Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Friday

cun

salam hari jumaat...uik dh jumaat kan...esok cuti..hoho yeke cuti...
hari ni tarikh cun.. 11.11.11...
ramai orang amik tarikh ni tuk akad nikah....
pernah mengimpikan tarikh ni tp xkesampaian..ok xpa cuba lagi lain kali tp tarikh lain lah pulak kan..
berangan dan terus berangan..hihihi...

sekarang rasa semakin xtau nak mengarang di blog ni.... semakin hari semakin xtau nak ceritakan apa lagi...padahal banyak sj benda yg boleh dikongsi...kan syok kalo tetiba terfikir sesuatu topik, letak ja kepala kat laptop, terus boleh transfer ke blog...jgn kata idea ni gila, mana lah tau kan, lps2 ni ada gadget cm ni...gadget yg xmasuk akal....xpun gadget yg bila kita cakap, terus boleh tulis kat ms words or email ke...rasanya xlama lg ada lah ni...ke mmg dh ada....apa2 pun skrg kena thinks out of box....

ok merapu saja tanpa ada isi penting...esok2 bila ada idea, ada lah entry baru...

Tuesday

Cerita2 belanjawan

belanjawan dah 2 3 hari berlalu...ada yang bergumbira dgn segala kelebihan yang diperolehi dan ada juga yang xberpuas hati... bagi aku, mula2 macam xkesah pun dengan segala belanjawan tu kerna aku bukan lah pakar ekonomi yg memahami term2 yg berkaitan, bukan pula penjawat awam yg akan menerima segala bagai bonus dan kemudahan yang disediakan..lagi pun kita kena sedar PM bukan lah seorang yg perfect yg boleh memuaskan hati semua pihak..mesti ada yg suka n xsuka..... tapi mata ku mula terbuka luas bila baca pandangan2 ustaz berkaitan belanjawan tahun ini....


Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyediakan peruntukan RM232.8 bilion dengan defisit 4.7 peratus.Secara umumnya kami mengakui bahawa bajet yang dibentangkan secara umumnya adalah baik dan memberi perhatian yang banyak serta agak komprehensif kepada kemaslahatan rakyat dari pelbagai genap lapisan dan sektor.
Pun begitu, agak merungsingkan apabila bajet ini masih kekal defisit, tahun lalu defisit adalah sebanyak 5.4 peratus.Perlu difahami unjuran hasil kerajaan pada tahun 2012 hanyalah RM 186.9 billion dan ini bermakna kerajaan perlu membuat hutang dalam negara yang baru sebanyak RM 45.9 billion.
Kami dengan ini, menyuarakan kebimbangan kami terhadap trend menambah hutang dalam mengurus dan membangun Negara tercinta ini. Menurut Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah pun mencecah RM437 bilion dan meningkat 11.9 peratus kepada RM455.75 billion bagi hujung tahun ini.


ok ini aku copy sikit isi dari pandangan ustaz2 dr blog Imam muda Asyraf (Pandangan Ilmuan Islam Berkenaan Bajet 2012)... banyak lagi yang mereka bincangkan... rupanya banyak juga kerajaan berhutang untuk menyediakan segala mcm prasarana dan juga untuk bagi gula2 pada kakitangan kerajaan...semoga belanjawan tahun2 akan datang lebih mementingkan golongan2 yg berpendapatan rendah dan berada di pedalaman dari menaikkan gaji kakitangan kerajaan yg sedia dh ada duit...apa salahnya rezeki negara dikongsi bersama dengan mereka2 yang lebih memerlukan....dan aku juga suka komentar2 dr mereka..


