Monday

Semakin hari semakin rindu

Assalamualaikum.
Lately Keyyah selalu berwebcam dengan mak.. Setiap kali lepas Webcam, hati ini seperti mahu saja terbang pulang ke kampung bermaen dgn anak2 sedara yg semakin hari semakin cerdik..
Tapi fikiran waras ku masih lagi berfikir dengan rasional.. jika hendak dibandingkan dengan orang yg berada nun jauh di overC, Keyyah perlu lebih bersyukur sbb boleh slalu balik jumpa mak walaupun bukan setiap minggu or setiap hari..

Tengok lah keletah si kecil ini.. semakin hari semakin cerdik..wahahaha siyes sangat windu bila tengok dia..Sekarang dia dah pandai tiru  perbuatan orang.. Bila tengok Tok cabut gigi, Fikriah pun dah pandai nak cabut gigi sendiri.. Kekadang sampai nangis2 sebab xley nak cabut gigi sendiri...wahaahahaha xsabar nk balik kampung... 
By hook or by crook, minggu ni nak balik jugak...Tapi tiket belum beli lagi..hopefully ada lah tiket ni..

Saturday

Makanan untuk Kesihatan

Assalamualaikum..
Semoga kalian semua sehat dan bahagia hari ini. Untuk memiliki tubuh yg sehat, kita perlukan makanan yang baek, berkhasiat dan mesti lah halal. Pernah tak kita fikir makanan yang kita makan akan  membawa kebaikan atau memudaratkan. Salah satu makanan yang Keyyah slalu makan adalah oat (setiap hari). Oat sebenarnya baek untuk jantung dan juga sistem penghadaman.btol x doktor..hehehe..

Keyyah sebenarnya sangat suka makan.Keyyah suka mencuba makanan baru..Ingat lagi suatu ketika dulu, pernah makan tepung masa maen suka-neka..wakaka.. Nafsu makan mmg sgt banyak skrg...Tp pesanan emak tetap ku ingat, " makan lah apa yg rasa nk makan (halal) asalkan jgn berlebih-lebihan. kalo dah sakit nnt, selera nk makan tu dah xde, dh xboleh makan lagi".

Klick gbr utk tumbesaran dan penglihatan yang sihat.
Memandangkan sekarang Keyyah ngh sakit mulut, so kena la kurangkan makan sedikit.Bukan kena kurangkan, tp terpaksa sbb ssh nk mengunyah... Actually ada hikmahnya juga kena ulser ni, boleh lah Keyyah diet...sbbnya..sbbnya Jeans dh ketat, T-shirt  dah sendat. Berat dah naek 3kg..ayyok.... Hopefully kedatangan Rejab, Syaban dan Ramadhan nnt, boleh lah berat badan ku turun semula..
Disebabkan Keyyah Kuat makan, so Keyyah pun dapat Award Kuat Makan dari Asada Ryutaro.
Sharing is caring.. so Keyyah nk share award ni dengan orang laen..Dengan suka suki nya Keyyah nak bagi award ni kepada:
Lanun: Padin : Ser : Syikin : dee

notakaki: sowi sbb n3 ni xde kena mengena dengan makanan kesihatan pn...

Thursday

Contest hangit by Arieza

Assalamualaikum..
Hari ni Keyyah rasa mcm cuti je padahal ada je keja yg belum siap.. sebenarnya dah lama Keyyah nk join contest di blog Arieza, tp xterbuat entry ni... Tarikh tutup 31 May 2010.
2 thn lepas Keyyah ada temankan sorg membe g kenduri kawen di Negeri Sembilan.. Keyyah mmg xkesah sbb sewonok ooo dpt mkn free..hehe...Masa 2 Keyyah mmg suka amik gambar org.. so dgn sukarelanya Keyyah snap2 gbr dorg.. jom tgk apa yg Keyyah snap..

Banyak Keyyah snap pic MIZI n kwn2 dia kat pelamin..tp pic ni je yg agak klakar..Gambar2 selepas ni di snap oleh MIZI ok.. ACtually ni 1st time Keyyah tgk adat macam ni.eh adat ke???Exited pn ada lah jugak nak tgk..
 Pengantin dh kena tukar baju n akan dimandikan oleh org ramai.... ayah dan mak pengantin pn kena join skali juga...
Masa ni pengantin dh mula intai2 air apa yg org bawa.. membe Keyyah cerita kekadang dorg simbah guna kuah kari tau..ni kira ok lah guna air basuh pinggan je.
Macam pesta pn ada masa ni..masing2 berebut-rebut nk simbah pengantin..
Tengok lah pengantin baru basah lencun bermandikan air basuhan pinggan.. Lepas 2 dorg lak simbah org..masa ni mmg takot sgt..dorg maen simbah je sesapa yg lalu depan mata dorg...
Ok kepada sesapa yg nk join or nak tau syarat2 contest ni sila ke  blog Arieza..