Friday

Wahai abang ku

Assalamualaikum... semoga masih diberi kekuatan untuk terus beribadah di hari2 terakhir puasa...wah dah hari2 terakhir kan...

malam jumaat dan hari jumaat...penghulu segala hari... semoga doa2 kita dimakbulkan... sebagai seorang anak, kita wajib mendoakan kedua ibu bapa... Selagi mereka masih hidup, hargai lah mereka....Jika mereka sudah tiada, doakan lah kesejahteraan mereka disana....

sekadar nak kongsi lagu yg sangat menyentuh hati ini... sob sob (lap air mata).....




wahai abangku...andai kamu dengar lagu ini, terima kasih untuk segala pengorbanan mu...


Wednesday

Al-Quran dan terjemahannya

Salam Nuzul Quran... semoga ceria2 selalu especially yg tengah berseronok bercuti... kemanakah anda2 semua hari ni... kepada yg dah bercuti di awal ramadhan, berkerja lah hari ni...hehehehe...

Masa bagaikan berlari terlalu pantas meninggalkan kita...yup pantas sangat.... sudah masuk 17 Ramadhan... Berapa juzuk Al-Quran yang kita sudah baca??? Berapa banyak itu tidaklah terlalu penting, tetapi berapa byk yang dapat dicedok ilmu dari Al-Quran itu...

Andai diri terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk membaca Al-Quran, apalah salahnya kita mendengar alunan Bacaan Al-Quran dan tafsirnya... sekadar mahuu berkongsi link yg baru saja terjumpa tuk download Al-Quran dan terjemahannya... Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada semua...


Andai ini Ramadhan terakhir ku :(

‎"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerna aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." [Imam Hasan Al-Basri]

Thursday

Untung Sesapa yang ada emas dan dinar emas

assalamualaikum n salam ramadhan... semoga semuanya sehat dan masih bertenaga untuk meneruskan puasa.. Alhamdulillah syukur yang x terhingga sbb dapat juga abeskan sehari puasa kemarin...dugaan di bulan puasa... perut sakit n cirit birit sampai ke ptg...kalo di ikutkan hati, nak saja berbuka di pertengahan hari, tapi di gagah kan juga untuk teruskan... dengan kuasa Allah, petang itu aku kembali sehat... Alhamdulillah....

Ini semalam punya cerita, rasanya rata2 sudah tahu ttg hal ni...pasal dinar emas Kelantan...untung lah sesapa yang memilikinya... walaupun dicerca, dihina oleh pelbagai pihak sblm ini, namun dinar Kelantan masih lagi mendapat sambutan... jom baca artikel aku kopipes dari harakah.


KOTA BHARU, 10 Ogos: Langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata peningkatan itu merupakan sejarah dalam  kenaikan harga emas dunia.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini sebentar tadi.
Menurutnya, harga emas pasaran dunia pula hari ini meningkat kepada USD1,723 dan ianya merupakan satu sejarah dalam kenaikan harga emas.
“Mana-mana masyarakat yang sebelum ini membeli emas mendapat keuntungan yang besar dan rugi sekiranya tidak berbuat demikian bagi mereka yang mampu.
”Bagaimanapun sekarang kita masih boleh membelinya kerana ia belum terlewat memandangkan harga emas pasaran dunia akan naik lagi mencecah USD3,000,” ujarnya.
Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri menyedari perkara ini PMBK Sawit sejak awal lagi melabur sumber kewangannya di sebuah bank di negeri ini sebanyak RM1 juta.
Tambahnya, keuntungan yang diperolehi dalam tempoh lebih sebulan RM130,000.
Ketika ditanya berhubung pihak tertentu mengkritik tindakan kerajaan negeri sebelum ini, beliau berkata kritikan itu hanya kerana sentimen politik.
”Mereka mengkritik bukan kerana takut rakyat tidak akan mendapat sebarang manfaat sebaliknya kerana dendam politik terhadap kerajaan negeri yang didokongi PAS,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat seluruhnya supaya melabur serta meningkatkan pelaburan masing-masing kerana keuntungannya bakal diperolehi lebih besar khususnya penghujung tahun ini.
Menurutnya, kejatuhan dollar Amerika yang tidak berjaya mengekang kewangan ekonominya disamping jumlah hutang yang kian banyak, akan memberi ruang kenaikan keuntungan harga emas pada masa akan datang.


sangat beruntung kamu kamu kamu yang berkemampuan untuk memiliki dinar ini... jauh lagi untung dari melabur dalam ASB or apa2 aja...hehehe...Politik-politik juga, tapi benda yang baik perlu di kongsi bersama.. terperasan artikel ni pun sbb ada member share di pesbuk... Jom beli dina emas ramai2....

Wednesday

#WW.. jangan membazir....


##kata2 teman yang terkesan di hati:
kamu ada bakat tapi MALAS... thanks teman, akan ku ingat kata2 ni agar ia menjadi motivasi utk terus berjaya.. semoga kamu jua berjaya....aminnnn

Monday

Ramdhan datang lagi

Assalamualaikum...salam 1 Ramdhan...wah macam 1 malaysia lak kan.... Alhamdulillah masih bernyawa dan diberi kesempatan untuk merasai nikmat Ramdhan lagi... semoga ramdhan kali ini lebih bermakna dalam hidup ini...

Seusai saja solat subuh hari ni, terus on tv.... ok dah lama nmpak ada channel Ramdhan dii astro...ari ni start... mesti lah xsabar nk tgk rancangan apa yg disediakan..hehehe....

akhir kata, salam ramdhan untuk semua kawan2 yg mengenali diri ini atau pun sekadar di alam maya...semoga kita mendapat keberkatan dan manfaat di bulan yg mulia ini.....