C) Komentar umum
Berikut pula komentar umum kami terhadap bajet 2012 :-
  1. Belanjawan defisit berterusan melebihi 5 tahun bukanlah sesuatu yang sihat. Defisit menyebabkan keperluan kerjaaan untuk meminjam dengan faedah riba, apabila setiap tahun pinjaman bertambah maka jumlah hutang-hutang sebelum ini yang ‘outstanding’ pasti akan semakin menyesakkan. Bajet kali ini masih tidak menjelaskan plan kerajaan untuk menaikkan hasil dan pendapatan bagi mengelakkan belanjawan defisit.
  2. Tiada sama sekali peruntukan untuk pembangunan urusan hal ehwal Islam sebagai agama rasmi melalui agensi-agensi kerajaan. Ini patut dikaji segera oleh kerajaan kerana bajet sepatutnya memberi perhatian dan sokongan kepada resolusi yang dicapai dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia bagi membangunkan pengurusan hal ehwal Islam.
  3. Peruntukan bagi sekolah-sekolah agama rakyat tiada disebut dan diabaikan.
  4. Peruntukan untuk mengatasi gejala sosial yang semakin meruncing juga tiada diberikan perhatian sama sekali. Peruntukan patut disediakan sama ada melalui sekolah, agensi kerajaan terbabit, NGO dan yang layak.
  5. Pemberian konsesi dan kontrak kepada beberapa pengendali lebuh raya yang akan dibuat sebagaimana diumum di dalam bajet mestilah diurus dengan penuh integriti agar tidak lagi klausa perjanjian yang merugikan rakyat akibat menjamin kenaikan wajib setiap tahun.
  6. Di dalam keadaan defisit dan pemotongan pelbagai cukai terhadap pelbagai perkara, kerajaan sangat wajar mengenakan kembali ‘import tax’ untuk barang mewah yang pernah dihapuskan sebelum ini.
  7. Terlalu banyak agihan perlu sampai segera kepada masyarakat yang mengharap dari bajet ini, tanpa sikap efisyen tinggi dan tiada badan khas yang dipertanggungjawab, ia mungkin hanya tinggal pengumuman sahaja.Justeru, kami mencadangkan bagi membuktikan ketelusan dan keikhlasan bukan sekadar pilihanraya, kerajaan mewujudkan badan pemantau khas dianggotai wakil kementerian, NGO & ahli politik untuk mencatat setiap agihan yang diumumkan di dalam bajet, lalu melaporkannya secara suku tahunan (quarterly) kepada parlimen bagi pengetahuan rakyat.
  8. Pengecualian cukai bagi projek dan syarikat-syarikat KLIFD yang diberikan sehingga 10 tahunadalah terlalu panjang yang merugikan Negara khususnya apabilakewangan negara berada di dalam kedaaan defisit, justeru kami mencadangkan ia dikaji semula dan diubah kepada lima tahun sahaja.
  9. Sekuriti dan isu keselamatan rakyat tidak diperuntukan dengan peruntukan yang mencukupi, walaupun ada bajet untuk polis namun kita perlukan peruntukan khususuntuk sistem tekonologi sekuriti lebih baik seperti CCTV dan lain-lain sistem bagi memudahkan polis membantu keselamatan rakyat jelata.
  10. ‘Green tax’ sekali lagi ingin kami highlightkan, pengecualian cukai bagi syarikat mampu mengurangkan pencemaran dan kenakan cukai bagi yang membuat pencemaran diperlukan.
  11. Bagi mengelak spekulasi di dalam pemilikan perumahan, kami berharap kerajaan mampu mengkaji lagi sistem yang telah diperkenalan sebelum ini iaitu pembelian rumahketiga dan seterusnya, institusi kewangan diminta untuk memberi pinjman sehingga 70 % sahaja, namun bagi merendahkan terus peluang spekulasi yang menyebabkan harga rumah meningkat sehingga menyukarkan pembeli rumah pertama dan pembeli untuk tujuan penginapan (bukan pelaburan), kami meminta pembiayaan dan pinjaman untuk pembelian rumah ketiga dan ke atas dihadkan kepada 50 % sahaja berbanding 70 % sebelum ini.
  12. Peruntukan bagi mengemaskan dan menaiktaraf sistem pengangkutan dalam bandar tidak disebut di dalam bajet kali ini.
  13. Selain memberikan tumpuan kepada hospital baru, naik taraf hospital swasta dan klinik, perlu juga perlu juga mengkaji khidmat di hospital swasta yang kian meningkat kos khidmat mereka.
  14.  Transformasi sepatutnya tidak hanya terhad kepada plan agihan yang baik tetapi plan kerajaan untuk tingkatkan integriti, kesungguhan dan keazaman mengelak ketirisan yang mengakibatkan perbelanjaan mengembang.
  15. Tidak disebut kali ini berkenaan cukai barangan ‘dosa’ ke atas rokok, arak, judi dan sepertinya. Ini diperlukan bagi memperolehi pendapatan Negara dalam keadaan defisit dan mengecilkan jumlah mereka yang ingin terjebak di dalam masalah terbabit.
  16. Kedai 1Malaysia (KRIM) adalah baik namun perlu disedari peruncit kecil terpaksa bersaing dengan hargabarangan jualan KRIM yang 40% lebih rendah dari harga pasaran, jika tidak dikawal lokasinya boleh ‘membunuh’ kedai-kedai runcit milik peniaga kecil dan sederhana, justeru kami mencadangkan agar kedai ini benar-benar ditempatkan lebih banyak di kawasan luar bandar atau di kawasan yang dikenalpasti didiami kumpulan pendapatan rendah seperti PPRT di kawasan bandar atau universiti.
  17. Kadar keuntungan cukai harta tanah, di dalam lampiran bajet 2012 disebutkan niat kerajaan adalah untuk mengekang spekulator hartanah dari berleluasa lalu cukai ke atas keuntungan jualan harta tanah dinaikkan dari 5 % ke 10 % bagi pelupusan dalam tempoh kurang dari 2 tahun, kami mencadangkan agar kerajaan mengembalikannya kepda jadual cukai asal iaitu 30% secara berperingkat dwi tahunan agar masalah ini dapat dibendung dengan lebih efektif. Selain itu, jualan harta tanah setelah 5-10 tahun pula dicadangkan agar tidak dihapuskan terus, maka boleh diletakkan cukai minima sekitar 1 peratus,iadijangka penting untuk menjana pendapatan kerajaan.

