Showing posts with label TESTIMONIALS. Show all posts
Showing posts with label TESTIMONIALS. Show all posts

Friday

MENGATASI MASALAH KITARAN HAID TIDAK TERATUR

Asslamualaikum dan salam sejahtera. Sbarkan senyuman, hilangkan tekanan dan tambahkan amalan.
Hari ini saya mahu kongsikan tentang kitaran haid wanita dan cara mengatasinya bagi kitaran haid tidak teratur. Keyyah pada awal-awal kahwin mengalami kitaran haid yang tidak teratur, tapi sekarang setelah ambil GLA, Alhamdulillah.

Untuk mukaddimah, meh baca apa itu kitaran haid.Kitaran haid wanitaberlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri. Ada 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid.

Hari 1- 4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid ( menstruation) . Ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid dating, ia perlu ditanda pada calendar dan tamat selepas beberapa hari. Sebaiknya ditanda pada setiap bulan jika anda merancang untuk mengandung.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormone estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul did dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Dikawasan ovary pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang

Hari ke 14 ( waktu terbaik untuk bersama)
Waktu ini salah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormone yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telor dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan didnding rahim semakin menebal. Setelah progrestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.

HAID TIDAK TERATUR. BAGAIMANA MENGATASINYA


Asid lemak untuk wanita

Soalan: 
Saya telah mengamalkan pengambilan minyak evening primrose (EPO) sejak lebih daripada setahun yang lalu. Saya dapat rasai perubahan pada kelembapan kulit dan saya terfikir untuk diberikan kepada ibu. Apakah pengambilannya turut memberi kebaikan kepada ibu yang sudah berusia 52 tahun ?Jawapan:Kegunaan minyak evening primrose bukanlah sesuatu yang baru, malah secara tradisionalnya ia telah digunakan oleh masyarakat asli Amerika untuk menangani masalah kulit dan keseluruhan pokoknya direbus untuk masalah batuk, sakit kerongkong, artritis, lebam dan beberapa lagi. Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA).
Kandungannya yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia.Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan termasuklah sindrom prahaid (PMS), artritis reumatoid, diabetik neuropati (masalah terjejasnya fungsi saraf akibat diabetes), ekzema, kesakitan payudara, alergi, menopos dan beberapa lagi. Ini menjadikan tumbuhan yang berasal dari Amerika Tengah ini semakin berkembang dan lebih dikenali.
Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Asid lemak perlu merupakan komponen membran sel dan sel-sel saraf. Ia juga membantu mengekalkan intergriti membran-membran sel yang membenarkan nutrien-nutrien memasuki sel-sel dan penyingkiran bahan buangan. Asid-asid lemak ini juga menyumbang kepada kebendaliran membran sel untuk membolehkan komunikasi antara sel-sel berlaku.Bagi mereka yang mengalami sesetengah masalah kesihatan seperti diabetes, pengambilannya mungkin lebih diperlukan kerana penukaran linoleic acid kepada GLA menjadi lebih sukar dan perlahan. Ini penting kerana untuk membolehkan ia digunakan sepenuhnya oleh tubuh, ia perlu ditukar kepada GLA.Selain itu, faktor pemakanan dan gaya hidup juga boleh menjejaskan penukaran ini. Ini merangkumi makanan yang tinggi dengan lemak tepu, makanan proses, kolesterol, gula dan alkohol, stres dan peningkatan usia. Penukaran yang lemah ini boleh mengakibatkan paras prostaglandin yang lebih rendah.
Prostaglandin adalah bahan yang menyerupai hormon yang bertanggungjawab kepada beberapa fungsi tubuh, termasuklah dalam pengawalan tekanan darah, merehatkan salur darah untuk peredaran darah yang lebih baik, mencegah pembekuan darah, menghalang sintesis kolesterol, mengawal tindak balas hormon dalam sistem reproduktif dan juga mengawal paras insulin dan sebagainya.Pengambilan asid lemak melalui makanan harian adalah perlu memandangkan ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.Dengan itu, jika diambil kira faktor-faktor seperti peningkatan usia, faktor kesihatan, pemakanan dan gaya hidup kini, pengambilan minyak evening primrose boleh memberi manfaat kepada wanita sama ada untuk alasan kesihatan mahupun kecantikan secara umum.
GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Kelebihan GLA COmplex


