pejam celik pejam celik dah 28 tahun dilahirkan keduniaa ini... Alhamdulillah terlalu banyak nikmat yg dikecapi walau xsekaya orang lain. nikmat tubuh badan yg sempurna, pancaindera yg masih lagi berfungsi dengan baik, nikmat makanan n mcm2 lagi...Segala puji hanya untuk Mu wahai pencipta diri ini...
Bila tiba sahaja hari kelahiran, emosi sudah semestinya kurang stabil bila mengenangkan kesusahan dan penderitaan emak saat mengandung dan melahirkan diri ini ke dunia. tentunya hari ini 28thn yg lalu emak dengan susah payah bertarung nyawa utk melahir aku..sakit dan peritnya hanya orang yg melaluinya sj tau.. di tambah pula terpaksa berpantang makan selepas itu dan bermacam2.Ayah pula sudah pastinya gelisah melihat si isteri sedang bertarung nyawa..terlalu banyak pengorbanan insan bernama emak dan ayah... Semoga Allah mengampuni dosa2, merahmati , menyayangi dan mengasihi emak dan ayah sentiasa. bagiku xperlu tunggu emak yg wishkan bday tp kita lah perlu call malam sebelum hari lahir. Air mata bercucuran saat mengucapkan terima kasih kpd emak dengan segala pengorbanan yg dicurahkan.
Anak...harta yang paling berharga untuk emak ayah sampai ke akhirat kelak andainya anak itu soleh/solehah... sudah sempurnakah aku menjadi anak solehah??? andai 28tahun dahulu diri ini dilahirkan suci dari dosa dan noda tp hari ini terlalu banyak palitan2 dosa dalam diri.. Semoga Allah mengampuni segala dosa2 ku... Sudah sekian lama emak xcall diri ini, hari ini emak call n wish
Selamat hari lahir... semoga pjg umoq, murah rezki, dimasukkan iman ke dalam hati, di tetapkan iman. semoga di ambil nyawa dalam keadaan beriman dan jadi anak yg solehah..terharu sampai air mata mengalir hari ini... Anak solehah??? itulah cita2 setiap ibu di dunia ini... InsyaAllah akan berusaha memenuhi hajat emak ini...
Teringat kata2 seorang ilmuan
Kita perlu ada cita2 untuk ke syurga.. Andai tiada cita2 ke syurga, sama lah seperti kita tidak mahu masuk syurga..dan seandainya kita bercita2 untuk kesana, setiap perbuatan, percakapan, pemakaian dan apa2 sj perlulah seiring dgn cita2...
semoga kita tergolong dalam kalangan orang yg bercita2 kearah itu.... Memang setiap kali mahu berhijrah kearah kebaikan,setiap itu diuji... bagiku, kadang2 kalah juga dgn ujian yg datang...semoga masih terbuka pintu taubat..
Alhamdulillah, Hari ni best sbb ramai yg nak belanja, tp terpaksa ditolak atas sebab2 tertentu..