Thursday

Untung Sesapa yang ada emas dan dinar emas

assalamualaikum n salam ramadhan... semoga semuanya sehat dan masih bertenaga untuk meneruskan puasa.. Alhamdulillah syukur yang x terhingga sbb dapat juga abeskan sehari puasa kemarin...dugaan di bulan puasa... perut sakit n cirit birit sampai ke ptg...kalo di ikutkan hati, nak saja berbuka di pertengahan hari, tapi di gagah kan juga untuk teruskan... dengan kuasa Allah, petang itu aku kembali sehat... Alhamdulillah....

Ini semalam punya cerita, rasanya rata2 sudah tahu ttg hal ni...pasal dinar emas Kelantan...untung lah sesapa yang memilikinya... walaupun dicerca, dihina oleh pelbagai pihak sblm ini, namun dinar Kelantan masih lagi mendapat sambutan... jom baca artikel aku kopipes dari harakah.


KOTA BHARU, 10 Ogos: Langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata peningkatan itu merupakan sejarah dalam  kenaikan harga emas dunia.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini sebentar tadi.
Menurutnya, harga emas pasaran dunia pula hari ini meningkat kepada USD1,723 dan ianya merupakan satu sejarah dalam kenaikan harga emas.
“Mana-mana masyarakat yang sebelum ini membeli emas mendapat keuntungan yang besar dan rugi sekiranya tidak berbuat demikian bagi mereka yang mampu.
”Bagaimanapun sekarang kita masih boleh membelinya kerana ia belum terlewat memandangkan harga emas pasaran dunia akan naik lagi mencecah USD3,000,” ujarnya.
Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri menyedari perkara ini PMBK Sawit sejak awal lagi melabur sumber kewangannya di sebuah bank di negeri ini sebanyak RM1 juta.
Tambahnya, keuntungan yang diperolehi dalam tempoh lebih sebulan RM130,000.
Ketika ditanya berhubung pihak tertentu mengkritik tindakan kerajaan negeri sebelum ini, beliau berkata kritikan itu hanya kerana sentimen politik.
”Mereka mengkritik bukan kerana takut rakyat tidak akan mendapat sebarang manfaat sebaliknya kerana dendam politik terhadap kerajaan negeri yang didokongi PAS,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat seluruhnya supaya melabur serta meningkatkan pelaburan masing-masing kerana keuntungannya bakal diperolehi lebih besar khususnya penghujung tahun ini.
Menurutnya, kejatuhan dollar Amerika yang tidak berjaya mengekang kewangan ekonominya disamping jumlah hutang yang kian banyak, akan memberi ruang kenaikan keuntungan harga emas pada masa akan datang.


sangat beruntung kamu kamu kamu yang berkemampuan untuk memiliki dinar ini... jauh lagi untung dari melabur dalam ASB or apa2 aja...hehehe...Politik-politik juga, tapi benda yang baik perlu di kongsi bersama.. terperasan artikel ni pun sbb ada member share di pesbuk... Jom beli dina emas ramai2....

Monday

Realiti kehidupan

pantai telok ketapang, terengganu..


Pandangan yg berbeza dari gambar yg sama..

A: Mungkin Cuma pandang awan dan matahari
B: Mungkin cuma pandang matahari dan air laut
C: mungkin pandang matahari, air laut, burung dan awan....

itu lah realiti kehidupan...Lihat dari tempat yg sama tp mempunyai pelbagai pandangan...hormati lah pandangan orang lain....tidak perlu terlalu taksub dengan sesuatu...(pesanan tuk diri sendiri dan org sekeliling)...