  • Menggalakkan kesihatan semasa kitaran Haid
  • Menyokong sistem imun
  • Setiap kapsul Shaklee GLA Complex mengandungi asid-asid lemak utama daripada campuran minyak bunga matahari dan vitamin E, serta Shaklee Guard, iaitu sistem antioksidan semulajadi Shaklee yang eksklusif untuk memastikan keberkesanan penuh dan kesegarannya
  • Vitamin E membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriiti sel



sumber dari mamafaiz

Jika anda berminat untuk membeli atau mendapatkan khidmat nasihat berkaitan produk ini, boleh hubungi saya.



zakiah (0102716557 , whatapps, sms, call)
Shaklee ID (1104511)
puanzakeyyah@gmail.com

Thursday

TIPS ATAU PETUA UNTUK KULIT CANTIK, TIDAK KUSAM DAN BERSERI

Assalamualikum.. salam sejahtera... sebarkan senyuman, kurangkan tekanan.. Dugaan yang datang silih berganti bukan penyebab untuk kusamkan muka kita... btol tak.. tambah-tambah dah nak raya.. mesti nak nampak awet muda kan... jangan tipu, jangan tipu kamu xnak nampak cantik walau pun kamu berpurdah... Hee pengalaman Keyyah sendiri berkawan dengan ramai orang berpurdah, mereka ni sangat lah menitik beratkan kecantikkan.. cantik untuk suami kata mereka.. Walau mereka cuma adik-adik, namun dorang tak lokek  berkongsi tips rumah tangga...Jubah dan purdah hanya pakaian diluar rumah bagi mereka... Tapi kalo kat rumah, haaa meletop...
Setiap wanita inginkan kulit yang cantik dan berseri. Putih gebu bukan menjanjikan ianya cantik..btol tak. Tapi seri dari muka itu penting. Keserian wajah akan terserlah jika badan kita sihat.

 Disini Keyyah kongsikan petikan dr utusan online ye..walaupun dah lama tp banyak manfaatnya..


**************************************
Soalan: Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama. Kini saya menukar produk penjagaan kulit sebagai langkah memperbaiki masalah jerawat. Saya juga tercari-cari vitamin yang membantu kesihatan kulit. 

Jawapan : Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia bukan sekadar bergantung kepada penjagaan luaran dan kosmetik semata-mata. Apa jua tabiat pemakanan turut memberi kesan kepada kesihatan kulit.Tahap kesihatan kulit juga menjadi penanda luaran kepada kesihatan dalaman. Adakalanya penggunaan krim, losen dan rawatan luaran kulit tidak banyak membantu sekiranya ia berpunca daripada faktor dalaman seperti akibat sesetengah nutrien. Mengambil makanan yang betul dan mengelak makanan yang tidak sesuai boleh menyerlahkan kecantikan, kulit lebih awet muda tanpa kosmetik mahal. 
Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat. Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat. 


saya dan emak..tlg jangan compare.. emak sy cantik sbb setiap hari pinggan penuh ulam..sangat jg pemakanan

Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu kulit menjadi remaja. Air penting untuk melembapkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan kemasukan nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah.
Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E. Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit. Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya. Manakala vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat. 

Oleh itu, pengambilan gabungan anti oksida seperti beta-karoten (pro-vitamin A), C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal. 
Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6.Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.
Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.

utusan online

********************************************************************
Okey dah baca panjang lebar apa yang Utusan tulis tu kan. Maknanya untuk kekal cantik perlu jaga diet pemakanan. Tapi mampukah kita makan makanan yang ada semua tu??? Kalo tak mampu, makanan tambahan adalah cara terbaik..
Jika anda inginkan nasihat dan juga suplement yang disebutakan diatas, anda boleh hubungi saya:

Untuk mendapatkannya  boleh hubungi
zakiah (0102716557 - WHATAPPS, SMS, CALL)

