Tuesday

zikir mencerdaskan otak


sekadar peringatan utk diri sendiri...di abadikan artikel ini disini semoga boleh di baca berulang kali oleh tuan empunya badan..



Terngiang-ngiang bayangan Masjid Pondok Pasir Tumboh, masjid yang menjadi tempat solatku sejak umur lima tahun lagi, kali ini saya hendak berkongsi pengalaman ketika belum terbang ke Mesir lagi.
Selepas solat Subuh di masjid itu, ada majlis berzikir sehingga pukul lapan pagi. Sememangnya pada permulaannya malas juga hendak berzikir lama-lama tetapi ketika berada dalam keadaan menganggur di rumah semasa menunggu result SPM, saya cuba juga kuatkan diri ini menyertai majlis zikir ini.

Beberapa minggu selepas itu, aku merasai seperti ada kelainan selepas aku menyertai majlis zikir itu. Biasanya selepas solat Subuh aku terus tidur tetapi tidak dapat lelapkan mata ini walaupun aku tidur lewat malam.

Tetapi jika hari itu aku tidak menyertai majlis tersebut, letak sahaja kepala atas bantal, pasti terlelap. Aku pelik mengapa berlaku seperti itu, sehinggalah aku mendapat maklumat tentang kelebihan berzikir dalam sudut Sains ini.

Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.

Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan enam belas juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dikenali sebagai elektro-ensefalogram (EEG).

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T, sepertiSubhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering."

Oleh itu , saudara-saudaraku seislam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini sudah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Jadi tunggu apa lagi, jom zikir!

copy sebijik sebulat dr i luv islam.

Monday

crochet 2 hobi @ seni???

Assalamualaikum dan smoga ceria2 selalu.... salam israk mikraj walau pun dah terlepas sehari... semoga kita semua mendapat pemgajaran dari peristiwa perjlanan nabi muhammad s.a.w dari masjidil haram ke Batul Maqdis dan diangkat ke langit.... 

dewasa ni ( cewah ayat mcm nk tulis dalam majalah) terlalu ramai orang yg m'hidap sakit jiwa, tekanan perasaan @ stress...kenapa? mungkin ada masalah2 yg dah xboley nk di control lg kot...atau dah terlalu sunyi @ terlalu menginginkan sesuatu tanpa mau usaha @ apa2 sj lah... dan sesungguhnyaa Allah telah berjanji untuk menguji manusia... samada diuji dengan kesenangan, kesempitan hidup, kesihatan yang baik, sakit, gembira, sedih n macam2 lagi.... dan sekarang ni manusia kebanyakkannya diuji dgn DUIT dan HUTANG... 

camna nk tangani stress??? salah 1 caranya dengan m'baca buku2 yg boleh meransang minda...bukan buku2 yg xelok..xpun p baca Quran sekali dengan maknanya..hayati.fahami. teladani cerita2nya.. dan juga HOBI...ha baru nk masuk ke tajuk sebenar.... kalau btoi2 buat karangan mesti ley dapat A, siap ada pendahuluan, isi n mungkin sat lg ada penutup juga....

bunga kait amigurumi

crochet @ kait jarum 1 hobi atau seni...dulu2 rasa ianya sekadar seni...tp la ni rasa mcm sekadar hobi sj...ya sbb dulu2 masa kecik2 crochet utk buat alas meja, alas tv n alas itu alas ini ja... bila dah siap, ok siap lah qeja2 seninya... tp lani rasa mcm crochet tu hobi... bila bosan2 ja mengadap menda ni, bila bosan ja mengadap menda ni...bila nk kurangkan tabiat mkn di hari cuti pun ngadap menda ni juga..heeee.. makanya jadi lah hobi yg bermanfaat....insyaAllah...semoga sesapa yg pernah dapat n akan dapat menda2 yang aku crochet ni akan hepi ja :).


 bunga ros ni kunun2 buat utk konvo org 2...tp mcm malu nk bg, so simpan ajelah...hehehe



kerongsang @ brooch kait...hoho sekarang mood nk pakai kerongsang2 mcm ni...walaupun org lain dah lama pakai tp aku ttp jugak nk pakai...dulu2 rasa mcm eh eh apsal la pakai kerongsang mcm 2, tp skrg ni mcm nmpk comeil2 lak..hehehe


yg last ni crochet headband... bakal di poskan xlama lagi...tp xtau lah bila...heeee....
sesungguhnya saya mmg suka bunga-bungaan... toink2...




Tuesday

Blog tanpa header

Assalamualaikum...
selasa sudahhhh hari ni....bila hari selasa mood nak buat kerja dah kembali....xda sebab musabab pun...maybe isnin 2 kan permulaan hari kerja...dan hari cuti pun bukan nya rehattttttt ja...so isnin 2 ala2 mcm rehat2 sambil buat kerja lah...hehehehe...

mengarang bukan lah kepakaran aku tapi  nak juga kan menaip kat blog ni...hehehehe.... tak ada apa yang menarik pun nak dicerita kan..... alam orang single kan xsama dengan alam orang yg dah berkawen atau yg bercouple....eh cm 2 ek....

bila penyakit M datang kat diri, mmg xda ada ubatnya....panggggg sekali pun, kejap je ok pastu mulalah jadi balik....penyakit ni kalau ckit2 xda efeknya, tapi kalo lama2 mmg boleh dapat penyakit lain lah..... blog ni pun x berheader comeil2 sbb penyakit M ni lah...ceh mcm sblm2 ni header comeal ja kan.... blog xda header macam newbie lah pulak kan....mcm mula2 berblog dulu2....

akhir kata...babai...hihihi nampak sgt budak tadika xpandai mengarang...