Sunday

9July 2011 || sejarah terlakar

Artis : TAN SRI S. M SALIM/ M. NASIR
Lagu : Seloka Cak Kun Cak





 Satu masa yang telah silam
  Tak dapat diambil kembali
  Melayu mashyur serata alam
  Hidup mewah gagah sekali

Pahlawan kita nama terbilang
Ditakuti ramai perwira
  Melawan musuh tak terbilang
  Gerak semangat kerana bangsa

Kelekaan jangan dikenang
Lautan duka kelak dikenang
Hampir tinggal sehelai benang
 Bencana sengaja dipinang

  Jika perhati bangsa dagang
Kapak beliung ditangan memegang
  Kekayaan hendang diregang
  Akhirnya saudagar pangkat dijulang

  Disulami syair termashyur
  Usahlah berdengkur
  Kita jua yang bertafakur
Yang mana khilaf tegur menegur

La..la...la..la...
Korus:
Kulitnya bersih, hati pun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih
Kulitnya bersih hatipun bersih
Memikul belati tiada memilih
Jadikah bersih hatipun bersih
Berkata bermulut fasih
Jadikah bersih, hatipun bersih
Dialah khazanah pintu terpilih
a.aaa...aa

  Awak yang payang membelah ruyung
Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung 

Alhamdulillah hari ni dah masuk 10 July dan malaysia masih lagi aman...peristiwa 9 july rasanya ramai yg dah tahu...Satu sejarah terlakar dalam negara demokrasi ini...kerana EGO, segalanya tidak dapat difikirkan dengan waras... Masing2 mahu mempertahankan EGO masing2..samada kerajaan mahupun pembangkang... maka di situ tiadalah lah pemenang dan xda lah yg kalah. Kesannya akan mula terasa.. Kepercayaan pelabur asing semakin kuat kah??? kemarahan rakyat kepada PR semakin meluap2 kah?? Rugi sana, rugi sini... dalam bangsa kita bergaduh sesama sendiri, harta kita sedikit demi sedikit dimiliki rakyat negara jiran..Pulau Batu putih, Tanjung Pagar, perumahan2 elit di Johor... sedar lah wahai rakyat Malaysia... mahukah kita jadi seperti GAZA???


Selesai cerita sejarah malaysia...mmg tiada kesan untuk aku yg ada di Melaka ni...masih aman kesana kemari..hanya org yg merasa peritnya tersangkot dalam jam yg akan terasa kesan dari sikap EGO mereka mereka mereka semua...

******************************************
Sejarah juga dalam hidup aku semalam bila ter VIVA secara xsengaja...tetiba ja 2 orang panel (en Duen n En zoinol) datang dan suruh present...di kelilingi rakan2 seperjuangan yg lain aku menjadi sangat cuak dan gelabah... hampir 2 jam juga kena... mmg sah banyak benda yg aku kena baca lagi..adoiii stresssss...

Wednesday

Bersih kan hati

Salam israq mikraj....
bumi melaka menyambut nya dengan titisan air mata dr langit....
hujan rahmat....

sempena dengan peristiwa israq mikraj..
mari lah kita menyucikan hati....
kerna...
sebelum nabi di bawa, hatinya dicuci terlebih dahulu...


#####

penyakit hati sangat sukar untuk di ubati...
bila sudah di bersih kan, mampukah utk terus istiqamah???

Saturday

musical drama, musical comedy, music music

music music music...
drama, theater, komedi...
kalo masuk ja music mesti kelakar....
mama mia, Magika n bla bla bla
yup aku suka.....
samalah macam Maharaja Lawak semalam...
kalo komedi tu melibatkan musical...
mesti menjadi....
heeeee....
sangat suka tengok nabil...
mmg best kalo dia buat lirik yg merapu....
menjadi....
memang kekadang lawak dia bosan...
sbb terlalu menggunakan berita terkini yg mungkin ada org xtau...
terlalu up 2 date....
tp itu mmg style dia....
apa2 pun aku suka tengok semua mlm td...

##  kenapa kalo komedi ja mesti kena tukar jantina???? x ke buruk..ke buruk itu yg lucu???

Tuesday

Price tag

Salam hari selasa...cewah intro dh mcm kat blog 'simple but meaningful'..heeee maknanya br lepas skodeng lah kan...ngeeeeee...


tengah2 melepak dpn laptop sementara nk ada mood g lab, tetiba dengar lagu ni....



It's not about the money, money, money 
We don't need your money, money, money 
We just wanna make the world dance, 
Forget about the Price Tag 
Ain't about the (uh) Cha-Chang Cha-Chang. 
Aint about the (yeah) Ba-Blang Ba-Blang 
Wanna make the world dance, 
Forget about the Price Tag. 


teros ja mood mengarang meresap masuk ke jiwa...okies rasanya semua sedia maklum, rabu ni lektrik akan naik kan...heeeee..mmg lah kita yg xguna byk lektrik ni bole lega sbb tarif eliktrik ni naik byk utk industri ja kan..tpppppppppppppp kalo dah kilang2 kena bayar bil lebih, mesti otomatik barang akan naik harga kan...ke dorg xkesah...harga ttp juga maintain???? ok xmo ulas byk2 pasal ni kang xpasal2 kena ban..kuang3...

