kita kan sangat mahal..Ok ini mmg memberi faedah kepada kita juga lah...Tapi apa gunanya sistem pertahanan negara yg sangat canggih???
  • Bila gula dah naik harga, mknn lain akan naik harga.. So, boleh lah mengurangkan aktiviti mkan di luar... Lagi pun mknn yg kita masak lebih berkhasit.. uh abes lah lepas ni.kena rajin2 lah msk sdr...
  • Bila minyak naik, boleh lah kurangkan aktiviti sosial( jenjalan tanpa tujuan).. tapi kalo org kaya rsnya xheran pun
Komen Negatif:
  • Waktu yang tidak sesuai kerna kita dah nak masuk bulan puasa dan akan menyambut perayaan besar. seperti yg kita maklum, waktu ini permintaan gula sangat lah tinggi.. Kalo gula dan minyak dah naik harga, tak mustahil barang2 lain juga akan naik harga. Kalo kuih di pasar xdinaikkan harga, berkemungkinan besar siaz akan dikecikkan..
  • Kenaikkan harga minyak dan gula mungkin tidak akan membebankan org yg berpendapatan tinggi, tapi ia akan membebankan kepada golongan yg berpendapatan rendah.
  • Kenaikan harga petrol dan gula ini akan dijadikan alasan oleh peniaga untuk naikkan harga barangan dan makanan sekiranya tiada pemantauan yang menyeluruh oleh pihak yang berwajib. Harga barangan naik terus naik dan terus menaik. graf menegak.
  • Orang kaya akan semakin kaya, org miskin kan semakin miskin.
  • Kenaikkan harga minyak mungkin xdirasakan oleh org2 yg bekerja di luar kota, tapi bg yg bekerja ditengah kotaraya yg sentiasa jmd, mmg akan terasa lah.
Ini antara komen2 yg banyak Keyyah tengok.Tapi mmg sgt banyak komen.. ada negatif dan ada positifnya.. Tapi bg Keyyah, kalo alasan kenaikkan brg2 ini sbb nak kurangkan subsidi yg sama2 dinikmati oleh warga asing, apa kata lepas ni nak beli barang guna mycard.. kalo ada mycard boleh dpt discount..mcm Jaya Jusco buat tu...so kalo warga asing, mmg xley la nak dapat subsidi tu.. hehe suka suki aku je kan nk suggest.
Dari segi kenaikkan gula pula, bg Keyyah bukan gula je penyumbang kpd pelbagai penyakit kronik...byk lg menda2 lain.. Walau pun gula murah, Keyyah mmg xsukakan air yg manis2..so no hal lah kalo gula naik.. Tp bg peniaga2 kedai mkn, 4sure dorg akan terasa beban dgn kenaikkan harga gula.

p/s: kita tidak mungkin mampu memuaskan hati semua pihak.. pasti ada yg setuju dan ada yg membangkang.

Saturday

kalendar cuti 2011 || rancang cuti kawen..lalala

bismillah..
ermm sedar xsedar sudah lebih separuh tahun 2010 meninggalkan kita.. xlama lagi masuk lah 2011.. kepada sesapa yang merancang tuk bertunang or kawen tahun depan, boleh lah tengok2 tarikh yang sesuai...boleh juga plan tuk bercuti dengan family..hehehe...
Sila klik pada gambar and zoom  untuk tumbesaran...
p/s: sharing is caring..lalala

Thursday

GIVE AWAY – JIJA’s LOVELY COTTAGE

bismillahhirrahmanirrahim...
mulakan bicara pagi dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah dan mengasihani, semoga dimurahkan rezeki ku... 

Hari ini Keyyah di tag oleh Adah untuk join giveaway dari JIJA's LOVELY COTTAGE. So dalam keadaan yang sangat sibuk wt preparation for ISBC conference, sempat je lg kan nak join GA ni.

Jom ramai2 join GA ni...hadiah dia sangat lah menaraik... Tarikh tutup 31 JULY 2010.. lambat lagi nih..hehe...Syarat2 nak join sangat lah senang.. nak tau lebih lanjut, sila2 lah terjah blog dia k..

tag n tag n tag...
ikaz , yuzai n sesapa yg nak join lah k.


Wednesday

transparent header || Baru

Semalam datang mood untung menconteng.. bukan menconteng kertas, tp menconteng di photoshop....  entahh kenapa setiap kali wt header mesti nak skema2... mungkin sebab keyyah mmg skema pun..yg sebenarnya keyyah sangat suka menda yg simple. dat y la header semuanya mcm 2 aje...

ini header  lama.. memang terserlah keskemaannya.

notes: xtau kenapa kalo tajuk je mesti nak letak ||.. macam comeil je rasa

Monday

Pilihan Family @ Pilihan Sendiri

Bismillah....
Dalam meneruskan kehidupan, kita dituntut untuk membuat pilihan @ membuat keputusan..Kadang kala kita diberi banyak pilihan dan kekadang terpaksa memilih antara 2...
Pilihan family @ pilihan sendiri???
Utara-selatan @ Sekampung???
Cinta @ family????
dan macam2 lagi..
Dalam kita membuat pilihan, kekadang kita tak perasan ada yg berkecil hati dengan keputusan itu.. Hancur sebuah harapan...
Andai ku pilih disini, apa kata disana???
Andai kupilih disana, disini akan ....??


Saturday

Tips untuk dapat A+

Assalamualaikum.
Sebagai seorang student, A itu sangat lah penting...seboleh-bolehnya semua result nak dapat A+.. Tapi untuk dapatkan nya bukan sesuatu yang senang..banyak pengorbanan yg perlu dilakukan. Malah result Keyyah masa degree dulu boleh dikira je berapa banyak dapat A..

Di suatu malam Keyyah sangat terkejut bila dapat Award blog A+..blog yg sangat la kebudak-budakkan tanpa info yang penting dianugerah A+..apa2 pun thanks ierahaziera yang menganugerahkan award ni..

Tips untuk dapat A+ untuk blog kita:
  • Rajin Blogwalking
  • Rajin meninggalkan jejak
  • blog mesti lah berilmiah
  • blog mesti menarik
Tapi sekarang dah jarang berziarah or meninggalkan jejak..kekadang jadi silent reader jer...