Thursday

Sayalah Juara

Pagi2 lagi dah perasan nak jadi juara pulakkan.. Actually Keyyah rasa nak langsaikan sedikit hutang hari ni..
ini semua award dr ayien..banyak betol ayien dapat award...mesti peminat beratur panjang ni..hehe gurau je ye ayien..hehe..
**************
1st :Blogwalking award 
**************
Keyyah mmg slalu blogwalking..
Jauh berblogwalking,
banyak modal tuk berchatting..


**************
2nd :  I Love Ur Blog
************** 


I luv ur blog 2...blog ayien sgt la comeil..berkali-kali dtg pun xjemu.. Kalo xcaya korang g lah tgk..

**************
3rd : Blog Paling Comeil
**************


ini Award dr Ayien n sis Zai..Keyyah sekali kan kat cni jelah k...
Ada jugak tugasan yang perlu dibuat bila dpt award nie

LENGKAPKAN PANTUN PEMBAYANG DIBAWAH

...........................................
...........................................
memang aku rasa blog aku comel,
kenapa korang jeles ke?


okies jom tgk jawapan keyyah..

MIMO Channel Model,
Simple tapi memeningkan kepale,
memang aku rasa blog aku comel,
kenapa korang jeles ke?

di pagi hari ni ayat technical lah yg klua.Tenkiu  ayien Comeil and sis Zai....

Wednesday

Perkara Lelaki suka Tentang Wanita..

Assalamualaikum..

Di pagi yang ceria ini Keyyah ingin berkongsi tips untuk gadis-gadis atau pun kaum wanita.. HANYA UNTUK PEREMPUAN. Tips ini di emelkan oleh kawan lelaki ok. So mungkin betol lah isi nya..
Kepada sesapa yang pernah baca tips or entry sebegini,  baca lah sekadar untuk mengingati semula. Manusia kan mudah lupa.. alamak xmo bebel panjang2..jom kaji apa yg lelaki suka tentang perempuan... 

1.Bentuk badan dan fizikal yg menarik.
Dari mata turun ke hati. Sememangnya lelaki ni suka melihat wanita yg berdahi licin. Malah perempuan sendiri pun suka tgk perempuan yg cantik kan. Mmg dah hukum alam manusia ni mmg suka pada yg cantik2 belaka.
 
2. Sifat lemah lembut.
Aduhai sifat perempuan yg camni memang dpt mencairkan hati lelaki dgn cepat. Lelaki mmg suka dgn perempuan yg lemah lembut. Lenggok tubuh yg kemas ketika berjalan dan duduk menjadi tarikan lelaki.
 
3. Selalu senyum semasa berbicara.
Jangan kedekut utk bg senyuman. Awek muda ni. Fakta sains kata otot yg digunakan utk mengerut lebih byk drpd senyum. Maka jagalah otot muka anda supaya tak cpt kendur. Lepas ni Keyyah nk slalu senyum lah...
 
4. Jujur dgn pasangan anda.
Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka pd wanita yang jujur.  Ingat ya, tahap kepercayaan lelaki tidak sama dgn perempuan.
 
5. Penampilan yang sederhana.
Jangan keterlaluan apabila bersolek. Memang lelaki suka pada kecantikan tp lebih kpd kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif.
 
6. Jangan cepat perasan.
Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, comel, balas cukup dgn sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dan tertarik dengan sikap sederhana anda tu.
 
7. Manja pada saat yg diperlukan.
Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Tapi harus ingat, manja tak bermakna mengada-ngada. Lelaki tak suka pada pasangan yg gedik.
 
8. Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi.
Terutama apabila berada di depan orang ramai atau majlis2 rasmi. Walaupon sebenarnya anda adalah seorang yang gugup, kawal tindakan dan perasaan anda tu. Jangan tunjukkan kelemahan diri anda depan kawan2nya. Bukan untuk hipokrit. Tetapi utk menjaga air muka pasangan anda tu.
 
9. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia.
Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikap anda.
 
10. Matang apabila bersama dengannya.
Lelaki tak berapa suka dengan wanita yang terlalu kebudak-budakan. Apatah lagi kalau anda memang dah berusia. Jangan anda fikir manja dan sifat kebudak-budakan adalah sama. Ianya sgt berbeza sekali.
 
11. Jangan bandingkan pasangan anda dengan lelaki yang lain.
Hal seperti ni hanya akan membuatkannya marah. Atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi. Perhubungan boleh menjadi retak di sini.
 
12. Jadilah penemannya di waktu senang dan susah.
Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Ambil tahu sekiranya dia ada masalah ataupun tidak.

13. Jadilah pendengar yang setia.
Jangan sesekali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Kalau dia bercakap tentang masalah dia, beri sepenuh tumpuan dgn setiap apa yg dia luahkan. Kadangkala lelaki pon ada masanya perlu tempat utk meluahkan segala masalah mereka.
 
14. Tidak terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak.
Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur. Kalau anda tetap memaksa walaupun dia jelas tidak mahu, anda hanya akan merosakkan perhubungan itu.
 
15. Jadilah seorang yg berdikari.
Jangan terlalu bergantung pada pasangan anda.. Sebagai contoh, apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri. Lelaki suka pasangan yg pandai menjaga dirinya sendiri. xpe sekarang bil boleh bayar on9 terus.
 
16. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia.
Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama kawan2nya yg lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.
 
17. Menghormatinya pasangan anda.
Jangan tinggikan suara walaupun anda marah padanya. Hormati segala keputusannya. Kalau anda mempunyai pendapat sekalipun, jangan pertikaikan apa yg dia putuskan. Nasihatkan secara lembut dan serapkan pendapat anda tu dgn perlahan-lahan. Hati lelaki turut akan lembut jika seseorang melayannya dgn lembut.
 
18. Akui kesilapan sendiri.
Tiada seorang pon di dunia ni yg sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Apa yg penting kenali kelemahan tu dan berusaha utk berubah.
 
19. Tahu memasak.
Mana-mana lelaki sekalipon mesti suka pada perempuan yg ppandai masak. Kalau anda tak pandai sekalipun, cuba2 juga utk belajar. Tak perlu masak yg rumit2. Apa yang penting anda tunjukkan minat untuk belajar. Jangan sesekali anda cakap tak suka dgn makanan kegemarannya. Ini menunjukkan anda memperlekehkan apa yg dia suka.

20. Berpendidikan.
Anda tidak semestinya kena ada segulung ijazah dari mana-mana universiti. Tapi tonjolkan sikap yang mempunyai etika dalam percakapan dan tingkahlaku. Jangan keluarkan bahasa kesat atau perbuatan macam orang tiada tamadun. Anda juga perlu tahu isu semasa. Jangan bila cakap pasal masalah dunia anda blur tak tahu apa-apa. 

P/S: Lain orang lain lah citarasanya dan pandangan nya.. Keyyah cuma sekadar ingin berkongsi.  Xsalah untuk kita memperbaiki diri..

Thursday

Realiti dan Fantasi Hidup Ku

Assalamualaikum...
Okies mood nk ber balas tag semakin menjadi-jadi..Kebanyakkannya dr my friendly blogger (ADAH)
(a) Tulis 23 perkara rawak (random) tentang diri anda (tak kisah ler benda tu fakta ke angan-angan ker imaginasi ker tentang 'body' ker awek, pakwe, makwe etc.)
1. Keyyah seorang perempuan

2. seorang yang agak pendiam dengan org yg baru dikenali

3. kekadang menjadi seorang yg pemalu

4. suka diam kalo ada masalah or banyak kerja

5. sangat senang menangis. 

6.  berterus-terang kalo xpuas hati

7. dalam kata laen suka cakap lepas (ni Adah Penah ckp kat Keyyah, thanks Adah mengingatkan ku yg naif ini) n sekarang tgh berusaha mengawal emosi supaya xder cakap lepas lg.kalo terlepas 2 aku minta maaf ok. Kekadang niat ku cuma ingin menasihati, tapi cara ku yg xsesuai.

8. mudah memaafkan orang kerna Keyyah percaya xder org perfect kat dunia ni.. seperti kita, dia juga ada mood yg tersendiri, dan ada kelemahan tersendiri. Jangan beranggapan kita je baek kerna org laen jauh lebih baek dari kita.

9. menjadi tempat kawan2 meluahkan perasaan or minta pendapat. tp xder lh sampai jd pakar motivasi. Ok sesapa yg ada masalah boleh lah cari Keyyah.

10. Keyyah juga senang ketawa 

11. Suka gelak bila tengok cerita lucu. suka tgk bang Bil (nabil raja lawak) berceloteh ok.

12. Menangis kalo cerita tu sedih expecially menyentuh isu kekeluargaan.

13. Suka tido depan tv. ni kalo kat umah sewa la.kalo kat kg mmg dilarang keras oleh emak sbb adik beradik Keyyah semuanya lelaki.

14. sayang family dan akan berusaha membahagiakan mereka.

15. selalu rindukan mereka dikampung.

16. tak suka orang hipokrit. 

17. suka orang cakap terus terang kekurangan diri ku ini. Xpuas hati or apa2 saja perbuatan yang dirasakan xbaek.

18. suka melompat dan berlari-lari anak kalo tension sorg2 kat lab. kalo ada org, Keyyah suka lompat2 kat dlm toilet..siyes boleh release tension..sapa2 yg slalu tension baek buat mcm ni..wahaha

19. slalu berangan dapat habiskan belajar sampai PHD.

20. Lately ni slalu mengharap punya kuasa seperti Hiro Nakamura. nk hentikan kan masa sekejap supaya Keyyah boleh mencari jawapan kepada satu masalah  yg sedang sarat dikepala ni.

21. Andai dapat ku undur masa, ingin sekali aku merubah sejarah yg pernah keyyah buat.

22. Sewonoknya kalo ada kuasa mcm sailormoon yg cantik itu..xder la org nak buli2 lg.

23. Sewonok juga kalo blh sentiasa jd org muda mcm Conan.. org xperasan diri ini sudah dewasa..wahaha

(b) Tag lak benda ni kepada rakan blog anda (sekurangnya 5 orang)
Ayien : Aainaa : Arol :  Nini : Yuzai 

Nota kaki: Yuzai kena buat ni..1st time aku kasi kat ko..hehe