Saturday

mood - yang benar dan hujung minggu - farina

Salam hujung minggu... kemanakah anda hujung minggu ni..hehehehe...sekian lama xupdate, tetiba hari ni rasa nk update....ok jom layan lagu HUJUNG MINGGU...ngehehehe



Isnin bermula hari kerja

Tiba Selasa mula terasa beban hidup
Masuk ke Rabu jadi buntu
Khamis menyusul, aku tak sabar,
Menanti Jumaat muncul tiba,
Kerana detik yang dinanti semakin hampir


(chorus)

Waktu hujung minggu
Saat untuk bersamamu
Subuh hingga senja
Sabtu bercanda berdua


Waktu hujung minggu
Aku tenteram bersamamu
malam Ahad tiba
Rindu bermula


Isnin kembali muncul semula
Pening dan pusing sampai Selasa
Datang ke Rabu di tengah minggu resah gelisah
Khamis menyusul, aku tak sabar,
Menanti Jumaat muncul tiba,
Kerana detik yang dinanti semakin hampir





sekarang mmg mood dgr lagu2 dr student AF..ngehehe... Alkisahnya terjadi sebab nk dgr lagu terbaru Stacy - Kapsul... Husband kepada kawan yg tulis lirik lagu ni...bc lirik kat blog dia macam xfaham, so tercari-cari lah video klipnya... sekali dgr mcm xsedap (maap ye unsur) tp lepas dengar byk2 kali, mcm best pulak.. sama lah mcm lagu shahir (luar biasa) pun ,mula2 dgr mmg xfaham, tapi lelama dgr mcm best lak... seorang electronic engineer menjadi penulis lirik yg sgt berpuitis..heee keep it up..Tapi Keyyah suka lagu Adira (Ilusi)..

Sedap rupanya Stacy nyani lagu balada... jatuh cinta dengan lagu KISAH DONGENG...sedap je suara dia...

Sunday

Tahniah dan Takziah

Salam berhujung minggu... semoga semuanya ceria2 slalu... pada yg kurang ceria, sabar dan tabah lah menghadapi liku2 kehidupan... 

Lately, tiap2 minggu ada ja kawan2 yang kawen... Tahniah kawan2 semua :)... xlupa juga buat Bayah dan Pasangan.. hampir2 xdapat pergi kenduri smlm, tapi ada insan yg baik hati datang amik n berkorban.. *wink*.

Tak dilupan Takziah buat mangsa dan keluarga mangsa tragedi tanah runtuh semalam...Rasanya 1 malaysia dah tahu berita tentang tanah runtuh di  Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al- Taqwa di Hulu Langat. Banyak laporan di media2 yg melaporkan ttg ni... Tersentuh hati bila tengok gambar-gambar keadaan tempat dan mangsa-mangsa kejadian.. Al-Fatiha buat yg meninggal... semoga mangsa2 yang terselamat tabah menghadapi dugaan ini...




Wednesday

Kenapa org suka hack pasword facebook?????

Hari yg sejuk... dari pagi td hujan sajo.. nasib baik la ada org sanggup off kan aircond, kalo x, maunya aku jadi macam daging beku kat dalam lab nih... bila hujan saja mula lah asik fikir nak makan ja.. yelah kan, sejuk2 ni kalo dapat makan biskut kering cicah ngn teh panas pun dah sedapppp... glurppppp telan air liur...ngehhhh..

sambil wt keja, sambil lah merapu kan... mmg mengantok bila hujan2 cam ni.. so tuk elakkan mengantok, aku menahan nafsu ku dari mkn jajan2 or mknn yg ada kat sekeliling meja nih... biasalah kalo perut kenyang, mata pun kuyu lah... 

baru aku tahu betapa org malaysia ni suka hack pasword facebook org lain... yelah melalui facebook ni mcm2 boley buat...mana lah tau org 2 dengki kat kita ka, maunya dia guna id kita tuk wt menda2 yg menakutkan ke n mcm2 lagi lah... nauzubillah...semoga dijauhkan dari menda2 xelok cm 2... ok cakap sj xda bukti, xbest lah kan...

sebanarnya tadi nak taip " How to Calculate ******", tapi top search pasal ni lah pulak kan...so be careful ok..

