Sunday

ALFALFA || SHAKLEE

Assalamualaikum... semoga sihat- sihat sentiasa.. sebarkan senyuman hilangkan tekanan.Jika anda sampai ke blog saya, sudah tentu anda ingin mencari ilmu kan...Hari ini sy ingin berkongsi dengan pembaca sekalian
berkenaan dengan Alfalfa.. Alhamdulillah sy dah consume Alfalfa ni 3 bulan.. Banyak kebaikan yang sy perolehi dari produk ini. Oleh itu sy ingin berkongsi dengan pembaca sekalian berkenaan dengan produk ini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
ALFALFA COMPLEX SHAKLEE

Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat barat, Ia digunakan untuk tujuan kesihatan terutamanya bagi wanita baru bersalin. Oleh kerana alfalfa mempunyai 1001 kebaikan, Dr.Shaklee merumuskan alfalfa menjadi supplement Alfalfa Shaklee yang memberi manfaat kepada jutaan pengguna. Alfalfa kaya dengan vitamin & mineral. Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. Ia juga mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak dan Antioksidan. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protein, dan karbohidrat. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah.

KHASIAT ALFALFA

  •  Merawat masalah pencernaan 
  •  Mengawal kadar kolestrol dalam darah 
  • Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh 
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok 
  • Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah 
  • Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan 
  •  Mengurangkan simptom menopous 
  • Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan 
  • Merawat masalah sembelit. 
  • Menyahkan toksin dalam tubuh 
  •  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi 
  •  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh 
  • Membantu masalah penghadaman 
  • Membantu membanyakkan susu (milk booster) 
  •  Mengurangkan masalah pundi kencing 
  • Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati 
  •  Meningkatkan kesihatan prostat 
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita 
  • Menghangatkan hubungan suami isteri 
  • Membantu tingkatkan kesihatan lelaki 
KENAPA MEMILIH ALFALFA DARI SHAKLEE
  • Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang) 
  •  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia dan secara organik. Alfafa Complex dihasilkan daripada tanaman Alfafa ( Medigo Savita) dan memilki gred paling tinggi dikalangan tumbuhan Alfafa. Tumbuhan ini mengambil masa 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun Alfafa Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. 
  • Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun ini dikeringkan secara semulajadi bagai mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan. Kemudian , daun-daun yang telah kering akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet.
  • Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi 
  • Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
  • Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
  •  Membersihkan hati
  • Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang 

# nnt saya kongsikan pula testimoni ye...tunggu...

Saturday

dalam hati ada taman

Dah lama xrasa sejuk macam hari ni... xtau lah aircond terlebih kuat @ aku yg xtahan sejuk hari ni...siyesss sejuk gigil2 sampai sakit perut dan tangan rasa xmampu lg nk pgg mouse...siap dudk bersila lg kat kerusi...hehehe..

hari ni mood agak jiwang karat....ulang2 lagu "because you love me" byk2 kali...dah lama rasa xdgr lagu ni, tetiba ja tadi terdengar kat radio, teros godek2 kat mp3 player cari lagu.fuhhhh ada..lagu fev dolu2 lah katakan...

bila dgr lagu jiwang ja, teros rasa dalam hati ada taman... tapi bila kenangkan realiti nya, kekadang taman tu ada juga lalang2 dan duri2 keman (semalu)... tengah2 syok layan bau2 bunga yg wangi, kekadang kaki terpijak duri2  .. sakitt...luka...berdarah....nak baik blk, kekadang take time juga..buatnya duri tu terkena dekat kaki org yg mengidap kencing manis, mau nya lambat baik..silap2 boleh bernanah n kena potong kaki (ada ke ni)...

sekian entry merapu... saja ja nk menambahkan lagu kelenguhan tangan ni....

## xsabar rasa nk akhiri semua ini, tp byk lg nk kena buat... arghhhh tgn lenguh, otak sarat, jiwa kacau n bla bla bla....

HANYA 1 JAM - BERJALANLAH

Selamat hari Sabtu... Sabtu yang nyaman lagi tenang...bumi kl sejuk ja hari ni sebab dari awal pagi hujan... Tajuk hari berjalan... dah berjalan ke kamu kamu hari ni...ke merangkak saja..hehehe.. Alhamdulillah hari walau pun hujan sempat juga ku berjalan dengan en suami samapai ke Kg Baru nu...jauh lah juga... sementara nk tunggu Giant buka...lepas tu terus g beli barang.. niat hati nak ke Putra Jaya tengok Red Bull air race. Tapi apa kan daya, cuaca macam tak berapa nak cun..sebenarnya contoh kat atas tu bukanlah contoh berjalan, tapi jalan-jalan..hahaha pening tak...ok terbaca artikel ni'

" Anda bimbang mengalami obeseti yang diwarisi dari faktor genetik? Usah risau, anda mampu mengelakkannya. 
"Menurut pakar dari Universiti Havard, dengan cara berjalan pantas selama sejam setiap hari mampu menurunkan risiko mendapat penyakit ini sehingga 50 peratus."

Mulai hari ini jom kita berjalan laju-laju..dalam rumah, luar rumah, di pejabat...belajar jalan laju-laju....
sumber: majalah iSIHAT.