Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Thursday

TIPS ATAU PETUA UNTUK KULIT CANTIK, TIDAK KUSAM DAN BERSERI

Assalamualikum.. salam sejahtera... sebarkan senyuman, kurangkan tekanan.. Dugaan yang datang silih berganti bukan penyebab untuk kusamkan muka kita... btol tak.. tambah-tambah dah nak raya.. mesti nak nampak awet muda kan... jangan tipu, jangan tipu kamu xnak nampak cantik walau pun kamu berpurdah... Hee pengalaman Keyyah sendiri berkawan dengan ramai orang berpurdah, mereka ni sangat lah menitik beratkan kecantikkan.. cantik untuk suami kata mereka.. Walau mereka cuma adik-adik, namun dorang tak lokek  berkongsi tips rumah tangga...Jubah dan purdah hanya pakaian diluar rumah bagi mereka... Tapi kalo kat rumah, haaa meletop...
Setiap wanita inginkan kulit yang cantik dan berseri. Putih gebu bukan menjanjikan ianya cantik..btol tak. Tapi seri dari muka itu penting. Keserian wajah akan terserlah jika badan kita sihat.

 Disini Keyyah kongsikan petikan dr utusan online ye..walaupun dah lama tp banyak manfaatnya..


**************************************
Soalan: Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama. Kini saya menukar produk penjagaan kulit sebagai langkah memperbaiki masalah jerawat. Saya juga tercari-cari vitamin yang membantu kesihatan kulit. 

Jawapan : Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia bukan sekadar bergantung kepada penjagaan luaran dan kosmetik semata-mata. Apa jua tabiat pemakanan turut memberi kesan kepada kesihatan kulit.Tahap kesihatan kulit juga menjadi penanda luaran kepada kesihatan dalaman. Adakalanya penggunaan krim, losen dan rawatan luaran kulit tidak banyak membantu sekiranya ia berpunca daripada faktor dalaman seperti akibat sesetengah nutrien. Mengambil makanan yang betul dan mengelak makanan yang tidak sesuai boleh menyerlahkan kecantikan, kulit lebih awet muda tanpa kosmetik mahal. 
Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat. Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat. 


saya dan emak..tlg jangan compare.. emak sy cantik sbb setiap hari pinggan penuh ulam..sangat jg pemakanan

Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu kulit menjadi remaja. Air penting untuk melembapkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan kemasukan nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah.
Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E. Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit. Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya. Manakala vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat. 

Oleh itu, pengambilan gabungan anti oksida seperti beta-karoten (pro-vitamin A), C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal. 
Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6.Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.
Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.

utusan online

********************************************************************
Okey dah baca panjang lebar apa yang Utusan tulis tu kan. Maknanya untuk kekal cantik perlu jaga diet pemakanan. Tapi mampukah kita makan makanan yang ada semua tu??? Kalo tak mampu, makanan tambahan adalah cara terbaik..
Jika anda inginkan nasihat dan juga suplement yang disebutakan diatas, anda boleh hubungi saya:

Untuk mendapatkannya  boleh hubungi
zakiah (0102716557 - WHATAPPS, SMS, CALL)

Saturday

HANYA 1 JAM - BERJALANLAH

Selamat hari Sabtu... Sabtu yang nyaman lagi tenang...bumi kl sejuk ja hari ni sebab dari awal pagi hujan... Tajuk hari berjalan... dah berjalan ke kamu kamu hari ni...ke merangkak saja..hehehe.. Alhamdulillah hari walau pun hujan sempat juga ku berjalan dengan en suami samapai ke Kg Baru nu...jauh lah juga... sementara nk tunggu Giant buka...lepas tu terus g beli barang.. niat hati nak ke Putra Jaya tengok Red Bull air race. Tapi apa kan daya, cuaca macam tak berapa nak cun..sebenarnya contoh kat atas tu bukanlah contoh berjalan, tapi jalan-jalan..hahaha pening tak...ok terbaca artikel ni'

Anda bimbang mengalami obeseti yang diwarisi dari faktor genetik? Usah risau, anda mampu mengelakkannya. 
"Menurut pakar dari Universiti Havard, dengan cara berjalan pantas selama sejam setiap hari mampu menurunkan risiko mendapat penyakit ini sehingga 50 peratus."

Mulai hari ini jom kita berjalan laju-laju..dalam rumah, luar rumah, di pejabat...belajar jalan laju-laju....
sumber: majalah iSIHAT.