## selesai sudaa entry merapu aku...
## se-pagi-an memikirkan cara yg terbaik tuk meluahkan apa yg ada di kepala ni..semua ada dalam kepala, tp sgt ssh nk luahkan...beratnya rasa kepala ni...

Untuk angah || Untuk yg bakal amik result SPM

walau apapun result yg anda dapat hari ni...
bersyukurlah...
bagi yg berjaya, alhamdulillah..
terus kekalkan semangat untuk belajar..
agar lebih berjaya dan menjadi orang yg berguna kelak..

bagi yg kurang berjaya, jangan putus asa...
bersyukurlah dengan apa yg anda dapat...
perjalanan masih jauh...
spm bukan penentu untuk seseorang berjaya di masa hadapan...
berapa byk org yg xberjaya daalam SPM tp boley hidup kaya raya...
boley ada pekerjayaan tetap...
malah lebih berjaya dari org yg dapat byk A dalam SPM mereka...
percaya lah, rezki di tangan Allah...
teruskan berusaha...

untuk angah..
makteh doakan semoga kamu berjaya...
biar apa pun resultnya nnt...
jgn putus asa...

Monday

ZEST CARD 2 apa???

Assalamualaikum..
ermm dah sedikit bersawang blog ni...hari2 ngadap laptop dan tenet tapi xterbuka lak blog dan facebook.. mood bersosial dah xda agaknya kot..ngeeeee.. tp hari ni akan ku terjah blog2 korang..hehehe...

ok td Keyyah dapat panggilan dari agensi menda ntah... dia cakap Keyyah ni pengguna kad visa bertuah.. Maybank punya card lah 2... dia tawarkankan ZEST PRIVILEGE CARD... menda apa card ni... sambil si gadis bermulut manis 2 terang, sambil lah Keyyah google... xtau lah kesahihan menda ni...panjang juga lah dia terang sampai xley nk menyelit pun...

bila ada peluang tuk bertanya, laju2 Keyyah tanya, BERAPA YURAN @ KOS YG KENA BAYAR??? 
adik cuma perlu bayar sekali je yurang untuk keluarkan kad ni dan kos penghantaran..yuran bulanan xperlu bayar sbb adik bertuah n bla bla bla bla....

penat nk tunggu dia cakap berapa kena byr...last2 dia ckp rm400+++.. lepas 2 terang lagi dan lagi dan lagi...sambil dia terang berjela-jela, sambil la Keyyah google... dan kesudahan nya Keyyah cakap terus terang, xberminat dengan semua 2... g pun mmg kurang percaya lah ngn offer2 mcm ni plus banyak jumpa komen2 negative ja... dah la main call je... 

## pesanan: kalo nk beli insurans or apa2 tawaran dari bank, better g terus kat bank 2... bukan nk cakap org yg call kita ni 100% penipu, cuma lebih baik berjaga2 sblm terkena...
## Keyyah mmg suka je dengar dan layan org2 cm ni call... biar je dia terang berjela-jela... tapi nk terima nya mmg x la...

Saturday

Akhirnya.....

Assalamualaikum.... semoga kalian semua sehat hendaknya... setelah puas tdo semalaman tanpa gangguan mimpi2 indah or mengerikan di tambah dgn henpon yg sunyi sepi tanpa deringan msg or call in, pagi ni aku bgn dgn cergasnya... yup sungguh nikmat bila tdo dengan cukupnya... Alhamdulillah bagun saja pagi ni, terasa sakit2 badan n lenguh2 pinggang pun hilang... Syukur yg xterhingga...

Sambil layan lagu baru Shahir, tangan ni ligat menaip meluahkan apa yg ada di fikiran.. bersyukur sekali lagi bila baca paper pagi ni.. akhirnya Hosni Mubarak letak jawatan juga...sebelum tdo malam tadi ada juga terbaca dia dah meninggalkan mesir..

KAHERAH: Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa kepada pihak tentera, kata Naib Presiden, Omar Suleiman dalam kenyataan ringkas yang disiarkan menerusi televisyen.

“Mengambil kira keadaan sukar yang dihadapi negara, Presiden Mohammed Hosni Mubarak membuat keputusan untuk melepaskan jawatan presiden republik dan menugaskan Majlis Agung Angkatan Bersenjata untuk mentadbir hal ehwal negara," kata Suleiman.  berita harian

Akhirnya Mubarak akur dengan kendak rakyat mesir...xpe lah dia pun dah kaya raya..Semoga kerajaan baru yg dibentuk dapat menjadikan Mesir sebuah negara yg maju dan demokrasi... bukan lagi diperintah oleh kerajaan yg kuku besi....

Monday

nasib rakyat malaysia di Mesir.....