Tuesday

ALFALFA : TESTIMONIALS

Assalamulaikum dan salam sejahtera... sihat kah anda hari ni..hehehe...
Ada tak pengunjung blog ni yang pernah consume Alfalfa... bagaimanakah kesannya?? Hari ni rasa macam nk share testimoni pengguna Alfalfa.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TESTIMONI 1: Diri sendiri
Untuk diri sendiri saya dah guna lebih kurang 3 bulan... fungsi Alfalfa ni macam detox lah juga.. perut akan lawas ja lepas makan ni... Dan bagi anda yang dah kahwin, ia bagaikan kacip fatimah moden untuk anda..rasa lah anda pasti akan rasa kelainannya...ehem...tak boleh cerita lebih-lebih di sini. malu.. kalo nak tahu kesannya, pm saya ok.. AWAS!!! untuk yang dah kahwin saja bole tanya pasal ni..heehehe

TESTIMONI 2: Ini adalah dari blog kawan saya. 

sumber  : http://mwdah. blogspot .com/

##Sesungguhnya saya hanya mencuba dan berusaha, tapi rezki utk mendapat cahaya mata adalah ketentuan Allah... Semoga Allah kabulkan doa ini tuk menimbang cahaya mata... aminnn

kepada sesiapa yg berminat nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi saya...sharing is caring :)

ID Shaklee: 1104511
Email  : puanzakeyyah@gmail.com
Tel: 0102716557 ( SMS / CALL / WHATSAPP)

Monday

VITAMIN HARIAN TUN DR MAHATHIR


Asslamualaikum dan salam sejahtera..
Sihat kah anda hari ini? Semoga semuanya di Rahmati Allah. Mula kan pagi dengan senyuman..diikuti dengan rasa syukur sebab masih ddiberi peluang untuk hidup di muka bumi ini..

Selepas musim panas yang agak lama sebelum ni, sekarang malaysia sudah mula berhujan.. Syukur.. sejuk saja.. Tapi bila tiba musim hujan, ramai juga org yg akan dapat sakit... Selsema, batuk dan demam dan macam-macam.. seperti pepatah " mencegah lebih baik dari merubati", so jangan malas-malas ambil multivitamin ye...

Ok sebenarnya saya masih lagi teruja nk bercerita mengenai Veta-Lia.  Tak kenal maka tak cinta..Bila dah jatuh cinta asik nak sebut2 ja kan..hehe..







ID Shaklee: 1104511
Email  : puanzakeyyah@gmail.com
Tel: 0102716557 ( SMS / CALL / WHATSAPP)

Friday

Vitalea : Multivitamin : supplement baru saya

Bismillah..
Assalamualaiku dan salam haru Jumaat.. dah fikir pasal weekend?? senyum sampai telinga bila hari Jumaat.. Walau apapun tujuannya, semoga dirahmati.. Sekian lama xbercerita, kini ku mula berminat semula dengan blog.  Membaca mmg meluaskan fikiran, menambahkan ilmu.. ada artikel2 yg bermanfaat utk dunia mahupun akhirat dan cerita suka duka teman2. pada insan yg berjaya or bergembira, tahniah!! Buat insan yg sedang sakit or berduka, harap sabar menempuh dugaan. Ketahuilah Allah menguji kerna sayang.

April dah sampai di pertengahan bulan.. Bulan duka dan suka.. kematian dan kelahiran.. April ini bermula lah kehidupan di umur 30-an..eh umur ja...jiwa dan fizikal mcm belasan thn lg..hah..

Bila masuk umur ni, yg ada dlm kepala?semestinya umur tidak akan semakin muda.. semakin tuanya badan , semakin berkuranglah kemampuan badan dan organ2 utk beroperasi..eh.. so mula rasa tanggungjawab bg vitamin (supplement) tuk bdn... so amik Vitalea Shaklee.. Vitalea ni multivitamin ye. baik untuk semua peringkat umur...


Lepas 5 bulan mencuba, terasa berkesan..Badan semakin cergas dan kulit semakin ctk..kiranya start amik produk ni beberapa minggu sblm kawen.mood nk kawen kan..kena ready mental n fizikal..

##Sesungguhnya saya hanya mencuba dan berusaha, tapi rezki utk mendapat cahaya mata adalah ketentuan Allah... Semoga Allah kabulkan doa ini tuk menimbang cahaya mata... aminnn

kepada sesiapa yg berminat nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi saya...sharing is caring :)

ID Shaklee: 1104511
Email  : puanzakeyyah@gmail.com
Tel: 0102716557 ( SMS / CALL / WHATSAPP)