Friday

Resepi bujang || Terung Pipit @ terung kecil

Assalamualaikum...

sebelum tengok apa yg keyyah masak, adakah anda mengenali terung pipit ni???? pokok dia cm mana??? meh nak tempek kat blog ni...ngeh3...

actually terung ni tumbuh sendiri kat depan umah... tiada siapa pun yg tanam.. so sesapa pun boley lah nk amik.. kalo kamu2 yg baca ni ada berdekatan cni, jemput2 lah amik buah ni...heeeee...

sedikit pengenalan:
terung pipit = terung rembang, terung manggul, Solanum tarvun.....kalo keyyah, panggil terung kecik..ngeeee
kandungan : air, protein, lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, ferum, vit A B C..
khasiat: boleh mengubati sakit perut, penawar jika terkena bisa ular dan mencuci darah

terung ni boleh dimasak dengan pelbagai resepi... sambal tumis dengan ikan bilis, kari atau boley je direbus dan dicicah dengan sambal belacan... rasa terung ni mmg sedikit pahit... tp Keyyah mmg makan je pedas, pahit, payau or apa2 je..asal tekak boley terima la...heeee

haaa ni sambal tumis ngn ikan bilis ala2 bujang gitu.. 


ini full set..cewah.. padahal ikan pekasam goreng je pun...senang kan hidup bujang...masak je sejenis dua, xder org nak komen or request itu ini..hehehe.. tapi kalo da kawen jgn harap la kan...heeee..hopefully my future husband xla cerewet mewek sgt kan...aminnn...


## entry Jumaat lepas, tp Jumaat ni baru publish..heeee



Monday

Plum || Prune

Assalamualaikum n salam sejahtera..

Semoga semuanya sihat n bergembira disamping orang disekeliling...Isnin menjengah sesudah ahad melabuhkan tirainya... Selamat bekerja n selamat blajar ye adik2 yg ngh study...

Lately Keyyah tersuka makan buah plum. skrg pun ngh mkn buah ni, so rasa tetiba rasa macam nak google n share khasitnya... plum dan prune adalah buah yg sama..ermm ada ke org yg xtau apa tu buah plum..meh nk google n tempek gambar kat cni k...



Khasiat

Buah plum yang dimakan segar mempunyai rasa manis, masam dan segar. Setelah mengalami pemprosesan, warna buah ini akan bertukar menjadi hitam. Bagi orang Cina, buah plum hitam membantu menyedapkan masakan khususnya sip. Buah plum hitam mengandungi asid sitrik, beta sitosterol dan triterpene. Selain itu, ia mengandungi khasiat antibakteria, melegakan demam, melancarkan pembuangan air besar dan mematikan cacing usus pembuangan terutamanya cacing gelang. petua melayu.com

mati lah segala cacing yang ada dalam perut Keyyah...

Buah plum mengandungi khasiat yang tinggi. Buah ini mengandungi sejenis bahan yang dikenal pasti sebagai diphenylisation yang bertindak sebagai julap. Bahan ini bukan sahaja mencuci perut, malahan juga mengatasi masalah sembelit. Di samping itu, ia juga sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kolesterol kerana diphenylisation yang membantu menurunkan paras serum dalam darah. Buah ini mengandungi serat ,iaitu salah satu daripada zat-zat makanan penting yang diperlukan dalam pemakanan harian untuk menjaga kesihatan. wikipedia

Bila di google2, baru lah tau betapa banyaknya khasiat buah ni.. Tapi bila diteliti, khasiat setiap buah mcm lebih kurang ja... mesti berfungsii untuk mengurangkan kolestrol n mengelakkan sembelit..

kalo sesapa nak kenal buah plum ni lebih mendalam n nak tau khasiat2nya, jgn malu klik SINI

Saturday

Petua menghilangkan parut jerawat ala moden

Assalamualaikum...
Pernah x korg rs tension bila tgk muka ada bintik2 hitam..means parut cik jerawat lah kan...Expecially gegirl lah kan..Kalo 1 je bintik hitam ok lg, boley la anggap tai lalat ja..wt penyeri muka..tp kalo dh hampir sblh muka ada parut, mula lah nk cr petua sana cni..hee...
Hari 2 ms Keyya terkena dmm n selsema yg lama plus resdong yg menggila, muka Keyya start tumbuh jerawat...Bukan 1, bukan 2 tp byk....cuma cik je ni naek kat 1 tempat ja...kat pipi sblh kiri..ni la parut cik je 2..