Assalamualaikum...
hari ni sudah isnin, 31 january....hujan turun tanpa henti2 dah 3 hari...xtau lah pa keadaannya diluar sana... banjir kah??? ok kah???? sbb dh 3 hari berkurung kat umah..... 

Tumpahnya air mata di langit seolah2 mengerti perasaan rakyat malaysia di bumi Mesir....mcm mana lah keadaan mereka skrg kan...

melalui apa yg Keyyah bc, ada pelajar malaysia yg kena rogol kat sana..keadaan kat sana pun dh mcm xstabil..balai polis kena bakar, senjata dirmpas oleh org awam, banduan dilepaskan, bekalan elektrik di putuskan n mcm2 lg lah... Semoga kerajaan malaysia cepat bertindak tuk mengeluarkan mereka...

sentiasa berdoa semoga  (aat, asada, kimmy ) n blogger2 lain dan semua rakyat malaysia di sana dipermudahkan segala urusan mereka n dijauhkan dari perkara2 buruk...... tuk mengetahui status terkini, korang boley check krisis mesir, nasib rakyat malaysia. korang boley juga bc email dr student kat sana di blogariff. korg juga boley support kempen selamatkan pelajar dan rakyat malaysia di mesir..

Tuesday

tangani stress

Stresss... ada x org yg xpernah rs stresss...rsnya kalo nama nya manusia, mesti pernah rasa kan...kalo xpernah rasa stress 2 maknanya kurang siuman lah org 2....

skrg ni slalu terserempak dgn isu remaja yg mengalami masalah mental...pagi td pun ada discuss pasal stress d kalangan remaja kat slot MHI..mmg byk faktor yg boley menyebabkan stress ni...kalo yg study, mst lah stress kalo esemen byk, pointer hancur n mcm2 lah kan...pernah juga dgr student stress sampai kurang siuman...nauzubillah...mintak simpang lah semua 2...hope aku ley tabah...

siang td mmg sgt stress wt measurement....disebabkan nk dptkan actual situation, kena lah wt measurement time student ada kat dlm lab...tension...sakit kepala..letih....

kalo ikutkan hati mmg nk terus tdo je ptg td, tp itu bukan lah cara tuk hilangkan penat sbb dh dekat nk senja.. so mula lah "express ur love"..

haahaha dah mcm blaja kat kolej seni lak kan...hilang segala stress n penat bila ngadap menda ni sambil tgk Tiramisu (7-8mlm)... best n tenang je..hehehe..xtau lah bila boley siap... dh seminggu lebih start...




##sehari selembar benang, lama2 menjadi kain


Wednesday

patut la ramai lelaki di fakulti ku...

Assalamualaikum semua... semoga sihat2 sahaja....
sekarang ni Keyyah rasakan ramai sangat lelaki di sekeliling... masuk pasca lab, kekadang sorg je girls, g cafe, boleh la tengok beberapa org girls... g naik lab microwave, lelaki juga disana..student baru kat pasca pun semuanya lelaki...kekadang rasa segan pun ada... tapi itu adalah hakikat kehidupan. Hari2 yg dilalui dirasakan seperti dah kurang bestnya bila tiada teman untuk bergosip (pernah terasa down bila dorg dh buat keputusan tuk tinggalkan aku keseorangan disini..cuak, sedey,takot n rasa nk quit pn ada..tp hari demi hari ku tabahkan hati n blajar bersedia seandainya ia kan menjadi kenyataan.)...Alhamdulillah Dee masih lagi disini..n InsyaAllah yg lain juga akan ada lg disini... :)
  undergrade
postgrade

Rasanya semua orang dh tau pasal statistik penduduk malaysia 2010 kan... xtau lah boleh percaya ke x, tp itu lah result bancian baru2 ni...penduduk lelaki lagi ramai dari perempuan di Malaysia... kalo korang nak nmpak jelas lagi g lah ke blog unwanted..dia ada cerita detail kat sana siap ngn statistik penduduk malaysia lg...tenkiu ye unwanted sbb jemput keyyah bc entry pasal ni smlm..kalo x, mmg xtau lg lah..hehe..

Bancian ini hanyalah utk penduduk Malaysia sajo, kalo negara lain xtau lah..mungkin perempuan lagi ramai...

Tapi ada juga yg memperkatakan ramai perempuan di IPTA/S berbanding lelaki kan kan... tp Keyyah rasa, lelaki lebih minat bidang kemahiran kowt... so kalo g tgk kat fakulti eng @ giat mara, sure lelaki lagi ramai dr perempuan...








## failed tuk bahagikan masa...banyak kerja yg kena buat skrg..tp 1 pun xsiap...so blog n FB sedikit terabai...tp tetap juga dijeling-jeling..hahaha
## mau register sem n bayar yuran...melayang lagi duit aku..huhu...

Tuesday

Bangga lah menjadi anak Malaysia

Assalamualaikum...
Tetiba kuar tajuk patriotik pula hari ni..Macam bulan kemerdekaan lak... Tapi semangat ini mesti lah ada dalam setiap diri kita yg bergelar warga negara Malaysia... Yelah siapa lagi yg nak banggakan negara kita kalau bukan kita sdr.. 

Sementara tunggu 8pm, Keyyah ada jenjalan ke blog2 yg ber'update'. Tetiba terserempak dengan tajuk " Proton dalam era teknologi hijau" dr blog chedet.. Wow menarik 2 tajuk ni... sedikit bangga bila baca isi kandungannya. Antaranya
================****=====================
1. Pada 6hb November kereta Proton Exora telah menang pertandingan kereta zaman akan datang yang dianjurkan oleh RAC (Royal Automobile Club - United Kingdom). Pertandingan ini melibatkan hanya kereta-kereta otomobil yang tidak terlalu mencemar udara dengan pengeluaran asap, karbon dioksida dan monoksida.

4. Proton menyertai dengan sebuah kereta Exora untuk pertandingan ini yang menggunakan sistem yang, selain daripada amat kurang mencemarkan udara tetapi juga menggunakan bahan bakar petrol yang amat sedikit.

5. Exora mendapat tempat pertama dalam kategori Extended Range Electric Vehicle (kereta elektrik yang ditingkatkan jarak perjalanannya) serta juga memenangi dalam semua kategori termasuk kereta elektrik (EV - Electric Vehicle), kereta yang ditingkatkan jarak perjalanan (extended range EV), hybrid (menggunakan enjin petroleum dan elektrik bersama) dan minyak disel.

6. Exora mencatat ekonomi penggunaan petrol sebanyak 136 batu (miles) bagi satu gelen. Tempat kedua hanya mampu mencatat jarak 62 batu (miles) bagi satu gelen - iaitu kurang separuh daripada kebolehan Proton Exora.
[copy sebijik2 dr blog chedet]
================****=====================
Memang kereta kita xsetanding kereta lain yg dah lama stabil dalam bidang otomobil, tapi kejayaan ini juga membuktikan kemampuan kereta kita untuk bersaing dengan kereta2 lain.. Walau bukan sepenuhnya ciptaan malaysia (eh betol ke bkn sepenuhnya), tapi kita mesti bangga dengan apa yg kita ada... xper lah merangkak sedikit2.. lama2 boleh lah buat sendiri semuanya..

Keyyah xley nak komen banyak2 pasal ni sbb xtau lagi nak beli kereta apa...nk drive pun xberani kan... hihi..  bab2 harga lagi lah xberani nk compare..Yang pasti Keyyah turut berbangga dengan kejayaan ini.


##seorang diri di lab... agak kecut juga perut ku...hopefully cepat lah student2 datang..

Wednesday

kena alert dengan status FB...

Sudah 2 hari kedah dan perlis dialanda banjir...dan mungkin ini ada lah banjir terburuk setakat ini.... Berat mata memandang, berat lagi bahu yg menanggung.. Banjir + bekalan air n elektrik terputus... Dugaan Allah untuk hamba2nya disana..
Sekolah ku dulu2...disini tersimpan pelbagai kenagan yg sukar tuk ku lupakan..
Inilah jejantas yg setiap hari aku gunakan tuk pergi dan balik sekolah...tinggi ooo...semua dak hostel kena naik jejantas tuk g sekolah...

Aku sebagai seorang anak jati kedah n pernah bersekolah di perlis sudah tentu lah sangat bersimpati dengan nasib sanak saudara, kawan2 dan seluruh mangsa banjir....  3 jalan utama untuk ke kampung ku dah tutup..kangar-kodiang, changloon kodiang, jitra - kodiang...namun aku tetap bersyukur rumah emak masih lagi selamat..

hampir semua komen2 di status FB kawan2 aku teliti malam ni..sangat wisau bila mengenangkan tiket ku tuk pulang ke kampung esok...bimbang terkandas di tengah jalan... Perlukah aku balik esok @ cancel saja tiket itu??? kena tunggu status terkini dulu...tapi dalam hati kecil ku sentiasa berdoa agar air cepat surut...



Cuti sempena Pengistiharan Melaka Maju 2010

waahaii penduduk melaka yg bekerja di Melaka..
21.10.2010 aka esok adalah cuti...
tetiba exited nak bercuti walaupun sbnrnya xda pun cuti bagi kami..
hihi...