Byk 2 parut..hehe slumber je dok tunjuk2 parut cik je..tp ni lah mslh Keyya skrg...Bila dh tgk byk mcm 2, mula la Keyya Google Google petua nk ilangkan parut..igt nk wt secara traditional...satu petua yg Keyya jmpa adalah menggunakan kulit kayu manis atau org puteh panggil cinnamon..mmg mak Keyya pn ckp serbuk kulit kayu manis ni boley hilang kan parut jerawat, cuma kena rajin lah kan...

kalo org dulu2 asah kulit kayu manis ni kat pasu, lps 2 letak kat muka...tp skrg senang je, terus beli je kat pasarraya..harga pn murah je...
Tp Keyya xwt cr traditional ni..Keyya guna cr moden punya.Tgk tajuk n3 ni lah kan..sblm ni Keyya mmg dh penah guna produk ni..It's work on me..so bila dh dpt alaun ni, Keyya pn teros g beli lah... Keyya guna Organic Aid je...

Keyya guna cream ni sejak form 5 lg..bila tgk ada parut ja, Keyya mula lah cr cream ni..tp parut 2 xla ilang ngn cpt...kekadang guna sampai abes 1 botol br ilang parut ni..hehe..
Okeh 2 ja yg Keyya nk cita..hehe

SINUS ATAU RESDONG???



Lately slalu sgt selsema n sakit pala.. semenjak cuti CNY lepas sampai skrg selsema dtg..xtau lah selsema or resdung..Rasanya ramai org dh tau apa itu resdong or sinus....Kisah resdung ku bermula slps aku mencium ikan bilis yg dh rosak..lps 2 asik bersin2 n bermula lah kisah alergi ku...salah mkn alergi, byk habuk alergi n dok dlm aircond lama2 pn xbole jugak...Hidungg asik tersumbat ja..Gejala ni semakin serius slps CNY..tersa deria bau ku ilang, tdo lama tp mcm xtdo ja sbb ssh nk bernafas,, kepala pn asik berdenyut ja... G amik ubt di klinik n medical asst ckp selsema biasa..tp stelah antibiotik dh abes, selsema xilang juga...dr c2 aku mula mencari petua. ok aku mulakan dgn apa itu sinus..



APAKAH SINUS?(RESDUNG) secara ringkas Sinus sebenarnya adalah rongga rongga didalam tulang muka disekeliling hidung.
Rongga ini bersambung kehidung melalui aluran aluran yang sangat kecil.
Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lender ini akan berkumpul seterusnya kumam bacteria akan membiak
didalam rongga sinus ini.Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakan didalam lapisan hidung.
org melayu memanggil resdung HAMA. Jika resdung dah teruk, berkemungkinan kena operate.. Ya ALLAH aku minta simpang la..



GEJALA RESDUNG
* hidung tersumbat
* Lendir di hidung dan tekak
* Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
* Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan * Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya

PETUA YANG DICUBA

1. Minum air asam jawa dan madu...ok boley thn lah ckit selsema + batukku..
2. Aku pakai bedak resdung yg emak kasi.bedak nih dibuat dr kulit kayu manis.
Pkai pd T zon.. nmpk mcm org lps bersalin ja tp aku belasah ja..
So far ubat tu sesuai juga ngn aku..tp sec luaran je...
3. House mate aku kasi mkn pil bawang putih ( xtau jenama pa)... ms mkn ini hidung ku berhenti berair sekejap..
biasalah mkn sekali mst blm nmpk hasilnya..
4. Ada juga petua mkn seulas bwg putih..tp mcm ssh lak nk telan..mmg xsedap..



 UBAT YG KU CUBA
Last skali faez bg aku mkn sejenis ubt resdung, xda jenama, xda logo hologram. cuak juga nk mkn tp aku try lah..dengan kuasa Allah it work on me.. Bersyukur sgt.. setiap penyakit pasti ada ubatnya..




Ada juga petua yg blm try:
1. campurkan madu dgn limau nipis
2. g wt perubatan traditional...guna asap dr rokok ubt...mcm menarik tp xtau nk wt kat mana..
3. jpa specialist..mmg xmampu r sbb aku nih student sepenuh ms...


p/s: kalo kwn2 ada petua n cara laen yg lebih berkesan, kongsi2 lah...sharing is caring..heee